Bab 27

274 31 30
                                    

"Ya, mak. Amer on the way nak baliklah ni."

"Ha, cepat. Dahlah lesen pun tak ada. Kalau Abah tahu kau lenjan motor dia tu..."

"Ha, ya. Kejap lagi Mer sampai..."

Amer menunggang motosikal selaju mungkin, sambil bercakap melalui telefon bimbit yang diselit di sisi topi keledarnya. Namun, dia tiba-tiba hilang kawalan lalu motosikalnya melanggar cermin sisi sebuah kereta berhampiran. Motosikal itu pula terus meluru ke hadapan, sehingga termasuk ke dalam longkang besar tidak jauh dari situ.

Pemandu kereta itu - seorang wanita, terus meletakkan kereta di tepi jalan lalu menghampiri remaja yang masih berada di dalam longkang itu bersama motosikalnya.

"Adik, adik tak apa-apa?" Dia bertanya panik.

Amer, yang masih terpinga-pinga, terus pandang ke arah wanita itu. Mulutnya terus terlopong, terpegun dengan kecantikan wanita itu.

"Bidadari syurga..."

Pandangan Amer terus gelap.

(...)

"Adik. Bangun."

Dengan perlahan sepasang mata itu terbuka. Kelihatan seorang wanita separuh abad beruniform serba biru dan memegang mop, berdiri menghadapnya. Matanya kemudian melilau ke sekitar tempat itu, lalu dia bangun dari pembaringan. Matanya digosok perlahan.

"Er... Saya di mana?" Kepalanya digaru.

"Ni yang makcik nak tanya. Kamu buat apa dalam tandas perempuan?"

"EH?" Dengan segera dia bangun dari kerusi. "Tapi tempat ni tak macam tandas pun..."

"Sini ruang nursing, untuk ibu-ibu yang anak mereka menyusu badan. Kalau anak nak susu badan, takkan nak bagi di tempat umum kan. Nak tukar lampin bayi pun di sini. Takkan nak tukar lampin anak dalam tandas?"

"Er..." Dia menjenguk seketika di luar pintu, menghala ke kawasan sinki-sinki dan kubikel tandas berada. Kosong.

"Dah. Cepat pergi, sementara tak ada orang ni," arah makcik tukang cuci itu. Dengan segera dia berlari keluar dari tandas itu.

Namun, sebaik sahaja kakinya menjejak pintu keluar...

"WARGH!"

PANG!

(...)

Andi duduk di bangku panjang berhampiran tandas. Pipi yang sedikit bengkak diusap lembut. Boleh tahan kuat juga tangan Shu Fen ini.

Boleh pula Andi bertembung dengan dia betul-betul di depan pintu tandas perempuan. Mujur tiada pengawal keselamatan bertugas berhampiran tandas. Kalau tidak, masalah lebih besar akan timbul.

Salleh berjalan ke arah Andi lalu duduk di sebelahnya. Seplastik air batu yang dibeli di medan selera diserahkan kepada Andi.

"Pergh. Berbekas seh," kata Salleh, menunding ke arah pipi Andi. "Nampak jelas cop lima jari kat pipi tu."

Andi hanya membisu sambil mendemah tempat bengkak tadi dengan plastik berisi ais itu.

Shu Fen keluar dari tandas seketika kemudian. Dengan segera dia menghampiri Andi. Tiba-tiba sahaja rasa bersalah dan malu bercampur aduk apabila ternampak kesan pelempang yang ketara pada pipi Andi itu.

"Er..." Shu Fen garu kepala. "Sorry... Sebab lempang awak tadi."

Andi mengangguk, masih membisu.

"Awak... Tunggu sini sajalah ya. Biar saya sendiri pergi jumpa ketua tim Sulung tu," kata Shu Fen kemudiannya, lalu berjalan laju menuju ke arah medan selera pusat membeli belah itu.

TranceWhere stories live. Discover now