EVIL 1

2.5K 86 1
                                    


HAURA MELISSA

"Kita kena pergi daripada sini. Cepat!." 

Papa yang masuk ke dalam rumah dengan keadaan yang tergesa gesa lantas mendapatkan aku yang sedang duduk di ruang tamu. 

Aku tak tahu apa yang sedang terjadi, tapi dia betul betul dalam ketakutan. 

"Kita nak pergi mana papa?." 

Kedua bahu aku dicengkamnya sambil merenung dalam anak mata aku. Berpeluh peluh dahinya. Papa  memandang aku simpati sebelum memeluk aku erat.

"Papa minta maaf kalau papa tak dapat lindungi Haura tapi sayang jangan risau, papa akan cuba untuk bawa Haura pergi tempat yang lebih selamat." 

Dia melepaskan pelukan sebelum pantas naik ke atas.

Zain, pemandu papa mendekati aku.

"Haura, awak kena naik atas, kemas barang. Kita kena tinggalkan tempat ni." 

Tanpa membantah, terus mengangguk dan lantas mendaki anak tangga untuk kemas barang. Aku harap tiada apa apa yang jadi. 

***

"Kita nak pergi mana?." 

Aku menoleh ke sebelah, memandang papa yang tak berhenti daripada menggigit jarinya. Aku pantas menarik tangannya sambil melihat jari papa yang sudah berdarah. 

"Papa, jangan macam ni." 

Dia memandang aku gementar. Dia menggeleng sebelum memandang ke hadapan. Tangannya aku genggam erat, cuba memberi dia semangat.

Aku sendiri tak tahu apa yang jadi. 

Banyak kali aku tanya apa yang berlaku, tapi papa tetap diam, tak membuka mulut. Zain juga begitu. Ada sesuatu yang mereka sorokkan daripada aku dan aku perlu tahu. 

Sesaat Zain melepasi selekoh, kereta di brek secara tak terkawal. Terus aku dan papa ke hadapan. 

Nasib tangan aku sempat memegang tempat duduk hadapan supaya aku tak terjatuh. Papa mula melihat ke hadapan sebelum dia terbuntang mata.

"Zain, patah balik cepat!." 

Papa mengarahkan Zain sebelum pemandunya mengangguk. Dengan segera, dia terus memusing stereng kereta lantas menekan pedal minyak kuat. Aku sempat melihat hadapan sebelum aku juga terpaku.

Ada beberapa buah kereta yang menghalang perjalanan kami. Lebih 10 orang yang berdiri di situ dan aku tak tahu mereka tu siapa. 

Belum sempat kereta bergerak, beberapa das tembakan dilepaskan daripada arah belakang.

"ARGH!." 

Aku menundukkan tubuh, cuba mengelak daripada terkena peluru. Dada yang sudah berombak laju dipegang. Tuhan... apa yang dah jadi ni?.

Papa memegang lengan aku sambil cuba untuk melindungi aku. Zain melajukan kenderaan tapi dia hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan. Nasib tak ada sesiapa yang tercedera. 

"Haura dengar cakap papa, ikut Zain. Larikan diri. Zain, bawa Haura!." 

Papa memandang Zain sebelum Zain mengangguk laju. Aku yang takut lantas menggeleng laju. 

"Papa.... jangan tinggalkan Haura. Kita boleh pergi sama sama, kenapa papa suruh Haura pergi tanpa papa?." 

Aku menahan sebak kerana terlalu takut tapi aku harus kuat. Papa menggeleng sambil membuka pintu kereta. 

"Haura, tolong dengar cakap papa, kita dah tak ada masa. Papa harap sangat yang Haura selamat." 

Dia menolak tubuh aku keluar daripada kereta sebelum Zain menarik tangan aku untuk melarikan diri. 

DEVILWhere stories live. Discover now