EVIL 15

910 27 0
                                    


" Waktu tu, aku dan skuad yang lain ditugaskan untuk serbu tempat Diego dan dadah dadah yang diorang proses. Aku selfish, tak tunggu arahan daripada pihak atasan dan masuk terus dalam bangunan tu." 

Aku memegang pemegang cawan sambil sebelah tangan lagi memeluk tangan. Antoine berdiri di sebelah aku. 

 "Aku nampak Diego dan dia ugut untuk letupkan rumah bapak aku. Aku ambil keputusan untuk tinggalkan diorang semua demi selamatkan bapak aku. Dan aku tahu tu satu perangkap, aku datang balik.... tapi aku dah terlambat. Diorang semua dah mati termasuk Tania, kawan rapat aku." 

Aku mengeluh kecil sebelum menghirup minuman panas yang diberi Antoine tadi. Dia memandang aku simpati sebelum tersenyum kecil. Sekarang ni, aku perlukan bantuan dia untuk jejak Diego. Dia bersetuju untuk rahsiakan hal ni daripada Malique. Aku tak nak dia terlibat.

" Kau buat benda tu untuk selamatkan bapak kau. Kadang kadang berkorban tu adalah jalan penyelesaian. Kau kena terima." 

Antoine menyeluk tangan kiriya ke dalam poket sambil memandang aku dengan senyuman. 

Entah, aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh rapat dengan dia. Mungkin sebab dia tak kekok untuk berbual dengan orang baru macam aku?. Dia banyak bantu aku untuk cari diego dan orang orang dia. 

Tak sampai 2 minit mendiamkan diri, bunyi notification di skrin besar milik Antoine berbunyi kuat. Aku dan dia pantas menghampiri panel. Dia menekan nekan sesuatu sebelum terpapar beberapa gambaran CCTV.

 Aku mengerutkan kening apabila CCTV berjaya menangkap figura Diego. Kenapa dia seakan akan sengaja nak CCTV tangkap kelibat dia?. Kalau dia tahu yang dia diburu, dia semestinya berusaha untuk mengelak daripada tertangkap. Ada sesuatu yang tak kena.

" Aku tak rasa tu dia." 

Antoine memandang skrinnya ragu ragu. Kalau tu bukan dia... mana dia pergi?. Antoine menekan nekan sesuatu di panel dan terpapar segala maklumat berupa kod yang aku tak tahu apa isinya. Mungkin orang hacker macam dia saja yang tahu maksud disebaliknya.

" No way..." 

Aku mula tak sedap hati apabila dia seakan tergamam dengan apa yang terpapar. Kenapa?. Apa yang terjadi?. Aku berusaha untuk faham tapi mana aku tahu maksudnya?. Nombor dan simbol je banyak.

" Aku rasa dia ambil senjata nuklear. Aku tak tahu daripada mana diorang dapat." Aku memandang Antoine pelik. Negara kita ada loji nuklear ke?. Aku tak pernah tahu pun?. 

" Negara kita ada kilang nuklear?." 

Dia memandang aku sebelum mengangguk sekali. Dia nampak sangat sangat cemas. 

" Negara kita tak menggunakan kuasa nuklear untuk sumber kuasa utama tapi diorang guna." 

 Antoine menunjuk aku gambaran sebuah menara nuklear yang aku sendiri tak tahu kewujudannya di mana.

Aku teringat sejarah pengeboman bom atom di bandar Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. Besar impaknya sehingga mendatangkan penyesalan terhadap J. Robert Oppenheimer, Father of The Atomic.

" Aku harap dia tak melampaui batas." 

Kalau betul dia nak musnahkan aku, jangan libatkan rakyat yang lain. Dia akan terima pembalasannya nanti. Itu sumpah aku kalau dia melibatkan orang awam yang tak bersalah.

" Polis tak terlibat dalam kes ni?." Aku mengeluh sebelum menggeleng.

" Polis sendiri tak dapat hidu kerja jahat dia ni. Berapa ramai orang yang dah jadi zombie dadah dia?. " 

DEVILWhere stories live. Discover now