Bab 48

159 22 12
                                    

Kak Shila terdiam sebaik sahaja mendengar cerita dari Salleh. Hairan juga dibuatnya bila dia jumpa adiknya nan seorang itu di balai polis siang tadi.

Salleh, yang baru sahaja selesai menghubungi Andi untuk bertanya perihal lelaki yang menyelamatkan Aliya itu pula, dengan selamba berkongsi maklumat terbaru perihal kes itu - selepas mendapat lampu hijau dari Aliya sendiri.

"Tricky betul kes kawan kamu ni," kata Kak Shila kemudiannya.

"Ha. Kan? Suspek tak tahu. Hint yang ada cuma kawan Aliya je. Itupun, tak tahulah kalau dia nak cerita nanti."

"Habis tu, abang yang tolong kawan kamu tu, apa khabarnya?"

"Andi pergi jumpa dia tadi. Dia kata abang tu dah okey. Tapi, masih kena stay wad. Oh ya, baru teringat."

Kak Shila angkat kening.

"Andi ajak pergi perpustakaan awam pagi esok, sebelum pergi hospital nak jumpa kawan Aliya tu. Hm... Kejap lagilah call dia..."

Kak Shila terus peluk tubuh.

"Ni, nak minta akak hantarkan ke?"

Salleh hanya sengih.

(...)

Pagi esoknya.

Sebuah buku ditarik keluar dari rak. Dibuka buku itu lalu diselak laju. Dahinya berkerut sebentar apabila melihat isi salah satu bab dalam buku itu - mengenai sistem perparitan dan pembentungan di seluruh dunia.

"Rasanya tak semua sistem dalam buku ni digunakan di sini. Hm... Mungkin aku kena tengok sendiri..."

"Andi, saya jumpa ni!"

Malik angkat kepala, menoleh ke arah Salleh yang melambai-lambai di hujung rak buku itu. Buku ditutup, dibawa sekali, lalu dia berjalan laju ke arah Salleh.

"Jumpa apa?"

Salleh menunjukkan sebuah buku yang kelihatan agak lama. Tidak tebal, tidak nipis juga. Kulit buku yang nipis itu terlipat sedikit di bucunya dan kelihatan sudah lusuh, namun warnanya masih cantik.

"Ni, senang cakap, Google Maps versi 15 tahun lepas. Semua jalan dan taman perumahan dalam daerah ni pada masa tu, ada dalam buku ni."

Malik terus mengambil buku di tangan Salleh itu, lalu membawanya ke meja berhampiran. Dibuka buku itu sebesar-besarnya di atas meja itu. Dua mukasurat awal menunjukkan peta seluruh daerah, siap ada sempadan mukim. Peta daerah di dalam buku itu juga dipecahkan mengikut grid. 10 petak yang disusun melintang menggunakan angka, 7 petak menegak ke bawah pula disusun mengikut huruf. A1, B2, C3...

"Bagus." Malik senyum lebar. Segera dicari grid yang mewakili kawasan tempat tinggalnya.

"Hm... B5."

Buku itu diselak laju.

"Cari Taman Baiduri ke?" Salleh bertanya. Malik hanya angguk. Mukasurat dengan grid 'B5' dijumpai, lalu dilihat lama.

"Kenapa?" Salleh yang turut sama melihat peta itu bertanya.

Malik hanya diam. Dia kemudian membuka mukasurat sebelahnya - grid 'B6' - lalu meneliti, lama. Dia selak lagi buku itu, mencari grid 'C5'.

"Sini ada servis fotokopi tak?" Malik kemudian bertanya.

"Ada je," jawab Salleh. "Tapi hitam putih saiz A4 je la. 10 sen sehelai. Kenapa?"

"Boleh tolong fotostat peta dalam grid B5, B6 dengan C5?" Buku itu ditutup dan diserahkan kepada Salleh.

"B5, B6, C5?"

TranceWhere stories live. Discover now