Bunyi pendingin hawa bilik guru itu kedengaran agak kuat. Jari-jemari mengetuk papan kekunci, mata guru itu ralit melihat skrin. Dia kemudian pandang ke arah Salleh yang masih berdiri di hadapannya.
"Kenapa tak beritahu saya awal-awal yang kamu ni belum ada rumah sukan?" Cikgu Kamarul merenung Salleh, lama.
Salleh garu kepala. "Sebab tu la saya datang sini, cikgu. Saya baru je masuk dalam bulan Ogos tahun lepas. Tak ada orang beritahu pasal 'rumah sukan' ni masa tu."
Rupa-rupanya guru penyelaras rumah sukan adalah Cikgu Kamarul, dia juga guru rumah sukan Alfa. Kalau bukan sebab Danish - yang juga tiada rumah sukan pada awalnya - yang beritahu dia, sampai ke sudah dia tidak tahu mana satu rumah sukannya.
Jadi, sebaik sahaja masuk waktu rehat, dia bergegas ke bilik guru untuk bertemu dengan guru kelasnya itu.
"Okey... Kamu ditempatkan dalam Rumah Gamma."
"Rumah Gamma, hm," kata Salleh sambil menggangguk perlahan. "Terima kasih, Cikgu.
"Sama-sama. Dah, cepat beli baju sukan. Masa latihan rumah sukan nanti, tak boleh pakai baju PJK. Nanti kena halau balik." Sempat lagi Cikgu Kamarul berseloroh.
Salleh sengih, mengangguk laju, lalu berjalan keluar dari bilik guru.
(...)
"Rumah Gamma?" Andi bertanya, meminta kepastian. Salleh mengangguk.
"Samalah kita nampaknya," kata Andi lagi.
"Oh? Awak pun Gamma juga?"
"Ya. Shu Fen pun sama. Muthu, rumah Beta. Zahra dengan Aliya pula rumah Delta."
Salleh angguk lagi. Dia lihat warna baju rumah sukan yang tergantung di rak baju koperasi - yang berpintu kaca sepenuhnya, mungkin untuk mengelakkan berlaku kecurian.
"Jadi... Alfa warna merah, Beta warna biru, Delta warna hijau, Gamma warna kuning. Kan?"
"Betul."
Salleh mengangguk seraya mengeluarkan dompetnya. Dia lihat balik tanda harga yang terlekat di pintu kaca rak itu. Dia kemudian tengok balik isi dompetnya.
"Ada duit ke?" Andi bertanya.
"Cukup-cukup je," balas Salleh dengan nada perlahan. Laju saja dia berjalan menuju ke kaunter, mahu membeli baju sukan, meninggalkan Andi tercatuk di hadapan rak.
"Boleh pula dia terus beli baju sukan. Banyak betul duit," gumam Andi sambil garu kepala yang tidak gatal.
(...)
Loceng berdering, menandakan tamat waktu persekolahan. Seperti biasa, berduyun-duyun para pelajar keluar meninggalkan kawasan sekolah. Kelas yang awalnya penuh dengan pelajar mulai lengang.
Andi merenung Salleh, lama. Salleh yang mengezip beg pula rasa tidak selesa.
"Kenapa?" Salleh bertanya sepatah.
"Banyak duit awak, sampai boleh beli baju sukan terus," kata Andi jujur. Salleh pula terus sengih.
"Ayah saya beri duit belanja sekolah sebulan terus."
"Oh, patutlah..."
"Lagipun hari ni kakak saya jemput. Ajak shopping sekali. Esok dia dah nak fly balik Aussie," kata Salleh lagi.
"Kakak? Balik Aussie?" Andi terus buat muka blur.
Salleh angguk sekali. "Dia sambung belajar di Australia, cuti dia dah nak habis. Minggu depan dah mula kelas balik. Lagipun awak ada jumpa dialah, masa cuti panjang hari tu."
YOU ARE READING
Trance
Teen FictionAndi Shariman, seorang pelajar yang aneh sikapnya di SMK Taman Baiduri. Disebabkan itu, dia dipulaukan rakan sebayanya. Rahmat Sallehudeen baru sahaja berpindah ke sana. Sejak hari pertama, dia sering memerhatikan sahaja Andi yang duduk di meja bers...