EVIL 50

509 24 0
                                    


HAURA MELISSA

" Hati hati..." 

Aku membantu dia untuk bangun. Fiona nama dia. Orangnya cantik tapi dia terlalu kurus sampai betis dia tak ada isi. Tulang je. Kesian aku tengok. Malique dah cerita dekat aku pasal dia. Memang tak patut betul lelaki tu.

" Terima kasih sebab tolong saya." 

Dia yang bersandar di kepala katil menguntum senyuman. Aku mengangguk sambil tersengih lebar. 

" Eh, tak ada apa apalah. Awak rehatlah dulu, saya kena balik ni. Esok saya nak masuk kerja." 

Dia mengangguk setuju. Aku melambai dia dengan senyuman dan mencapai handbag aku. Amanda dah balik awal awal lagi sebab penat katanya. 

Ada khabar yang mengatakan dia nak kahwin minggu depan tapi aku tak nak lah tanya dia lebih lebih. Dah ada jawapan daripada Amanda sendiri, dia akan bagitahu aku juga. Aku tahu ni pun sebab  Antoine yang sibuk nak bergosip dengan aku. 

Dengan keluhan penat, aku masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah. Dah tengah malam ni, sempat lagi ke aku nak makan?. Tak payahlah. Malas pula nak masuk dapur. Aku letih sangat ni. 

Sesampai di garaj kereta, aku segera membuka kunci pintu dan masuk ke dalam. Aku dah beli rumah penthouse baru, jadi aku tak perlu kongsi rumah dengan papa lagi. 

Ada kak Izah dan driver papa yang boleh tengok tengokkan papa. Aku pun kadang kadang lawat papa kalau aku ada masa terluang. 

Memang niat aku tak nak makan, tapi bila dah nampak dapur, aku terasa rajin pula nak masak tengah tengah malam ni. Bolehlah setakat goreng nugget dan daging burger. Dapatlah juga aku alas perut.

Seusai menukar baju, aku terus menuju ke dapur. Belum sempat aku membuka pintu almari kabinet, loceng utama berbunyi beberapa kali. Aku terdiam seketika. Mata aku tertacap ke arah jam dinding yang tergantung di ruang tamu. 2.45 pagi. 

Siapa pula yang datang tengah tengah malam ni?. Aku mula tak sedap hati. Kata kata Malique supaya aku berhati hati mula bermain di fikiran aku. Boleh jadi yang tu orang jahat?. Perlahan lahan aku menghampiri pintu rumah. 

Tanpa melihat skrin keselamatan, aku membuka pintu perlahan lahan untuk melihat siapa yang datang. Mata aku terbeliak saat melihat wajahnya di hadapan rumah aku. Dia merenung aku tanpa senyuman. Hanya renungan. 

" Ma—Malique?. Kenapa dengan muka kau ni?." 

Aku perasan di wajahnya yang ada kesan lebam di pipi dan tepi bibirnya. Dia memeluk aku sebelum sempat aku habiskan ayat yang terakhir. Aku hanya terdiam. Wajahnya disembamkan di bahu aku.

Perlahan lahan, tangan aku naik mengusap belakang badannya dengan riak wajah risau. Takut juga ada sesuatu buruk yang terjadi dekat dia. Dia mengeratkan pelukan seerat eratnya sampaikan aku tak mampu bernafas. 

" Aku rindu kau." 

Dia bersuara perlahan. Rindu sangat ni. Aku faham tapi ni menjerut namanya. Teringat waktu pertama kali aku jumpa dia. Aku tergelak kecil, membiarkan dia. Aku pun rindu dia juga. 

***

" Auwh!." 

Dia menarik kepalanya apabila aku mengusap lembut cotton bud di pipinya yang terluka. Aku berdecit sebelum menarik lengannya kembali. Berkerut keningnya menahan kesakitan. Ouh, masa bergaduh tadi tak fikir sakit ke tak?.

" Tu lah. Lain kali jangan berani sangat. Acah kuat lagi kan?. Orang sapu luka pun dia elak macam budak kecik, ada hati nak gaduh gaduh." 

Aku membebel sambil menampal plaster kecil di pipinya. Dia merenung aku dengan sengihan sebelum atas kepala aku dia jentik perlahan.

" Aku nak tidur sini." 

Aku yang baru nak menyimpan ubat tadi di dalam kotak segera memandang dia dengan gelengan. Bukan tak bagi tapi memang takkan bagi. Dia dengan aku belum halal lagi. 

" Habistu macam mana aku nak balik?. Aku luka luka ni, kau tak kesian dekat aku ke?." 

Dia masih berkeras nak tidur sini. Aku mengeluh kecil sambil merenung dia bosan. Tu je alasan yang dia nak bagi. 

" Aku boleh hantar kau balik." 

Aku menutup kotak ubatan dan bangkit untuk menyimpan kotak tadi di dalam almari dapur. Dia mengikuti langkah aku sehingga ke dapur.  Dia hanya memerhati setiap gerak langkah aku sehingga aku naik tak selesa.

" Kau lapar tak?." 

Aku sengaja menyoalnya agar dia tak terus merenung aku. Dia membongkok sambil menongkat dagu di atas meja dapur. Dia hanya menggeleng dengan senyuman. Dah kenapa dengan dia ni?. Mimpi ke apa?.

" Kau kerja apa sampai bengkak bengkak ni?." 

Aku memandang Malique dengan kerutan. Saja nak tengok dia mengaku atau tak. Aku tahu dia tipu aku, saja nak uji. Dia terdiam. Wajahnya sengaja dilagak tenang.

" Tak apa. Jangan jawab sebab aku tau kau tipu aku." 

Aku tersenyum sebelum mengeluarkan bungkusan nugget ke dalam peti ais. Dia nampak terkejut. Perlahan lahan dia berdiri di belakang aku. Bahu aku dia ramas lembut.

" Sorry, aku tak ada niat nak tipu kau. Aku just nak kau selamat je." 

Luahnya memujuk. Aku mendiamkan diri, tak menjawab. Melihat reaksi aku yang masih membatu, dia memusingkan tubuh aku memandangnya.

" Asal kau diam ni...?." 

Dia merenung wajah aku dengan kerutan keningnya sambil bersuara memujuk. Dah habis tu, takkan aku gembira pulak?. Tengok dia cedera cedera ni?. Ingat aku suka?. Aku tak memandang wajahnya. Sebab aku merajuk lah!.

Perlahan lahan pipi aku dia pegang sambil mendongakkan sedikit kepala aku, memandang anak matanya. Aku terpaksa memandang dia kalau taknak benda ni jadi panjang. 

Malique tersengih kecil sebelum dia menguncup dahi aku. Ingat aku termakan ke dengan senyuman acah putera raja ni?. Adalah sikit.

" Kau jangan tarik tarik muka macam tu, tak cantik aku tengok." D

ia menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Dengan riaksi meluat, aku mengacu dia tumbukkan. Kena kau sekali, masuk wad tau. Malique tergelak kecil melihat aku.

" Dah, jom aku hantar kau balik." 

Aku memusingkan tubuh untuk mengambil kunci kereta tapi dia segera menahan lengan aku dan menggeleng perlahan. Aik, tak nak pulak?. Tadi beriya cakap sakit.

" Tak payah, aku boleh drive sendiri. Kau jaga diri, malam malam ni ada banyak..." 

Dia mengangkat sebelah keningnya. Aku berdecih sebelum menjelingnya. Dia masih sama. Suka sakat aku dengan hantu. Selagi benda tu tak kacau aku, buat apa aku nak takut?.

" Dah dah, kau pergi balik. Buat semak je dekat sini." 

Aku menolak belakang badannya ke arah pintu. Malique tergelak nakal sebelum dia meminta diri untuk pulang. Dah tengah malam ni, jalan raya kosong tapi aku masih risaukan dia. Takut apa apa jadi.

Selepas 40 minit, dia menghantar gambarnya yang sudah sampai di rumah. Aku tersenyum kecil melihat wajah kacaknya. Melihat senyumannya, aku jadi gembira. Bila difikirkan, semua ni jadi tiba tiba.

Aku harap, tak hilang perasaan ni dekat Malique. 

Aku nak jadi orang yang setia. Aku taknak hilang Malique dan aku percaya dengan takdir aku. Kalau Malique ditakdirkan untuk aku, aku akan ikut segala percaturan Tuhan untuk aku. 

DEVILWhere stories live. Discover now