EVIL 36

620 24 0
                                    


ALEX 

" Harris, kerja aku dah settle. Kau dekat mana?." 

Tali Sniper aku pegang sebelum sarung ke tubuh. Kelibat Antoine dan Amanda tidak kelihatan. Aku berdecit kuat sebelum menyorok di sebalik tiang apabila beberapa orang lelaki menuju ke arah sini.

" Yang kau masuk situ buat apa bodoh?. Aku suruh kau ikut pintu belakang sana. Kau nak mampos ke apa?." 

Antoine menjerit di radio kecil yang terpasang di telinga. Aku mengeluh malas.

" Kau yang bengap, hanat. Tadi kau cakap depan, dah belakang pulak." 

Aku berbisik, mengharap supaya mereka tak dengar. Setelah kumpulan tadi melepasi tiang yang aku menyorok, aku terus masuk ke dalam melalui pintu dalam.

Hari ini, kitaorang akan gagalkan penyeludupan dadah salah seorang bekas banduan yang tak habis habis nak buat masalah. Tu la. Masa kecik kecik tak nak mati, dah besar menyusahkan orang je kerja. Bodoh tak habis habis.

" Harris dah tembak mamat tu dengan konco konco dia. Kau... Woi !. Kau janganlah masuk dalam tu bodoh!." 

Antoine menjerit kuat. Aku berdecit lagi sebelum menutup radio tadi. Memekak je. Aku tahu lah apa benda yang aku kena buat. Ada orang, aku tembaklah. Apa susah?.

Aku tak tahu kenapa hati aku kuat mengatakan, ada sesuatu dalam tempat ni. Mungkin ada dadah dalam ni yang boleh aku bakar. Tak pun, ada puteri lilin dalam ni. Haha, kuatnya aku berangan.

Sedang aku melilau keadaan sekitar, gegendang telinga aku menangkap satu suara yang datang daripada arah sana. 

Aku melihat dalaman kawasan rumah yang sudah tidak digunakan lagi. Boleh jadi suara yang aku dengar tu... bukan suara orang?.

" Tolong......" 

Sayup sayup saja suaranya. Terus naik bulu roma aku. Huish, asal seram sangat ni. Aku menghidupkan semula radio tapi talian sudah terputus. Aduh, buat hal lah pulak. 

" Tolong..." 

Aku memejamkan mata sambil menarik nafas sedalam dalamnya. Harap harap, tu manusia ataupun haiwan. Eh kejap, haiwan?. Ah, apa apa jelah asalkan bukan hantu!. Aku melangkah perlahan lahan menghampiri sebuah bilik yang berkunci.

" Woi." 

Aku memberi isyarat supaya 'dia' mendengar. Kalau dia manusia, dia jawab. Kalau dia tak jawab, setan lah jawabnya. Aku menekap telinga di sebalik pintu, mengharapkan jawapannya.

" Tolong saya..."

 Aku dengar dengan jelas suara seorang perempuan di dalam sana. Aduh perempuan weyh...  Aku memberanikan diri membuka pintunya tapi berkunci. Apa aku nak buat ni?. 

" Woi !." 

Aku pantas menoleh apabila ada seorang lelaki mengejar aku. Aku hanya memandang dia tanpa cuak sebelum mengeluarkan pistol di tepi kaki aku dan menembak lelaki tadi. Terus jatuh merebah di lantai. Aku tersengih sinis lantas menghampiri lelaki tadi.

" Uh, ada kunci." 

Aku tersenyum riang sebelum mencapai kunci di bawah perut lelaki tadi. Selepas menjumpai padanan kuncinya, aku pantas memulas tombol pintu. Aku tergamam seketika.

" Tolong saya..." 

Seorang wanita yang berdiri lemah sambil kedua belah tangannya digari. Wajahnya dah tak serupa perempuan. Badannya kurus sehingga aku boleh nampak bentuk tulang kakinya. 

Aku tak tahu nak buat apa sama ada nak tolong atau tak. Aku yang melihat dia, kasihan tiba tiba. Tanpa menunggu, aku terus membuka kunci gari tadi. Dia jatuh apabila gari dibuka. 

DEVILWhere stories live. Discover now