EVIL 35

605 22 0
                                    


Malique menceritakan pada aku apa yang terjadi daripada awal sampai akhir. Rupanya, dia dah balik sini beberapa minggu yang lepas. 

Dia tak beritahu aku apa sebab dia tak jumpa aku. Berhari hari aku tunggu dia, tapi dia cuma memerhatikan aku daripada jauh je. 

Nak marah lebih lebih pun, benda dah jadi. Dia dah balik dengan selamat ni pun, aku dah bersyukur sangat sangat. Tuhan masih beri peluang untuk dia bernafas di dunia ni.

" Jadinya kau tahu lah pasal Daniel?." 

Aku berdiri memandang dia yang duduk di sofa. Dia mengangguk tanpa berkata apa apa. Aku terdiam sebelum duduk di sebelahnya. Apabila menyebut nama jantan tak guna tu, aku jadi geram.

" Aku tak boleh balik rumah selagi aku tak rancang macam mana nak beritahu semua orang pasal hal yang sebenar." 

Aku mengeluh kecil sebelum bersandar di sofa. Dia mengerutkan sebelum memandang aku serius.

" Hal yang sebenar, maksud kau?." 

Wajah ingin tahunya aku pandang. Aik, dia kata dia tahu semuanya?. Kenapa nampak terkejut pula ni?.

" Mamat tu dah keluar penjara. Sekarang ni, dia fitnah aku dan bapak aku percaya. Sekarang, siapa lagi yang aku boleh percaya?. Amanda hilang, semua orang tak ada time aku perlukan."

 Aku meluahkan segala isi hati. 

Hanya Tuhan saja yang tahu, betapa sakitnya hati aku bila bapak sendiri sanggup hukum anak dia tanpa dengar penjelasan aku. Sampai sekarang, dia tak telefon aku, langsung tak risau pasal aku.

Mendengar berita yang aku baru sampaikan, dia pantas duduk menghadap aku. Terkejut bukan main lagi dia. Lengan aku dia cengkam lembut sambil merenung anak mata aku.

" Mamat tu dah masuk lokap kan?. Macam mana dia boleh lepas?."

 Aku merenung wajah Malique sebelum mengeluh lagi. Penatlah nak cakap pasal dia tu?. Sakit hati tau tak?.

" Sebab bapak dia kaya, berduit, berpangkat. Dia boleh buat apa sesuka hati dia." 

Malique terdiam sebelum dia melepaskan lengan aku. Kini, giliran aku pula yang pelik dengan dia.

" Aku tak faham. Macam mana kau boleh kenal Daniel sedangkan yang hanya tahu pasal dia cuma Amanda. Dan macam mana Amanda boleh tahu pasal kes ceroboh data syarikat aku sedangkan aku tak buka mulut dekat sesiapa?."

 Malique memandang aku terdiam. Dia sememangnya menyimapn rahsia daripada aku.

" Kau lupa yang aku ada Antoine?. Aku yang suruh Amanda rahsiakan hal ni daripada kau. Aku tahu yang jahanam tu nak kau tapi tak dapat. Aku yang hantar dia masuk lokap. Aku ingatkan kes dia dah settle, tapi nampaknya dia terlepas lagi. Sial betul." 

Malique berdegus kasar.

" Ouh, jadinya kau risaukan aku lah ni?." 

Aku tersengih kecil. Dia yang memandang lantai, terus memandang aku tajam. Sengihan aku terpadan sebelum aku menelan liur. Aik, marah ke?. 

Tanpa menunggu jawapan aku, dia pantas menerkam aku. Aku menjerit kecil saat dia mengampu tubuhnya di atas tubuh aku dengan lengannya. Dia dah kenapa?. Anak mata aku dia renung, ingin kepastian

" Kau cakap dengan aku yang kau tak ada apa apa hubungan dengan jantan tu kan?." Wajahnya aku pandang pelik. Hubungan?. Aku dengan Daniel ada hubungan?. Macam jijik je aku nak mengaku yang dia sepupu aku?.

" Dia just sepupu, bukan siapa siapa pun dalam hidup aku." A

ku menjeling saat mengingat peristiwa malam tadi. Ish, kenapa aku tak pertahankan diri aku?. Kenapa aku biarkan aje?. Terasa diri ni bodoh sangat sangat.

" Aku tahu kau dengan dia sepupu, sengal. Maksud aku hubungan yang—." Dia memandang aku, seakan mencari jawapan. Aku faham maksud dia. Dengan kasar, tubuhnya aku tolak kuat. Aku berdiri memandang dia tajam.

" Ouh, jadinya kau percaya yang aku ni goda dia, yang aku umpan dia. Macam tu?. Ouh kau tak percayakan aku lah ni?. Tak apa, It's okay. Kalau kau pun tak percayakan aku... aku faham."

 Wajahnya aku pandang sayu. Jadi, siapa lagi yang mahu percayakan aku?. 

Dia pantas menarik lengan aku apabila aku mula mengorak langkah. Aku mengeluh berat sebelum memejamkan mata. Kenapa susah sangat orang nak percayakan aku?. Kalau tak disebabkan mamat tu sabotaj CCTV rumah aku, dah lama aku tunjuk semua orang bukti ang sebenar.

" Aku tak cakap pun yang aku percayakan dia. Aku tanya kau, sebab aku percayakan kau lah, bebal. Kalau aku ni tak percayakan kau, dah lama aku tinggalkan kau tau." 

Dia bersuara tanpa nada. Aku menolehkan kepala memandang dia. 

" Habis tu, kenapa kau tanya aku seolah olah kau tak percayakan aku?. Kalau kau tahu apa yang aku rasa, kau sepatutnya ada dengan aku, bukannya perhatikan aku daripada jauh macam orang bodoh. Yang hadap benda sial ni aku tau, bukan orang lain. Apa lagi yang aku boleh buat untuk orang percayakan aku?."

 Wajah bersalahnya aku pandang seketika.

" Aku tak minta semua ni jadi dekat aku, Malique. Kalau aku ada kuasa, aku nak padam semua benda ni daripada otak aku. Aku faham kalau kau pun tak nak percayakan aku. Aku ni cuma manusia bodoh sebab terlalu yakin dengan diri sendiri, acah kuat." 

Aku memejamkan mata, menarik nafas ketenangan.

" It's okay Malique. Aku pun dah penat dengan semua ni. Terserah dekat kau untuk percayakan aku ataupun tak." 

Aku menarik lengan aku perlahan daripada cengkamannya. 

Belum sempat aku berlalu, dia terlebih dahulu memeluk atas dada aku daripada arah belakang. Aku terdiam seketika, terkaku dengan tindakan drastiknya. Deruan nafasnya betul betul kedengaran di sebelah telinga aku.

" Aku minta maaf sebab biarkan kau lalui semua ni sorang sorang." 

Dia bersuara perlahan di. Nafasnya menampar lembut telinga aku. Dengan keluhan kecil, aku memejamkan mata. Dia melepaskan pelukan sebelum memusingkan tubuh aku menghadapnya.

" Aku janji, aku akan pertahankan kau. Walaupun bapak kau sendiri tak percayakan kau, aku ada untuk tegakkan keadilan. Aku akan tebus segala apa yang aku buat dekat kau." 

Malique bersuara dengan riak seriusnya. 

" Jangan berjanji kalau kau tak boleh tepati." 

Dia mengangguk sebelum menghulur buku limanya, tanda menepati janjinya. Aku memerhatikan tangannya sebelum berlaga buku lima dengannya.

" Aku janji kali ni dengan kau, Haura. Tak akan ada sesiapa lagi yang boleh sakitkan kau." 

Luah Malique dengan nada seriusnya. Renungannya begitu menyakinkan. Aku memandang dia ragu ragu sebelum membalas senyumannya. Dia memperlawa aku untuk sarapan dengannya. Rasa seperti mimpi. 

Hati siapa tak sakit bila dapat tahu lelaki yang kau mula sayang, bakal mati. Tak ada peluang untuk hidup. Itu yang aku rasa waktu doktor cakap Malique mati otak. Sakit. 

Dan sekarang, segalanya sudah kembali normal. Aku dah jumpa Malique. Takdir tertulis untuk aku dan dia berjumpa semula. Untuk jangka berapa, aku tak tahu tapi aku nak hidup dengan Malique. Aku nak teruskan hidup dengan dia. 

DEVILWhere stories live. Discover now