EVIL 40

605 24 0
                                    


" Sini cepat!." 

Antoine memanggil aku dan Amanda yang sedang duduk berbual di ruang tamu rumah Amanda. Kami berdua segera menghampirinya.

" Tengok, dia bawa siapa." 

Aku ternganga saat melihat aksi tak senonoh Daniel bersama seorang perempuan di dalam biliknya. Aku memalingkan pandangan ke arah lain.

" Euw, selekehnya. Masuk bilik terus terjun atas katil!.

Amanda dan Antoine masih menonton. Aku tak boleh nak tengok sebab lelaki tu Daniel, sepupu aku sial. Berapa banyak dosa yang dia dah buat?.

" Kau rakam tak ni?." 

Amanda memeriksa segala paparan kamera tadi. Antoine laju mengangguk. Mereka bertiga awal awal lagi sudah keluar selepas Ghibran kata yang semua perempuan tu sudah dibawa pergi.

" Kalau ye pun kau tengah rakam, tak boleh tutup dulu ke bunyi nyer?. Geli lah aku dengar." 

Aku tak berminat nak tengok benda benda lucah ni. Mengotorkan mata je. Mereka berdua sudah tergelak tak ingat dunia. Sabar jelah.

Aku nak ikut Malique tapi dia tak bagi. Dia cakap aku perempuan, bahaya. What?. Aku pernah ikut dia kot selama ni?. Okay je kan?. Sejak sejak ni, dia terlalu overprotective. Aku bukannya tak pernah hidup dalam dunia tu?.

" Malique, mamat tu dah keluar daripada bilik dia. Kau siap sedia je." 

Antoine mendekatkan walkie talkie dengan bibirnya. Selepas Daniel keluar, baru aku beranikan diri untuk melihat rakaman tadi. 

Aku dan Amanda memerhatikan perempuan tadi yang hanya membalutkan tubuhnya dengan selimut. Tak lama selepas tu, dia bangkit daripada katil. Antoine sudah hilang entah ke mana. Berkomunikasi dengan Malique mungkin?.

" Dia buat apa tu?." 

Amanda merenung dengan teliti pergerakan perempuan tadi. Dia berhati hati menghampiri peti yang aku dan Malique buka petang tadi. Dia nampak macam nak ambil sesuatu daripada peti tu. 

" Aku rasa dia nak ambil duit dekat dalam tu." 

Amanda meneka. Dia dan Antoine nampak apa yang di dalam peti tadi melalui kamera yang terpasang. Aku mengangguk, sama dengan apa yang aku fikir.

Betul jangkaan kami berdua, perempuan tadi mengambil beberapa ikat duit tadi sebelum menyarung kembali bajunya. Aku mengeluh kecil sebelum menggeleng kecil. Apa lah nak jadi dengan perempuan sekarang.

Belum sempat dia keluar, satu bilik meletup Aku dan Amanda sudah terbeliak. Aku ternganga, tak sangka itu yang bakal terjadi.

" Weyh..." 

Amanda memandang aku tak percaya. Dia menekup mulutnya. Aku segera menarik lengannya, bergegas ke tempat tadi. Tak kan nak biarkan orang awam mati rentung?. 

Dengan kelajuan yang tinggi, aku memandu sehingga ke hotel 5 bintang tadi. Orang ramai sudah mula berkumpul tak jauh daripada banguan hotel tadi. Aku dan Amanda keluar daripada perut kereta, ingin melihat dengan lebih dekat.

" Kita tak sepatutnya tinggalkan Antoine sorang sorang dekat rumah." 

Amanda mengikut langkah aku. 

" Aku tahu. Tapi sekarang macam mana?. Kesian diorang semua." 

Aku macam nak masuk je dalam sana, nak selamatkan semua orang tapi aku tahu aku tak mampu. 

" Tu dia !." 

Aku dan Amanda menoleh ke belakang. Ada dua orang lelaki berserba hitam berlari mendapatkan aku dan Amanda.

DEVILWhere stories live. Discover now