Bab 21

291 37 11
                                    

"Oh... Ka-wan."

"Yes. 'Kahwin' means 'to get married'," kata Salleh sambil sengih. Andi yang sudah duduk di atas katil hanya membisu. Sejujurnya dia masih belum hilang terkejut dek tindakan budak berkulit cerah itu.

"Okey. Bo-leyh kee-ta ber-ka-wan?" Budak itu bertanya Andi semula dengan pelat Aussie yang ketara, matanya bersinar-sinar penuh harapan.

"Uh... Boleh saja," kata Andi sambil sengih. Pelik pula mendengar gaya percakapannya. "Er... Tak pandai cakap Melayu ke?"

"Bah-roo phen-da Ma-lee-sya. Tha phan-dai cha-kap Me-la-yoo. (Baru pindah Malaysia. Tak pandai cakap Melayu)" kata remaja itu.

Andi hampir tertawa, Salleh pula sengih lucu. Sudahlah tidak berapa faham apa yang dijawabnya, cara percakapannya pula sangat pelik.

"Can I just speak in English?" Remaja itu berkata selepas menyedari reaksi kedua-dua pelajar lelaki di hadapannya itu.

Andi pandang Salleh. Salleh pandang remaja itu.

"Yes, you can," kata Salleh kemudiannya. "But, please speak slowly, okay?"

"Alright."

(...)

"Jadi, nama dia Danish, dari kelas 1 Cemerlang, dan baru sahaja berpindah ke sini dari Australia. Disebabkan loghat dia pekat sangat, dia kena pulau dengan kawan sekelasnya. Macam tu?" Andi merumuskan perbualan mereka dengan remaja yang baru sahaja meninggalkan Bilik Kesihatan itu.

"Betul," jawab Salleh, mengunyah roti yang dibawanya tadi.

"Nasib baiklah awak faham apa yang dia cakap. Dia punya English... Adeh," keluh Andi. Air kotak di tangan dihirup perlahan.

"Saya pun tak berapa faham apa dia cakap asalnya. Sebab tu saya minta dia cakap perlahan sikit. Yalah, Australian English lain bunyinya dari British English dan American English. Awak sendiri pun dah dengar tadi," kata Salleh.

"Memang. Tadi dia ucap selamat kalau tak silap. Tapi saya dengar lain."

"Dia kata apa?"

"Rasanya... 'Good day'..."

"Awak dengar apa pula?"

"Go die."

Salleh terus tersedak.

(...)

"Macam mana? Pening lagi?" Cikgu Mahmud bertanya seusainya Andi dan Salleh menghabiskan roti masing-masing. Andi menggeleng perlahan walaupun sedikit hairan dengan pertanyaan guru Sejarah itu.

"Betul ni?"

"Ya, cikgu."

Cikgu Mahmud hela nafas lega. "Nanti salin nota hari ni dari Salleh. Risau juga cikgu tengok kamu dalam kelas tadi."

"Er... Baik, cikgu."

Cikgu Mahmud berjalan meninggalkan dua sahabat itu.

"Saya ada masuk kelas ke? Ingatkan pengsan terus masa di padang tadi," gumam Andi perlahan, namun didengari Salleh.

Salleh terus tenung Andi. Lama.

"Er... Kenapa?" Andi bertanya janggal.

"Awak tak ingat apa-apa ke lepas tamat waktu PJ tadi?"

Andi diam seketika, dahinya sedikit berkerut. Memorinya dikorek. Dia kemudian menggeleng perlahan.

"Nama penuh saya, ingat?" Salleh bertanya lagi, ada sedikit riak riasu di wajahnya.

TranceWhere stories live. Discover now