EVIL 55

455 18 0
                                    

ANTOINE 

Aku membawa berbuku buku fail yang Amanda serahkan dan dihempaskan di atas meja. Aku tahulah pangkat dia lagi tinggi daripada aku, tapi kenapa aku yang kena bawa fail fail ni?. Kenapa bukan assistant dia?.

" Leon, tolong aku!." 

Aku menjerit memanggil Leon, pengurus bahagian maklumat untuk membawa fail fail tadi.

 Patah pinggang aku kalau setiap hari buat benda yang sama. Memang aku tak pernah serius, tapi aku cuba untuk tegas dalam kerja. Barulah orang hormat aku.

" Sir— Sir Antoine?." 

Seorang perempuan menyapa aku. Aku menoleh ke arah belakang. Wajah takut takutnya aku pandang. Siapa pula lah dia ni?.

" Mr. Leon asked..."

" Kau ingat aku tak faham bahasa melayu ke ?!." 

Dia terdiam. Wajah marah aku dia renung dengan beliakkan mata sebelum segera dia alihkan pandangannya. Aku lebih bangga jadi bangsa melayu daripada jadi bangsa perancis.

" Say—saya minta maaf Tuan Antoine." 

Kepalanya ditundukkan. Aku berdegus perlahan sebelum memandang ke arah Leon di hujung sana. Rahang digetap apabila melihat dia sedang duduk tergelak bersama pekerja yang lain.

" LEON!." 

Dari jauh, dia segera berdiri dan berlari ke arah aku. Perempuan di hadapan aku nampak ketakutan tapi ini ujian untuk dia bekerja di syarikat yang ada displin. 

" Ya tuan?."

 Dengan wajah tak bersalahnya, dia tersengih ke arah aku. Wajahnya aku renung tak beriak sebelum fail fail tadi aku tolak di dadanya. Dia kebelakang selangkah akibat tolakan aku.

" Kau bodoh ke?. Kau suruh perempuan sekecil ni angkat fail fail berat ?. Kau tak ada akal ke!."

 Aku menengking di wajahnya. Dia juga tertunduk takut. Tie dilonggarkan sedikit, serabut dengan perangai pekerja yang macam tak ada otak ni.

" Kau tunggu apa lagi?." 

Aku memandang Leon. Dia segera berlalu bersama fail fail di rangkulannya. Perempuan tadi aku pandang bosan.

" Kau. Nampak kotak kotak tu?." 

Aku menunding ke arah sekotak sederhana besar di almari luar. Dia mengangguk laju.

" Aku dah asingkan kertas kerja tu, kau just bawa kotak kotak tu masuk bilik aku." 

Dia mengangguk dan berlalu pergi. Dengan keluhan, aku bersandar di meja tadi. Walaupun aku hampir setahun bekerja dekat sini, tapi aku tak jumpa lagi pekerja yang betul betul rajin.

" Ayo, chill lah." Aku memandang suara yang menegur aku tadi. Haura menghampiri aku dengan senyuman. Aku tersengih melihat kehadirannya ke sini. Fiona juga ada sekali. 

Haura tawar Fiona untuk kerja di syarikat jewelry nya. Buku limanya bertemu dengan buku lima aku. 

" Ouh kau. Makin berseri seri eh sejak mengandung ni?." 

Aku melihat dia atas bawah. Haura menjungkit kening sebelahnya ke atas. Aku tak tahu berapa bulan perut dia tapi bolehlah, dah nampak bentuk. Cepat betul Malique buat kerja. 

" Tak pernah pernah kau datang sini?. Asal?." 

Aku memeluk tubuh. Sejak kebelakang ni, memang jarang aku nak nampak muka dia dekat sini. Maklumlah, ni bangunan 21 tingkat. Wlaupun ada lift, still penat nak sampai atas.

" Aku nak belanja korang makan lah. Kan kita dah bincang semalam?. Kau lupa ke?." 

Haura mencengkak pinggang. Aku membentuk bibir o apabila teringat pasal semalam. Dia sendiri yang nak belanja makan lunch ni.

DEVILWhere stories live. Discover now