EVIL 47

409 16 0
                                    


HAURA MELISSA

" Bos?." 

" Bos..." 

Aku segera mengangkat kepala, memandang salah seorang daripada pekerja aku masuk bersama beberapa kertas kerja di tangannya. Aku segera menguntum senyuman untuk menutup lamunan aku tadi.

" Saya dah siapkan lakaran diamond yang bos nak tu. Kalau bos tak puas hati, boleh panggil saya balik." Dia menghulurkan kertasnya dengan senyuman. 

" Ouh, terima kasih eh." 

Aku mengangguk dan mencapai kertas kertas tadi. Dia meminta diri untuk keluar.

 Selepas pintu ditutup, aku menghempas tubuh di kerusi dan mengeluh panjang. Aku tak tahu apa yang aku termenungkan sampai tak perasan kehadiran dia tadi. Terlalu banyak benda yang aku fikirkan. Apa benda tu pun aku tak pasti.

Dah 3 minggu selepas aku keluar daripada hospital. Kali terakhir aku jumpa Malique waktu tengah malam haritu. Itu last, lepas tu aku tak jumpa dia lagi. 

Bila aku telefon dia, dia cakap ada banyak kerja nak dibuat. Dia ada cakap dengan aku yang dia ada urusan dekat luar tapi aku tak tahu ke mana. 

Aku tak nak buat dia rasa serabut jadi aku biarkan aja. Tapi bila dah terlalu lama macam ni, rasa dipinggarkan pun ada. Kalau ye pun sibuk, telefonlah aku sekali sekala. Tanya khabar ke, apa ke?. Ni tak. Chat pun dia bluetick. Haih lah...

Sekian lama merenung dinding kaca pejabat aku, bunyi dan getaran daripada telefon menyentak lamunan aku. Melihat nama Amanda di skrin telefon, aku segera mengangkat panggilan.

" Hey beb !!." 

Amanda menjerit teruja disebalik sana. Aku tergelak kecil sebelum berdiri membawa diri ke sofa. Amanda pun aku dah lama tak jumpa tapi dia ada juga kadang kadang ajak aku keluar makan. 

" Kau sihat?." 

Aku menyoalnya dengan senyuman di bibir. Hanya gelakan yang aku dengar. Apa yang kelakar sangat pun aku tak tahu. 

" Sihat je weyh. Babe, jom lunch sama sama."

 Ajakan Amanda membuatkan senyuman aku semakin melebar. Huish, berjam jam duduk dalam office ni, lapar pula tiba tiba. Lagi pulak ada orang ajak. Memang berkiuklah jawabnya.

" Jom !. Aku pun lapar ni. Malique... ada dengan kau sekali?." 

Aku saja tanya. Mana tahu dia ada sekali. Boleh jumpa. Rindu sangat ni. 

" Hm, tak ada lah weyh. Dia belum balik lagi. Antoine je ada dekat sini." 

Suara Amanda mengendur. Sayu hati aku dengar. Bila dia nak balik nih?. Aku mengeluh lagi.

" Kau tahu tak dia pergi mana?." 

Aku menyoal Amanda. Mana tahu Amanda tahu Malique pergi mana. Aku bukan apa. Risau kadang kadang. Kalau ada apa apa, Malique akan bagitahu aku. Tapi bila dia diam macam ni, aku tak sedap hati. 

" Okay tak apa. Kau datang sini...., aku bagitahu kau." A

ku terdiam seketika. Maksudnya Amanda tahulah Malique pergi mana?. Aku mengangguk laju.

" Okay okay, tunggu aku dekat sana." 

Mendengar jawapan daripadanya, aku segera mematikan panggilan. Handbag aku di atas meja aku capai dan bergegas ke tempat letak kereta. Harap harap, Malique tak buat sesuatu yang rosakkan kepercayaan aku dekat dia.

Tak sampai 30 minit memandu, kereta aku masuk ke dalam kawasan bangunan milik Malique dan yang lain. Syarikat ni baru lagi di Malaysia tapi sudah berkembang luas sehingga ke luar negara. Di Spain syarikat utama dan diluaskan. 

DEVILWhere stories live. Discover now