EVIL 54

418 22 1
                                    

" Jangan lah nangis lagi. Auntie ada dekat sini lah." 

Aku mendodoi tubuh kecilnya sambil mengesat air mata yang daripada tadi tak henti henti. Puas aku memujuk tapi dia tetap tak mahu berhenti.

" Atiyah nak mama ke?." 

Aku duduk di sofa apabila kaki penat berdiri. Aku mendirikan Atiyah di peha aku. Wajah sedihnya aku renung penat.

" Tunggu sekejap je lagi eh?. Kesiannya dia..." 

Aku menepuk lembut belakang badannya. Aku melihat skrin telefon, tiada mesej daripada Amanda ataupun Harris. Manalah dua ekor mangkuk ni?. Honeymoon lagi ke?.

" Haura?." 

Aku menoleh ke belakang. Antoine yang baru sampai segera menghampiri aku. Dua beg plastik di tangannya diletakkan di atas meja. Nasiblah si Antoine dah sampai.

" Kenapa?." 

Dia duduk di sebelah aku. Wajahnya nampak sedikit risau, melihat anak kawannya menangis. Aku menggeleng perlahan.

" Manalah aku tahu. Aku tak ada pengalaman jaga budak ni. Atiyah ni daripada tadi menangis. Dia sakit ke?." 

Aku menilik tubuh Atiyah. Semuanya nampak baik, tak ada cedera.

" Ish, cuba bagi dia dekat aku." 

Antoine menghulur kedua belah tangannya, cuba untuk memujuk Atiyah. Aku hanya menyerahnya tanpa berkata apa apa. Belum sempat Antoine sambut, tangisan Atiyah semakin kuat. Terkejut aku.

" Eh, dia tak suka kau lah." 

Aku berdiri semula. Antoine hanya menggaru belakang kepalanya sambil membuat riak wajah tak bersalah. Dia memang macam ni. Tak bertanggungjawab. Mungkin disebabkan rambut dia blonde, lain daripada yang lain.

" Yow..." 

Suara Alex pula mengisi rumah Amanda. Aku dan Antoine segera menoleh ke belakang. Dia bersama Fiona berpimpin tangan menghampiri ruang tamu. Aku memandang Antoine dengan sengihan. Dia hanya tersengih sumbing.

" Amboi, dah pandai berpimpin pimpin nampak?." 

Antoine menyakat sahabatnya. Fiona yang malu malu segera menarik tangannya. Aku faham, dia masih lagi malu dengan kitaorang. Macam tulah perasaan aku waktu berkenalan dengan diorang untuk pertama kalinya. 

" Kenapa?. Salah ke?." 

Alex kembali menggenggam tangan Fiona. Aku hanya tersengih suka. Ada ada jelah diorang ni. 

" Yang kau pun, bila nak berpimpin pimpin?." 

Nada aku menyindir. Alex dan Fiona duduk di sofa berhampiran dengan Antoine, melihat aku yang masih berdiri, memujuk Atiyah.

" Ish, tak nak aku. Geli lah." 

Antoine menggelitis tak tentu pasal. Aku menjuling mata ke atas. Meluat dengan jawapan dia. Fiona tergelak kecil. 

" Kau jangan bagi jawapan yang tak munasabah lah. Geli... geli. Nanti dah jumpa, katil juga kau pergi." 

Aku mengemam bibir sambil membesarkan mata, menahan gelakan. Tak senonoh betul.

" Eh, mana ada. Aku suci lagilah. Aku cuma tak ada masa je nak cari." 

Antoine menanggalkan jaket jeannya. Dia dengan jaket jean tu, memang berpisah tiada. Tu je pakaian yang aku selalu nampak dia pakai. 

" Dia macam tak ada tanda tanda nak berhenti je?." 

Alex memandang Atiyah di dalam dodoian aku. Apa boleh buat, kena juga tunggu Amanda balik. Memang buat rumahlah diorang berdua ni.

DEVILWhere stories live. Discover now