" Haih, termenung nampak?."
Aku berdiri di sebelah Malique. Dia menoleh ke arah aku sebelum kembali melempar pandangan ke arah pergunungan. Sejuknya tak mampu aku kata, terlampau sehingga mampu mencucuk kulit aku.
" Kau terfikirkan apa yang mamat tu cakap semalam ke?."
Aku memeluk tubuh. Mata masih merenung tepi wajahnya. Kumis nipis yang sudah mula menumbuh menambahkan aura baharunya. Tak nampak lagi seperti dulu.
" Tak adalah. Salah ke kalau aku termenung?."
Dia mengeluh kecil. Melihat dia yang daripada tadi berkerut kening, memang sah yang dia tipu aku. Aku tergelak kecil.
" Kau jangan tipu aku lah Malique. Aku tahu kau ragu ragu."
Aku kenal dia lebih daripada 10 tahun. Walaupun dia berubah sejauh mana sekalipun, aku tetap kenal dia. Malique tetap tak boleh tipu aku. Dia tak menjawab, hanya mendiamkan diri.
" Kau jangan risau lah. Aku percayakan Haura. Dia tak akan curang belakang kau dengan mamat tak cukup umur tu. Dia masih fikirkan kau sepanjang kau tak ada."
Kali ini, Malqiue menoleh ke arah aku sepenuhnya.
" Bukan tu yang aku fikirkan. Aku cuma... tak pasti dengan diri aku."
Dia mengeluh berat. Wajah risaunya aku pandang sebelum tersenyum kecil.
" Malique, sepanjang kau tak ada, aku yang jaga dia. Aku tahu apa yang dia rasa selama ni. Lepas doktor cakap kau mati otak dan tak ada harapan hidup, dia yang paling banyak terkesan. Kuasa Tuhan, siapa yang boleh halang?. Tuhan masih nak bagi kau peluang untuk hidup."
"Aku nampak yang dia dah mula sayangkan kau. Aku bawa dia pergi Greece sebab aku nak dia gembira walaupun kau tak ada. Setiap hari aku nampak Haura tulis diary, berharap yang Tuhan hantarkan kau untuk dia semula. Percayakan dia, Malique."
Bahunya aku pegang lembut.
Malique memandang tepat anak mata aku sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia menyeluk tangan ke dalam poket seluar sebelum berlalu pergi. Aku memandang kelibatnya yang semakin menjauh.
" Haih, terbukalah hati kau nak jumpa Haura, Malique."
Nasib aku dan yang lain datang rumah dia. Mengharapkan dia jumpa kitaorang, memang sampai kiamat pun tak jumpa jumpa.
Kadang kadang, aku pun tak faham dengan perangai dia ni. Kejap okay kejap tak. Haura dekat sana dah macam apa tunggu dia, tapi dia masih nak 'menyorok'. Kalau aku jadi Haura, memang dah lama aku buang dia jauh jauh daripada hidup aku.
****
HAURA MELISSA
" Maaf Puan Sri, tapi saya terpaksa batalkan order yang puan minta memandangkan syarikat saya ada hal yang tak boleh dielakkan. Saya betul betul minta maaf."
Aku bersuara lembut, mengharap yang dia akan memahami situasi aku.
" What ?!. Habis tu macam mana dengan duit yang I dah bagi tu?. You jangan macam macam eh. Jangan sampai I report polis!."
Dia menengking kuat. Aku memejamkan mata, mencari kekuatan untuk berbicara dengannya.
" Puan Sri jangan risau, saya akan transfer balik duit Puan Sri. Saya minta maaf ya?."
3 orang pelanggan aku dah settle, sampai dia ni, memang kena tengkinglah jawabnya. Bukan apa, dia dah pre order tapi nak buat macam mana, aku terpaksa batalkan juga.
YOU ARE READING
DEVIL
Action"Separuh daripada hasil niat baik itu jahat dan separuh hasil niat jahat itu baik." - DEVIL. Pertemuan aku dengan dia, lelaki yang sentiasa menyeksa jiwa dan raga aku. Kehadiran dia membawa 1001 bala dalam hidup aku. Membencinya adalah satu cara un...