Bab 52

173 24 13
                                    

"Andi!"

Malik kerut dahi apabila ternampak Salleh berada di tengah jalan, terlompat-lompat sambil melambai-lambai tangan, sebaik sahaja dia masuk ke simpang menghala ke rumahnya. Macam orang buat lompat bintang pun ada juga. Lantas dia membrek basikal, betul-betul di sebelah Salleh.

"Apa awak buat di sini pagi-pagi buta ni?" Laju dia menyoal.

"Aliya call, dia kata mamat tu contact dia lagi. Dia tengah panik sekarang ni, sebab katanya dia dah block nombor mamat tu," jelas Salleh.

"Sebab tu awak datang sini?"

Salleh angguk lagi. "Tadi saya call awak, tak berjawab. Tak tahu pula awak keluar."

Malik terus turun dari basikal. Dituntun basikal itu sambil berjalan ke rumah. Salleh turut mengikutnya.

"Apa lagi Aliya beritahu awak?"

"Mamat tu suruh dia bank in duit. Tengok ni." Ditunjukkan tangkap layar skrin mesej daripada Black melalui aplikasi WhatsApp, yang dihantar Aliya ke telefon Salleh malam tadi.

Bank in RM5000 dalam masa dua hari. Jangan sesekali report polis. Kalau report juga, gambar tu aku terus sebarkan dalam internet. - Black

Di bawahnya tertera nombor akaun bank.

"Dia bagi nombor akaun?"

Salleh angguk.

"Ha. Suruhlah dia beritahu polis. Hantar sekali benda ni pada mereka."

Salleh berhenti melangkah, menggeleng laju. "Eh, tak boleh! Bahaya!"

Malik kerut dahi dengan respon itu. Langkahnya turut terhenti. "Apasal pula tak boleh?"

"Baca balik mesej tu. Kan mamat tu tak bagi dia report polis langsung. Kalau report, dia sebarkan terus."

Malik terus tepuk dahi. Dia tarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal geram. "Aliya dah buat report polis, kan," soalnya.

"Ha-ah." Salleh mengangguk.

"Maknanya dia belum tahu Aliya DAH buat report polis, kan?" Malik bertanya lagi.

"Ha-ah... Eh?" Salleh blur seketika. "Betul juga. Kalau dia dah tahu, gambar tu dah viral pun sekarang..."

"Ha. Dah tu?" Malik bertanya balik dengan geram.

"Tak apa ke?" Salleh bertanya semula, masih ragu-ragu.

"Tak apa. Dia acah je tu. Jangan ikutkan sangat kata-kata mamat tu."

Salleh mengangguk faham. Dengan segera jari Salleh bergerak laju, menaip mesej untuk dihantar kepada Aliya.

(...)

Fail berisi dokumen kes itu ditutup. Minda Inspektor Rasyid - Pegawai Penyiasat bagi kes Aliya itu, berputar ligat. Lebih-lebih lagi dia baru sahaja diberitahu perihal peras ugut terhadap gadis muda itu.

"Jadi, dah lama dia buat kerja ni. Modus operandi semuanya hampir sama. Tempat saja berbeza, namun masih dalam negeri," gumamnya perlahan.

Pintu pejabat diketuk.

"Masuk."

Seorang pegawai polis terus berjalan masuk ke dalam pejabat itu.

"Ada apa panggil saya, Tuan Inspektor?"

"Koperal Chan, tugas yang saya beri kepada kamu itu, ada apa-apa perkembangan?" Inspektor Rasyid itu terus bertanya.

"Saya dah selidik lokasi, Tuan. Ada satu rumah di kawasan itu seolah-olah ada penghuni," kata Koperal Chan.

TranceWhere stories live. Discover now