MALIQUE HAIDER
Aku masuk ke dalam ruangan di mana 'dia' ada.
Aku tak banyak masa. Aku kena selamatkan Harris dan yang lain. Aku tak kisah pasal Kamal, tapi Haura perlu ada dalam misi ni. Aku tak boleh biarkan dia terlepas. Walaupun aku percayakan dia, tapi tak boleh sepenuhnya.
" Antoine!."
Aku memanggil namanya kuat. Suara yang bergema membuatkan suasana ruangan ni nampak sunyi. Mata aku melilau melihat skrin besar yang terpapar segala CCTV di seluruh bandar dan seluruh bangunan ni.
Di sudut sana, tersusun beberapa senjatan canggih yang aku sendiri tak pernah guna. Masalahnya sekarang ni, mana Antoine ni?. Dah mati ke apa?.
Belum sempat aku memanggil dia lagi, seseorang keluar daripada sebuah pintu. Dia memandang aku sebelum tersenyum kecil.
" Yow."
Dia menghampiri aku sebelum dia membawa aku ke dalam pelukannya. Aku pantas menolak tubuhnya jauh daripada aku. Ish, geli aku. Dia tergelak kecil sebelum memandang Haura di belakang aku.
" Awek kau?."
Antoine memandang aku sinis. Aku membuat muka meluat. Perempuan ni awek aku?. Jahanam hidup aku. Tak jahanam pun lunyai. Antoine menghampiri Haura sebelum dia menghulur tangannya.
" Antoine."
Dia tersenyum acah acah menggoda. Ingat aku tak tahu sifat dia ni apa?. Pantang nampak perempuan, semua dia nak test. Perempuan tu hanya tersenyum kecil sebelum dia menyambut huluran Antoine.
" Haura."
Mamat French ni memandang aku dengan senyuman bermaknanya. Dia kelahiran asal Perancis tapi hampir 20 tahun dia tinggal dekat sini dengan keluarga angkat dia. Dia sorang je yang boleh sebut 'R' dengan jelas. Orang Franch lain mana boleh?.
" So. Kenapa kau datang sini?."
Dia duduk di sofa yang berada di tengah tengah biliknya. Aku mengeluh kecil sebelum memandang Haura yang tak bersuara daripada tadi.
" Ada orang ceroboh rumah aku. Entah daripada mana, serang aku dan sekarang ni, Harris dengan yang lain ada dekat tangan mamat tu. Aku nak kau tolong aku, cari maklumat pasal dia." Antoine terdiam sebelum tergelak kecil.
Dia bingkas bangun dan berdiri di hadapan skrin besar miliknya. Dia menekan sesuatu sebelum CCTV rumah aku terpapar di skrinnya.
Aku memejamkan mata saat melihat rumah aku hangus rentung. Cibai punya laknat. Aku betul betul naik angin dengan dia ni.
Dia ke belakang beberapa minit sebelum tertangkap wajah lelaki yang aku tak kenali. Langsung aku tak tahu dan aku nak tahu, siapa dia?. Aku tak pernah berurusan dengan dia.
" Dia tu Diego."
Aku pantas memandang Haura yang sedang merenung skrin. Aku mengerutkan kening sebelum memandang dia pelik. Macam mana dia tahu?. Antoine memusingkan kepalanya ke arah aku aku sebelum dia tersenyum kecil.
" Nampaknya awek kau lebih bijak daripada kau."
Aku merenung dia tajam. Nak mati ke?
" Dia bukan awek aku."
Antoine tersengih sebelum mengangkat kedua belah tangannya tanda menyerah. Aku kembali memandang Haura.
" Macam mana kau kenal baruah tu?."
Dia cuma mendiamkan diri. Aku tahu, dia bukan orang biasa biasa. Tak mungkin perempuan macam dia senang senang boleh lepaskan diri daripada aku haritu. Dia simpan sesuatu yang dia tak mahu bongkarkan.
YOU ARE READING
DEVIL
Action"Separuh daripada hasil niat baik itu jahat dan separuh hasil niat jahat itu baik." - DEVIL. Pertemuan aku dengan dia, lelaki yang sentiasa menyeksa jiwa dan raga aku. Kehadiran dia membawa 1001 bala dalam hidup aku. Membencinya adalah satu cara un...