" Ni ke kampung awak?." Fiona memandang pemandangan disebalik tingkap kereta dengan senyuman teruja. Aku mengangguk dengan senyuman nipis. Aku rasa bersalah dengan diorang.
" Kenapa awak macam tak teruja je?." Fiona memandang aku pelik. Aku cuma menggeleng perlahan. Aku teruja tapi pada masa yang sama, aku malu dengan diri sendiri.
" Saya cuma rasa diri saya nak tak guna. Balik kampung bila ada benda penting je. Selama ni, saya tak pernah balik. Mak saya kerja sorang sorang pun saya tak tahu." Aku memandu dengan jiwa yang tak tenteram. Mak marahkan aku ke nanti?.
" Alex, awak jangan cakap macam tu. Sekurang kurangnya awak risaukan adik adik awak, mak awak. Awak balik juga. Saya pasti, mak awak faham. Dia kan sayangkan awak?." Fiona tersenyum, cuba menenagkan fikiran aku.
" Saya harap haraplah." Aku membalas senyumannya dan memandu sehingga kereta aku sampai di hadapan rumah kayu. Aku kenal rumah ni. Tempat aku dibesarkan.
Aku pergi bandar untuk sambung sekolah menengah. Aku kerja, aku cari rumah sewa sendiri. Aku hidup sendiri dekat sana sampai aku lupa keluarga aku dekat sini.
" Dah sampai." Aku segera menanggalkan seat belt dan membuka pintu kereta. Terasa jantung aku berdegup laju tapi aku hiraukan perasaan ni. Yang penting, aku jumpa mak dan adik adik aku.
" Alex?." Seorang wanita turun daripada tangga. Siap berpakaian untuk ke sawah, dia memandang aku tak percaya. Aku tersenyum dan berlari ke arahnya dan memeluk tubuh mak yang dah lama aku tak jumpa.
" Alex... mana kau pergi nak?. Mak hari hari doakan kau balik. Tuhan dengar doa mak Alex...." Mak menangis dalam nada ketawa. Dia terlalu gembira jumpa aku yang dah lama tinggalkan dia.
" Mak... Alex minta maaf mak..."
Aku menahan air mata tapi aku tak mampu. Air mata jantan aku gugur saat hadap mak aku, orang yang paling aku sayang.
" Abang Alex!. Akak, Abang Alex dah balik!."
Aku memandang Raihana. Dia dah besar, dah jadi anak dara. Aku tersenyum dan memeluk dia. Ata kepalanya aku kuncup beberapa kali. Aku ada 5 adik perempuan termasuk aku, ada 6 orang.
Mereka semua berlari menghampiri aku sebelum memeluk aku erat. Aku tergelak kecil melihat keterujaan mereka. Farhana, Atirah, Liyanna, Syahirah dan Raihana. Semua ni adik adik aku. Aku menoleh ke arah Fiona. Dia tersenyum.
" Mak, Alex nak kenalkan. Ni bakal isteri Alex, Fiona." Fiona menghampiri aku sebelum dia menguncup tangan mak. Mereka memandang Fiona dengan senyuman.
" Abang. Muka akak ni macampelakon lah?." Raihana memandang Fiona teruja. Kami semua tergelak sebelum Fiona mengusap lembut kepala Raihana. Mungkin sebab Fiona ada sepasang mata kelabu dan pupilnya dikelilingi warna coklat.
" Eh, jom naik naik. Biar mak masak tengah hari untuk korang berdua." Mak menarik lengan aku. Kami semua naik ke atas. Aku tak tahulah rumah ni kuat lagi atau tak untuk tampung ramai ramai ni.
***
HAURA MELISSA
" Bos?."
Pintu bilik aku yang tak tertutup rapat ditolak daripada luar. Pembantu aku masuk dengan senyuman. Dia berdiri di hadapan pintu. Aku membalas senyumannya kembali.
" Bos, ada orang nak jumpa."
Aku mengangguk dengan wajah ingin tahu siapa yang datang. Dia menolak pintu luas sebelum seorang lelaki masuk. Dia datang bersama seorang remaja perempuan.
" Farid."
Aku tersenyum kecil. Dia dengan rupa paras yang semakin matang, menghampiri meja aku. Inara di sisinya memandang aku tapi tanpa senyuman. Dia berdiri di belakang Farid, takut takut untuk berjumpa aku.
" Hai, kau sihat?."
Aku mengangguk sebelum bangun. Dia memandang aku atas bawah, tak percaya apabila melihat perut aku yang membesar. Dah nak masuk 8 bulan. Aku tersenyum melihat reaksinya.
" Wow, congratulations." Dia tergelak kecil. Aku menyambung gelakannya. Aku menghampiri Inara.
" Hai Inara."
Aku melambai lambai ke arahnya. Dia menyorok di belakang Farid. Mungkin dia malu dengan aku sebab ye lah, dia dah besar. Dah mula rasa malu. Waktu tu, dia kecil lagi. Mesti dia dah lupa pasal aku.
" Dah lama aku tak dengar khabar kau. Kau macam mana dekat sana?. Okay?." Pembantu aku masuk bersama minuman. Farid mengangguk perlahan.
" Okay, everything is good tapi tu lah. Bila dekat sana, tak sama dengan sini. Dekat sana macam sibuk sikit."
Farid bersandar di sofa. Aku meneliti wajahnya sebelum tersenyum.
" Kau dah banyak berubah. Baru nampak macam bapak orang."
Dia dah lebih berisi, nampak matang. Baguslah, dia dah boleh uruskan dirinya.
" Aku biasa je. Sama macam dulu cuma aku kena pandai uruskan masalah. Inara pun tak ada siapa yang hantar sekolah, tu yang aku terpaksa ulang laik dari tempat kerja ke sekolah dia."
Aku mengangguk faham.
Jadi bapa tunggal ni lebih susah daripada jadi ibu tunggal. Nak galas tanggungjawab sebagai seorang ibu, dia harus kuat. Kalau perempuan, dia memang dah biasa. Memang kuat.
" Kau tak jumpa calon lagi ke?."
Tertanya tanya juga aku. Tak kan dia tak jumpa perempuan yang sesuai dengan cita rasa dia?. Farid cuma tertawa.
" Aku ni sibuk sepanjang masa Haura. Sampaikan tak ada masa nak fikirkan semua tu. Tak apalah. Tak apalah. Cukuplah aku sorang, besarkan Inara."
Farid mengusap atas kepala Inara. Aku mengangguk, setuju dengan pendiriannya.
" Bila kau balik sini?." Aku menyoal lagi.
" Semalam. Aku cuti sebulan. Tu yang terfikir nak bercuti dekat Malaysia. Hampir 2 tahun kitaorang tak balik sini. Aku tak nak jauhkan Inara dengan arwah isteri aku dekat sini."
Dia tersenyum.
" Yelah, aku saja je singgah sini. Alang alah lalu, nak jumpa kau. Makin maju business kau sekarang eh?." Farid memandang kotak kotak barangan kemas yang aku ambil sebagai simpanan.
" Kau juga yang banyak ajar aku kan?. Kalau kau tak tolong aku, aku tak rasa aku boleh sejauh ni." Dia tergelak kecil. Kami sama sama berbual tentang kerjaya masing masing sebelum telefon aku berbunyi.
" Sekejap eh?." Aku menjawab panggilan daripada Malique dengan senyuman. Farid mengangguk, memberi aku ruang.
" Aku tunggu kau dekat bawah. Turunlah." Aku memandang Farid sebelum mengangguk.
" Ouh okay." Aku segera mematikan panggilan.
" Kitaorang nak keluar makan, jomlah sekali." Aku cuba mengajak Farid. Mana tahu dia berminat sekali nak berkenalan dengan semua. Farid tersenyum kecil sebelum dia menggeleng.
" Tak apa. Aku dengan Inara nak lawat kubur isteri aku. Kau kirim salam jelah dekat diorang." Aku yang faham cuma tersenyum. Kami bertiga turun ke lobi, untuk berjumpa dengan Malique.
" Hai." Farid berjabat tangan dengan Malique selepas bertemu di tingkat G. Malique segera menyambut huluran tangan Farid dengan senyuman kecil.
" Bila kau balik sini?." Malique memandang aku pelik.
" Petang semalam. How are you?." Farid menyoal.
" Fine. Alang alang tu, jomlah join kitaorang lunch sekali." Malique mempelawa Farid. Dia menggeleng.
" Tak apa. Aku ada hal. Korang pergilah. Have fun."
Farid tersenyum dan meminta diri untuk pergi. Malique memegang belakang pinggang aku dengan senyuman.
" Dia tak jumpa pengganti lagi ke?."
Malique memandang belakang Farid sebelum kembali memandang aku. Aku menggeleng perlahan sambil kaki melangkah ke kereta Malique.
" Tak. Entahlah. Tak jumpa yang sesuai lagi lah tu agaknya."
Aku dan Malique memboloskan diri ke dalam kereta. Aku dah lapar, aku nak makan!.
YOU ARE READING
DEVIL
Action"Separuh daripada hasil niat baik itu jahat dan separuh hasil niat jahat itu baik." - DEVIL. Pertemuan aku dengan dia, lelaki yang sentiasa menyeksa jiwa dan raga aku. Kehadiran dia membawa 1001 bala dalam hidup aku. Membencinya adalah satu cara un...