Bab 33

230 34 5
                                    

"Baguslah pakcik! Macam bomoh real."

"Eleh. Baru sikit. Bila kau nak bayar upah aku ni?"

"Ala. Tunggulah. Petang nanti aku settlekan. 50-50. Yang penting, dia tak tahu siapa sebenarnya yang ambil Acer Predator tu. Buat apa nak laptop mahal-mahal kan?"

"Hm. Betul. Patutnya bagilah sikit duit tu kepada orang memerlukan. Macam kita ni."

"Lagipun, Haris tu bodoh sangat pergi percayakan bomoh. Ikut je segala permainan pakcik."

Tawa bergema dari rumah usang di hujung jalan itu, bagaikan ada hantu mengilai di dalamnya. Beberapa orang kanak-kanak yang bermain tidak jauh dari situ terus melarikan diri dek rasa seram.

(...)

Hari Jumaat telah muncul. Hari terakhir persekolahan untuk tahun itu - bagi pelajar sekolah menengah -akhirnya tiba. Majoriti pelajar sekolah teruja menunggu sesi persekolahan tamat, kecuali para pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM.

Namun, bagi pelajar kelas 2 Amanah, ada misi lain yang perlu dilaksanakan sebelum mereka mula bercuti panjang.

"Hari ini ya?" Shu Fen bertanya. Zahra sekadar mengangguk. Mereka berdua kemudian memandang ke arah rakan-rakan sekelas yang sudah menumpukan perhatian ke arah dua gadis di hadapan kelas itu.

"Jadi, Muthu, dah settle bahagian awak?" Zahra bertanya Muthu.

"Bahagian saya?" Muthu terdiam sebentar. "Oh. Dah. Dah settle. Kan dah beritahu petang semalam?"

"Okey. Part Muthu dah settle. Maknanya plan dah boleh proceed."

Muthu senyum bangga.

Sewaktu melawat Cikgu Zaidah kelmarin, Muthu mencadangkan agar diadakan jamuan kelas, juga jamuan hari lahir untuk meraikan hari lahir Diya, anak Cikgu Zaidah, yang jatuh pada keesokan hari. Sengaja disambut hari lahir kanak-kanak itu awal sehari.

Kebetulan pula tidak jauh dari hospital itu ada sebuah restoran KFC. Maka Muthu sempat membuat tempahan untuk menyambut hari lahir di dalam restoran itu. Shu Fen pula mendapat khabar bahawa pasangan ibu dan anak itu sudah dibenarkan keluar hospital pada hari ini.

"Jadi, kek pula, pihak restoran beri atau kita cari sendiri?" Zahra bertanya secara tiba-tiba.

"Oh. Kek. Tu sendiri sebenarnya," balas Muthu selamba. "Tak apa, Salleh kata dia nak handle part tu. Hiasan birthday pun."

"Betul, Salleh?" Shu Fen bertanya pula. Salleh sekadar angkat tangan kanannya sambil membuat simbol 'okey'. Sebelah lengannya lagi memaut Andi yang sedang mencatatkan sesuatu pada buku notanya.

Zahra angguk. "Nampaknya macam segalanya lancar," katanya perlahan.

"Jadi, jamuan akhir tahun kita, pada petang ni, di KFC yang dekat dengan Hospital Temenggung Ismail. Berkumpul di sana jam 4.30 petang ni. Semua okey kan? Tak ada masalah kan?" Shu Fen berkata pula.

"Okey."

(...)

Dari luar kelas, sepasang mata sedang merenung ke arah Andi yang masih mencatat di dalam buku notanya. Giginya diketap. Dengan segera dia pergi dari situ.

Dalam perjalannya, dia berlaga bahu dengan seorang lelaki beruniform pengawas perpustakaan. Helaian surat khabar yang dibawa bersama terus jatuh ke atas lantai koridor.

"Sorry, abang Zaki."

Zaki mengutip akhbar yang berterabur di atas lantai lalu pandang sekilas pelajar yang melanggar bahunya itu. Dahinya berkerut.

TranceWhere stories live. Discover now