EVIL 51

436 25 0
                                    


5 BULAN KEMUDIAN....

" Okay, kalau macam tu awak suruh diorang cari pembekal baru. Kalau tak boleh, kita kena tanggung rugi tau. Bukan sikit jumlah dia. Syarikat tak nak ambil risiko." 

Aku menyerahkan fail yang Que bagi tadi.

" Baik bos. Tu je ke?." 

Aku laju mengangguk dan dia meminta diri untuk keluar. Aku menghidupkan komputer dan melihat saham syarikat aku yang dah lebih 2 tahun ni. Nasib tak turun sebab aku rush gila. Semua cara aku buat supaya aku terus tak jatuh.

Sedang aku leka, telefon pejabat aku berbunyi. Dengan mata yang masih merenung skrin komputer, aku mengangkat gagangnya. Tak lain tak bukan mesti Que. Dia jarang telefon aku kalau tak ada hal mustahak sebab dia akan jumpa terus aku.

" Hello Que." 

Aku memulakan perbulanan. Dah pukul 5 ni tapi aku masih tak balik balik sebab aku sibuk sangat!. Aku harap yang aku cepat habis dan cepat pulang. Dah tak sabar nak balik rumah ni.

" Hello bos. Your husband here. " 

Terus melebar senyuman aku. Dengan segera, aku menutup suis komputer tanpa dimatikan dahulu komputernya. Bebal tak bebal?. Orang yang aku nantikan daripada tadi sampai akhirnya.

" Okay okay saya datang. Thank you inform." 

Aku meletak telefon dan berkemas untuk pulang. Yes, aku dah kahwin. Kejap je kan masa berlalu?. Hari ni, Amanda dengan Harris ajak kitaorang semua dinner sama sama dekat rumah diorang. Alang alang tu, boleh jumpa diorang sekali.

Dengan hati yang berbunga, aku turun ke lobi dengan senyuman melebar. Aku mencari kelibat Malique tapi dia tak ada dekat sini. Kepala aku garu tak gatal. Mana pulak si Malique ni?.

Aku menuju ke arah sofa di hujung sana. Melihat seseorang yang duduk membelakangkan aku, segera dihampirinya. Aku pasti tu dia. Dari gaya rambut pun aku dah tahu sangat.

" Hai..."

 Aku menyorok di belakang dinding sambil melihat riaksi dia. Malique menoleh ke belakang tapi tak nampak aku. Aku tergelak kecil apabila melihat dia tercari cari kelibat aku.

" BAH!.." 

Aku menyerbu dia. Malique hanya beriak kosong, tak terkejut. Aku berdecit kecil apabila melihat dia langsung tak terperanjat. Dia yang bersuit lengkap menghulur tangannya untuk memimpin tangan aku. Aku menyambut dengan cebikan bibir.

" Jangan jadi macam budak budak sangat boleh tak?. Orang tengok. Tak malu ke?." 

Malique menoleh kepala ke arah aku. Aku mengejek cakapnya. Biarlah. Aku bukannya buat apa pun, nak terkejutkan dia je. Salah ke?. 

Malique memimpin tangan aku sehingga ke keretanya. Aku pergi kerja pun dengan dia, dah jarang naik kereta sendiri. Ini pun Malique yang nak hantar aku. Aku okay je. Dia mesti baru habis kerja ni. Hidup berumah tangga kan?. Kenalah berkongsi.

Sesampai di rumah, aku terus masuk ke dalam untuk mandi dan bersiap. Pukul 7 nih semua dah kena ada. Mana boleh lambat. Malique mengikuti langkah aku sehingga ke bilik. Dia segera menanggalkan bajunya dan masuk ke bilik air untuk mandi. Dia selalu siap sebelum aku sebab dia tak suka buang masa. 

Sementara menunggu dia habis mandi, aku berbaring di atas katil sambil meletakkan tangan di atas dada. Mata aku merenung siling, termenung. Tak tahu fikir apa tapi sedang melayan perasaan sendiri.

Masa majlis perkahwinan aku bulan lepas, ramai yang datang termasuk Isabella, sepupu aku dengan ayah dia sekali. Aku dah boleh layan dia dengan baik. Mak dia tak datang sebab masih tak boleh menerima kematian anak sulung dia. 

Mungkin mak dia benci aku. Tapi aku tak fikirkan sangat pasal tu sebab Daniel dah porak perandakan hidup aku. Walaupun dia jahat, tapi aku dah maafkan dia. Aku mengharapkan dia tenang dekat alam sana. 

" Your husband tu macam tak biasa senyum je?. You okay ke?. Selalunya orang macam tu tak sweet." 

Aku tergelak kecil apabila teringat kembali ayat Isabella ketika majlis kahwin aku. Entah, aku biasa je. Malique bukan sweet talker tapi aku suka cara dia. Walaupun dia sukar untuk dibawa bergurau, tapi aku masih gembira bersama dia.

Bunyi pancuran air daripada tadi membuahkan aku satu idea jahat. Dengan sengihan, aku menghampiri suis lampu bilik air. Aku segera menutup suis tadi tapi tiada jeritan atau riaksi daripada Malique.

Pintu bilik air dibuka dan Malique keluar dengan tuala di lilit di pinggangnya. Dia menoleh ke arah aku tanpa apa apa riaksi dan berlalu ke arah closet. Aku ternganga sedikit. Macam tu je?. Dia tu tak ada apa apa perasaan ke?.

Aku terus mencapai tuala dan pakaian sebelum masuk ke dalam bilik air. Selepas siap, aku melihat bilik sudah kosong. Malique sudah tiada di sini. Mungkin di bawah ataupun.... dia dah tinggalkan aku?. Ish, tak mungkin lah.

Selepas siap, aku terus turun ke ruang tamu. Aku tersenyum kecil apabila melihat Malique sedang duduk di sofa sambil bermain dengan telefonnya. Aku menghampirinya. Malique mengangkat kepala memandang aku sebelum dia berdiri.

" Semua orang dah ada dekat sana, tinggal kita je. Jom." 

Malique berjalan di hadapan manakala aku berjalan di belakangnya. Macam yang aku cakap, aku tak biasa pakai dress tapi disebabkan permintaan Amanda, aku ikutkan juga.

Aku hanya diam duduk di sebelah Malique yang diam memandu. Sedang aku leka termenung, tangan aku bermain main dengan perut aku yang masih kempis. Sebuah senyuman kecil terungkap di bibir. 

Sejujurnya, aku mahukan anak tapi aku tak mahu terlalu awal sebab aku masih perlukan masa berdua dengan Malique. Semua perempuan ada cita cita yang sama, iaitu nakkan cahaya mata. Tapi bila aku tengok Malique ni...

Aku bukan apa, dari apa yang aku nampak, Malique tak suka budak . Pernah sekali sepupu aku bawa anak dia datang rumah papa. Waktu tu aku dengan Malique join sekali. Semua orang nak pegang budak tu kecuali Malique. Pandang pun dia tak nak.

Aku bagi dia pegang tapi dia tolak. Alasan, sebab dia tak pandai pegang anak orang. Sedih kan?. Nak tak nak aku layankan juga. Aku harap dia tak buat macam tu dekat anak dia sendiri. Kalau dia buat juga, aku tak tahu nak cakap apa.

" Malique, apa perasaan kau kalau aku cakap yang aku mengandung?." 

Aku menoleh ke arah Malique dengan pandangan ingin tahu. Dia hanya menumpu pada pemanduannya. 

" Kenapa kau cakap macam tu?. Kau mengandung ke?." 

Dia memegang santai stereng kereta. Aku menggeleng perlahan sebelum mencampak pandangan ke luar tingkap. Terasa tangan aku ditarik dan digenggamnya. 

Aku memandang sebelah tangan aku yang digenggamnya sebelum wajah Malique aku pandang. Dia yang masih memandang hadapan membawa tangan kanan aku di bibirnya dan kuncup sekali. 

" Aku tak kisah." Dia tersenyum kecil. Aku merenung Malique lama sebelum aku juga turut tersenyum. Aku memandang tangan aku dan mengeratkan genggaman. Ni yang aku nak. Suami yang memahami.





DEVILWhere stories live. Discover now