Bab 18

294 37 12
                                    

Perpustakaan sekolah itu hening dan dingin. Tidak ramai pelajar berada di situ. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri, sama ada sedang membaca, mengulangkaji dan menyiapkan kerja sekolah.

Sehelai kertas bersaiz A5 dihulurkan kepada Andi yang sedang menyiapkan latihan karangan Bahasa Melayu. Andi terus pandang Salleh yang duduk di hadapannya, yang memberikan kertas itu.

"Ni. Carta 'tense'. Saya buat. Ambil dan fahamkan."

"Ai ai, sifu!" Andi sengih, mengambil kertas itu.

Salleh renung helaian kertas carta yang dibuatnya itu. "Lambatnya. Bilalah mereka nak sampai ni," bebelnya perlahan.

Walaupun Andi sudah belajar bersama rakan-rakannya sewaktu berada di hospital, namun masih ada topik yang dia kurang faham. Maka, di sinilah mereka. Lebih-lebih lagi, peperiksaan akhir tahun akan bermula tidak lama lagi.

"Eh, Shu Fen tak sampai lagi?" Zahra yang baru sahaja sampai terus menegur. Salleh angkat kepalanya, memandang ke arah Zahra.

"Belum. Saya ingatkan dia dengan awak."

"Eh? Tak adalah. Saya tak jumpa dia pun. Lagipun, tadi Cikgu Nizam nak jumpa dia, nak tanya benda sikit."

Salleh garu kepalanya seketika. Cikgu Nizam merupakan guru Matematik kelas mereka. Pantang markah kurang 1 dari markah ujian sebelumnya, guru itu terus menyuruh pelajar tersebut berjumpa dengannya.

"Kenapa Cikgu Nizam nak jumpa Shu Fen pula? Dia kan pelajar terbaik tingkatan dalam Matematik? Steady je markahnya, lebih 90 peratus."

Zahra angkat bahu.

(...)

Shu Fen berlari sepanjang koridor, wajahnya kelihatan pucat. Hampir-hampir dia berlanggar dengan Muthu yang muncul di simpang.

"Sorry, sorry!"

Muthu pandang Shu Fen dengan riak kehairanan. "Kenapa awak lari-lari ni?"

"Ada... Ada orang kejar saya."

Muthu melihat ke arah koridor di belakang Shu Fen.

"Tak ada sesiapa pun."

Shu Fen terus berpusing ke belakang. Benar kata Muthu. Koridor itu lengang.

"Jomlah. Kata nak study group," kata Muthu kemudiannya.

"Er... Okey."

Mereka berdua terus berjalan seiringan ke perpustakaan sekolah.

(...)

Zahra merenung buku latihan Matematik Shu Fen dengan reaksi tidak percaya. Begitu juga mereka yang lain.

"Banyaknya salah."

Shu Fen hanya membisu.

"Sebab ni la Cikgu Nizam nak jumpa awak, ya?"

Shu Fen angguk perlahan.

"Saya tak boleh fokus sejak akhir-akhir ni. Lagipun..."

"Kenapa?"

Keempat-empat pasang mata itu merenung ke arah Shu Fen dengan penuh minat. Bagaikan mahu Shu Fen menceritakan masalah yang dihadapinya itu.

"Tak ada apa-apa."

Pandangan keempat-empat pasang mata itu terus mengecil. Tidak puas hati dengan jawapan itu.

"Betul. Tak ada apa-apa," kata Shu Fen sambil sengih.

Suasana sepi seketika. Hanya bunyi deram pendingin hawa yang kedengaran.

TranceWhere stories live. Discover now