Bab 22

278 34 30
                                    

Malam itu hujan turun renyai-renyai. Telefon di ruang tamu berdering untuk kesekian kalinya. Andi yang baru selesai solat Isyak terus menjawab panggilan telefon itu.

"Hello?"

"Hello, Andi. Ingat, ya. Esok paper Matematik."

"Ya, Salleh. Esok paper Matematik. Masuk kali ni dah lapan kali awak telefon saya sebab nak beritahu pasal ni je."

Tawa Salleh kedengaran di hujung talian.

"Manalah tahu kalau awak lupa."

"Dah tanda dalam kalendar pun. Macam mana boleh lupa?" Andi tertawa kecil.

"Ha, topik yang masuk ialah..."

"Dah. Dah. Tahu. Dah ulang suara tujuh kali. Saya nak study la ni. Tak payah cakap lagi," kata Andi, sedikit panik.

"Yalah. Ingat. Esok paper Matematik."

"Iye..."

Tawa Salleh meletus lagi apabila mendengar nada suara Andi yang sudah menyampah itu.

"Okey. Nak sambung study. Bye!"

"Hm. Bye."

Talian terputus. Andi hela nafas lemah. Gigih benar Salleh menelefonnya setiap hari, kalau-kalau dia terlupa apa-apa yang penting. Sudah lebih seminggu berlalu sejak kali pertama Salleh menelefon rumahnya untuk memulakan ideanya itu.

"Esok paper Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Lusa paper Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dengan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Lepas tu habis final exam," kata Andi perlahan. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. "Boleh ke nak skor Matematik? Markah tak banyak berubah pun dari dulu..."

"Andi?" Puan Ariana yang sedang mengemas peti sejuk tiba-tiba menegur. "Siapa telefon tadi?"

"Oh. Salleh. Nak ingatkan supaya esok exam je."

Puan Ariana terus menggeleng sambil sengih geli hati. Sebuah bekas aiskrim dikeluarkan. Isinya dilihat.

"Mana pula datang brownies coklat ni? Dah nak habis pun."

Sepotong brownies diambil lalu dimakan.

"Sedap pula rasanya..."

(...)

Suis lampu meja ditekan. Tiada apa-apa berlaku. Andi terus menilik lampu meja itu.

"Mentol terbakar ke?" Andi menggumam perlahan. Dia bangun dari kerusi, berjalan ke arah rak buku tempat dia menyimpan mentol gantian. Laci dibuka dengan berhati-hati. Maklumlah rak buku lama. Ganas sikit terus roboh. Sebiji mentol baru diambil.

"Eh? Kotak?"

Sebuah kotak bersaiz sederhana, muat-muat laci itu, dikeluarkan. Isinya dilihat. Dahi Andi berkerut seketika apabila mendapati isinya ialah kepingan kelopak bunga mawar yang sudah kering, seakan untuk dibuat potpourri. Penuh sekotak. Aroma bunga mawar yang nipis juga mula keluar serentak dengan terbukanya kotak itu.

"Kenapa banyak benar benda ni?" Andi berfikir sejenak. "Ni ke bunga yang hilang hari tu?"

Kotak itu ditutup dan diletakkan di tepi rak buku. Mentol tadi diambil.

"Nantilah fikir. Sekarang ni... Kena dapatkan at least 70 markah untuk ujian Matematik kali ni!"

Markah Andi dalam subjek Matematik selalunya sekitar 50 ke 65 markah saja sejak dahulu. Tidak kiralah berapa banyak dia belajar dan ulangkaji, markahnya tidak jauh berubah. Jadi, disebabkan kali ini kawan-kawannya turut membantu semasa study group sejak dia dimasukkan di hospital dahulu, dia sasarkan 70 markah. Jika dapat lebih, itu dikira bonus! Berbaloi jugalah dia belajar berkumpulan.

TranceWhere stories live. Discover now