Buku-buku latihan di rak diambil dan dimasukkan ke dalam beg non-woven yang dibawa Salleh. Sesekali Salleh melihat buku notanya.
"Hm... BM, BI, Matematik... Nak bawa Pendidikan Islam juga ke?"
Salleh lihat sekeliling bilik itu. Ringkas, kemas dan teratur. Katil single yang ada 'laci' untuk katil kedua di bawahnya, almari baju besi serupa dengan yang ada di asrama sekolah, sebuah rak buku yang nampaknya akan roboh bila-bila masa, menempatkan buku-buku sekolah, dan meja belajar kayu menghadap tingkap. Jadual kelas bertampal di dinding.
Semua perabot di dalam bilik itu adalah perabot terpakai.
"Patutlah Andi suka benar kerusi aku tu," gumam Salleh perlahan, lalu duduk di atas kerusi plastik. Dia sengih sendiri apabila mengenangkan perangai pelik kawannya sewaktu dia di rumahnya dahulu.
"Mana pula buku latihan KOMSAS dia ni ya? Tak ada pun di rak," kata Salleh lagi. Laci meja dibuka. Ada beberapa buku latihan di dalamnya.
"Hah, ada pun."
Dia ambil keluar buku latihan KOMSAS itu apabila menyedari sebuah buku tulis 200 muka surat terselit di tepi laci, yang turut terkeluar apabila Salleh bawa keluar buku latihan itu.
"Buku apa ni?" Salleh ambil lalu menyelak beberapa mukasurat. Isinya seakan-akan diari, namun tulisannya sangat-sangat ringkas. Hanya beberapa baris ayat bagi setiap tarikh. Itupun sekadar menceritakan apa yang berlaku pada hari tersebut. Malah, tarikh penulisan juga lompong. Ada yang selang dua hari, ada yang selang sebulan.
"Ringkasnya. Tak sangka pula dia ni tulis diari," gumam Salleh perlahan. Tulisan terakhir Andi dalam buku itu dibaca.
6 September - Shu Fen beri sandwic tanpa sebab. Salleh dan saya hampir jatuh bangunan, namun Cikgu Param dan Cikgu Lim selamatkan kami. Tapi, badan rasa macam kena kawal orang lain. Macam boneka.
Dahi Salleh berkerut. Macam boneka?
"Salleh, lama lagi ke? Nak kami tolong?" Suara Zahra kedengaran di luar. Salleh cepat-cepat tutup buku itu dan masukkan semula ke tempatnya.
"Dah... Kot? Patut ke bawa buku Pendidikan Islam, ya?"
"Bawa sajalah," kata Zahra. Salleh ambil buku latihan Pendidikan Islam di rak. Dimasukkan buku itu ke dalam beg.
"Okey, siap!" Salleh bawa beg itu bersamanya, terus keluar dari bilik tidur Andi.
Puan Ariana yang berada di dapur pandang Salleh. "Jumpa tak semua?"
"Jumpa, makcik. Terima kasih ya, sebab beri izin saya masuk bilik Andi ni," kata Salleh dengan hormat.
"Hm... Tiada apa-apalah. Lagipun Andi ada beritahu makcik semalam. Pasal kamu nak ambil buku latihan dia, buat study di hospital," kata Puan Ariana sambil senyum mesra.
"Lama lagi ke Andi duduk wad ni, makcik?"
Puan Ariana hela nafas. "Nampaknya macam tulah. Doktor takut ada jangkitan di luka tikaman tu. Mungkin dalam minggu depan baru boleh discharge."
Salleh angguk. Mereka berjalan ke ruang tamu. Zahra, Shu Fen dan Muthu duduk di ruang tamu, menunggu Salleh.
"Ni, dah ada semua. Jom gerak." Salleh tunjuk beg non-woven berisi buku di tangannya.
"Ye ke semua?" Zahra berpeluk tubuh.
"Takkanlah nak angkut satu rak buku sekali. Tu kerja gila namanya. Buku teks boleh je kongsi, kan?" Salleh membalas, sinis.
Muthu dan Shu Fen sengih, manakala Zahra mencebik.
(...)
"Siap! Salleh, boleh tolong periksa grammar tak?"
Buku latihan karangan Bahasa Inggeris ditolak ke arah Salleh. Salleh pandang Andi dan buku latihannya bersilih ganti. Dia kemudian membaca karangan itu.
"Hm... Sekejap pakai present tense, sekejap pakai past tense. Awak tulis asal sedap dibaca je, kan?" Salleh mengkritik. Andi sengih.
"Ho ho! Sifu Bahasa Inggeris sudah berbicara!" Shu Fen berkata, baru sahaja kembali dari kedai mini hospital, membawa plastik berisi air kotak dan sandwic. Kelima-lima remaja itu sedang belajar di taman mini yang dijumpai Salleh kelmarin. Mujur juga cuaca hari ini redup. Tak panas tak hujan.
"Tunjuk ajarku, sifu!" Andi rapatkan kedua tangannya sambil sengih. Mereka yang lain mengangguk. Salleh hanya geleng kepala.
"Nasib baiklah Bahasa Inggeris Malaysia tak jauh beza dengan Bahasa Inggeris UK. Senang sikit nak tolong," kata Salleh perlahan.
Jari-jemari Salleh mengetuk meja. "Okey, ini karangan laporan, kan? Jadi, kena stick to past tense, sebab kita tulis pasal benda yang berlaku pada masa lepas. Present tense untuk masa sekarang. Macam mana nak tulis laporan tentang peristiwa yang sedang berlaku, kan?"
"Macam mana nak beza past tense dengan present tense?"
Salleh separa ternganga dengan soalan itu. "Kan masa sekolah rendah dah belajar?"
"Lupa."
Salleh terus murung.
(...)
Untuk setengah jam, Salleh bercerita tentang 'verb tense' - salah satu asas tatabahasa Bahasa Inggeris - sahaja. Semua tense dia cerita. Present, past, future, past participle, and the list goes on and on and on...
"Faham?" Salleh menutup katanya, memandang Andi, Zahra, Shu Fen dan Muthu, seorang demi seorang. Namun, dari wajah blur masing-masing, Salleh dapat mengagak yang mereka masih belum faham.
Salleh mengeluh. "Beginilah. Nanti saya buat carta verb tense. Kena pakai benda tu baru awak semua faham agaknya. Dan, kamu semua kena banyakkan baca buku-buku dan akhbar bahasa Inggeris. Baru senang nak buat ayat bila exam nanti."
"Okey," kata mereka, mengangguk.
Salleh tengok jam tangannya. "Eh, dah pukul 5!"
"Eh, yalah!" Zahra turut terkejut. "Alamak, saya beritahu Ummi yang saya sampai rumah pukul 5..."
"Tak apa. Saya teman awak. Rumah kita selang dua lorong, kan?" Shu Fen berkata pula, sambil menepuk lembut belakang Zahra. Zahra mengangguk lemah.
"Maaf..."
Keempat-empat mereka terus pandang Andi yang tunduk merenung meja.
"Disebabkan saya, awak semua terlambat pulang..."
"Hei, hei. Kita di sini sebab nak study sama-sama, ya. Bukan salah sesiapa pun. Nanti kami explain la pada mak ayah kami. Tak perlulah rasa bersalah sangat," pujuk Salleh. Bahu Andi ditepuk mesra.
"Cheer up, okey," kata Muthu pula.
Andi terus senyum kecil.
(...)
Andi berjalan masuk ke wad selepas rakan-rakannya pulang. Dahinya berkerut seketika. Beberapa orang berpakaian awam berlari ke tandas di hujung wad kelas ketiga itu. Dua orang jururawat pula berjalan ke arah katil pesakit itu. Bau busuk mula merebak.
Kedua-dua jururawat itu terus menguruskan pesakit yang terbuang air besar di atas katil itu. Salah seorang waris pesakit - yang lari masuk ke tandas tadi, menghampiri jururawat itu dengan wajah bengis.
"Kenapa lambat, hah? Makan gaji buta ke?"
"Encik, kami baru saja buat prosedur 'last office' untuk pesakit di hujung sana..."
"Saya tak kira. Ni kerja awak, ya! Saya bayar cukai, tahu?"
"Tch. Macam kau saja yang bayar cukai kat sini."
Ketiga-tiga mereka pandang Andi yang bagaikan terkedu tidak jauh di belakang mereka.
Ya ALLAH! Apa aku cakap ni? Andi panik, tutup mulutnya dengan sebelah tangan, cepat-cepat berjalan ke arah katilnya lalu menyelubungkan diri. Tiba-tiba dia rasa takut.
Terasa bagaikan ada orang lain yang berbicara menggunakan mulutnya tadi.
"Ya ALLAH, kenapa dengan aku ni?" Andi menggumam perlahan, masih berselubung dalam selimut.
YOU ARE READING
Trance
Teen FictionAndi Shariman, seorang pelajar yang aneh sikapnya di SMK Taman Baiduri. Disebabkan itu, dia dipulaukan rakan sebayanya. Rahmat Sallehudeen baru sahaja berpindah ke sana. Sejak hari pertama, dia sering memerhatikan sahaja Andi yang duduk di meja bers...