Pagi. Suasana terasa dingin. Awan berarak menutupi matahari yang mulai terbit, namun tiada tanda hujan akan turun.
Salleh duduk termenung di kerusi, menghadap tingkap. Dia masih tidak boleh lupakan insiden yang melibatkan Suraya itu. Bersungguh-sungguh gadis itu cuba tamatkan riwayatnya sendiri, namun gagal.
"Oi. Menung apa tu? Rindu girlfriend ya?"
Sapaan Kak Shila mengejutkan Salleh. Dengan segera Salleh memandang ke arah Kak Shila yang duduk di sebelahnya.
"Ish, Akak ni. Bukan pasal girlfriend la."
"Dah tu, pasal apa?" Kak Shila bertanya lagi. "Pasal kawan kamu jatuh bangunan ke?"
Salleh terus renung muka Kak Shila. Lama.
"Ala. Mama dah beritahu Akak la."
Salleh mengeluh. "Kenapa Mama bagitahu Akak pulak..."
"Eh? Apa salahnya? Dah perangai kamu lain macam sejak Akak balik ni. Mestilah Akak nak tahu kenapa."
"Obvious sangat ke?" Salleh membebel perlahan.
"Obvious sangat, wahai adikku yang comel macam Hello Kitty." Sempat lagi Kak Shila mencuit pipi Salleh.
Salleh tersentap. Dia kemudian mencebik. "Tak habis-habis Hello Kitty. Dia perempuan la."
Kak Shila ketawa kecil.
Telefon bimbit Salleh tiba-tiba berbunyi. Salleh bangun dari kerusi, mengambil telefon yang masih dicas itu, lalu melihat skrin.
Mesej dari Aliya.
(...)
"Pukul 10?"
Malik merenung jam di dinding. Baru 8.55 pagi.
"Tu yang Aliya mesej," kata Salleh di hujung talian. "Dia kata nak beritahu sesuatu. Rasanya ada kaitan dengan... Er... Siapa namanya yang warded tu?"
"Suraya."
"Ha. Ya. Suraya. Awak free kan hari ni?" Salleh bertanya.
"Free je," jawab Malik pendek.
"Okey. Nanti kita gerak sama-sama. Dahlah, nak bersiap ni. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
Gagang telefon diletak.
"Jadi... Nak juga kau bercerita ya, Aliya?"
(...)
Salleh kerut dahi apabila melihat seseorang bersama-sama Aliya di bawah pokok tepi padang itu.
"Kenapa Zahra ada dengan Aliya?" Salleh garu kepala sebentar. "Zahra pun satu sekolah dengan awak ke dulu?" Soal Salleh kepada Malik di sebelah.
"Tak," jawab Malik. "Tapi semalam Aliya kena serang. Zahra ada dengan dia masa tu, cuba tolong dia lepaskan diri."
Salleh melopong. Langkahnya terhenti sebentar.
"Kenapa tak beritahu?"
"Penting ke nak beritahu?" Malik jawab selamba, terus berjalan menuju ke tepi padang itu. Salleh mencebik sebelum sambung berjalan membelakangi Malik.
"Ha. Lambatnya sampai," kata Zahra sambil bercekak pinggang sebaik sahaja mereka berdua sampai. Aliya yang bersandar di pokok itu hanya tunduk merenung rumput.
"Lambat? Kamu berdua tu yang awal sangat. Kata pukul 10. Sekarang 9.50 pagi," bidas Malik.
Zahra terus sengih.
YOU ARE READING
Trance
Teen FictionAndi Shariman, seorang pelajar yang aneh sikapnya di SMK Taman Baiduri. Disebabkan itu, dia dipulaukan rakan sebayanya. Rahmat Sallehudeen baru sahaja berpindah ke sana. Sejak hari pertama, dia sering memerhatikan sahaja Andi yang duduk di meja bers...