EVIL 37

535 25 0
                                    


Aku mengeluarkan iPhone dan menelefon seorang kenalan perempuan yang aku percaya. Zulaika. 

Dia rakan aku di kolej dulu. Nasiblah aku ada lagi nombornya. Dia pernah try aku dulu tapi aku jual mahal. Tak nak aku.

" Tolong aku belikan barang perempuan. Semua yang berkaitan dengan perempuan. Kau agak agak je lah saiz dia. Dia kurus je."

 Aku memandang perempuan tadi atas bawah sebelum kembali memandang pintu bilik air.

Selepas 3 jam menunggu Zulaika, akhirnya dia sampai bersama seorang rakannya. Dia datang membawa lebih daripada 6 buah beg dan 2 plastik. Nasib aku ada dia untuk minta tolong. Kalau tak, apa dia nak pakai?. 

" Uish, ada kekasih baru ke?." 

Zulaika mencuri curi pandang di dalam rumah aku. Aku berdecit sebelum menarik pintu rumah. Apa benda lah dia ni?, tak senonoh. Dia memandang aku sinis sebelum aku menyerahkan beberapa keping duit 100 ringgit kepadanya.

" Thank you." 

Aku segera menutup pintu rumah. Aku okay je dengan perempuan tapi bila dia melebih, aku tak suka. Macam dia ni lah. Dia selalu tawarkan dirinya kalau aku 'bosan' malam malam. Habis aku cuci otak dia haritu. Aku hormat perempuan, jadi hormat pendirian aku. nasib dengar cakap.

Memandangkan perempuan tadi masih perlukan tenaga, aku lah yang terpaksa membawa barangnya naik ke atas. Aku masuk saja ke dalam biliknya, dia masih bersandar di kepala katil. Termenung. 

" Kau tak tidur ke?." 

Dia yang terkejut dengan teguran aku pantas menggeleng. Aku mencapai beg beg tadi dan meletakkan di atas katil. Dia memandang tak percaya.

" Ba—banyaknya." 

Dia memandang aku pula. Dengan sengihan, aku mencampak perlahan tuala di wajahnya. Aku tergelak apabila dia tak sempat menangkap. Melihat aku yang tergelak, dia juga turut tergelak.

" Ouh ya, siapa nama kau?." 

Aku bercekak pinggang, memandang dia ingin tahu. Selalunya orang tanya nama dulu, aku boleh lupa nak tanya. Dia memandang siling, seakan berfikir. Hah, jangan cakap nama pun dia lupa.

" Fiona... mungkin?. Saya tak berapa ingat tapi.. saya tahu nama saya Fiona." 

Dia tergelak kecil. Aku mengangguk perlahan, faham dengan keadaan dia yang dikurung hampir seumur hidup. Macam manalah keadaan dia dekat sana. 

" Dah, kau pergi mandi. Semua barang kau aku dah beli. Pandai pandailah kau biasakan diri dalam rumah ni. Apa apa, cari aku dekat bawah." Aku menuju ke arah pintu bilik. Dia mengangguk dan aku turun ke ruang tamu.

Telefon dikeluarkan dan nama Ghibran aku cari. Dia mesti tahu apa yang aku mahukan. Tak sampai beberapa minit menunggu, akhirnya dia menjawab. 

" Ghib, aku nak kau cari maklumat pasal lelaki ni. Kejap lagi aku send gambar. Asap tau."

 Dia tak membantah, terus bersetuju. Ghibran tak pernah mengecewakan kalau dia tolong kitaorang cari budak. 

****

HAURA MELISSA

Pintu rumah papa aku tolak perlahan lahan. Kosong. Tiada sesiapa di rumah termasuk papa. Kereta yang selalu papa guna juga sudah tiada di parkir. Aku menguatkan diri untuk naik ke atas, mengeluarkan beberapa helai pakaian dan disumbat ke dalam beg bagasi.

" Haura?." 

Sedang aku mengemas pakaian, ada suatu suara menegur aku daripada arah pintu. Segera aku menoleh. Kak Izah. Dia tersenyum.

DEVILWhere stories live. Discover now