EVIL 7

1.1K 50 0
                                    


" Erkkk...." 

Kepala digeleng perlahan sebelum mata aku dibuka perlahan lahan. Terasa belakang dan kepala aku sakit mencucuk cucuk. 

Aku memandang siling yang penuh dengan sarang lelabah. Pancaran cahaya matahari yang menyelinap masuk menyedarkan aku daripada tidur.

Aku... tertidur?. Aku tak mati lagi. Tangan di bawa ke atas sambil membelek belek lengan aku. Aku dekat neraka ke ni ?. 

Aku duduk perlahan lahan. Tadi, aku berbaring di atas lantai tanpa beralas apa apa dan... tangan kaki aku juga bergari. Serupa banduan.

" Haura?..." 

Aku menoleh ke arah suara yang menegur aku tadi. Mata aku terbuntang apabila melihat papa yang sedang duduk bersandar di hujung sana. Aku tersenyum tak percaya sebelum menghampirinya. 

"Argh." 

Semakin aku menghampiri papa, kaki aku direntap gari rantai. Aku beriya mahu cabut tapi tak berhasil. Aku memandang papa simpati sebelum tersenyum sedih. 

Papa masih hidup... Aku tak mampu menahan sebak apabila melihat keadaan papa yang lemah.

" Papa.... Haura minta maaf..." 

Aku duduk bersimpuh sambil menangis, menyesali atas tindakan aku semalam. Kalau aku tak bertindak terburu buru, mesti aku masih ada peluang untuk selamatkan papa.

" Haura jangan nangis... papa ada dekat sini." 

Dia cuba menghampiri aku tapi tak mampu. Dia terlalu lemah. Wajahnya cempung. Sampai hati dia buat papa aku macam ni. Kalau papa bersalah sekalipun, jangan buat dia macam ni.

" Papa.... papa bunuh orang ke?. Kenapa diorang buat kita macam ni?." 

Aku bersuara dalam tangisan, tak mampu lagi aku menahan. Papa terdiam sebelum dia tertunduk. Dia juga sedih, aku tahu.

"Malique Haider, anak tunggal keluarga Tan Sri Qairy. Papa kawan baik dengan ayah dia termasuk... Ren." 

Papa tersenyum kecil sebelum riak wajahnya bertukar kesal. Aku pernah dengar nama Ren. Lelaki yang Malique teringin sangat nak bunuh tu.

" Ren tipu papa. Dia perangkap papa. Percayakan papa, Haura. Papa tak pernah aniaya sesiapa termasuk keluarga dia. Papa cuba nak selamatkan keluarga dia tapi papa tak mampu buat apa apa waktu tu." 

Aku mengemam bibir, tak sanggup mendengar. 

" Haura percayakan papa. Haura tahu, papa tak salah." 

Aku cuba memegang tangan papa tapi tak boleh, tak sampai. Bodohlah gari ni!. Aku merentap kaki aku kuat. Biarlah sakit pun, asalkan aku dapat peluk papa. 

Papa memejamkan mata sebelum dia jatuh terbaring. Aku sudah teresak esak di situ, mengharapkan ada seseorang yang selamatkan papa. Dia sudah nyawa nyawa ikan. Tolonglah Ya Tuhan... aku merayu. 

"Tolong !!." 

Aku menjerit meminta tolong. Beberapa kali aku jerit tapi tiada sesiapa yang datang. Aku boleh pastikan kedudukan aku sekarang. Di tengah hutan. Bila fikir balik, mana ada orang duduk dekat sini.

"Tolo—"

" Kau boleh diam tak!." 

Seorang lelaki menerjah pintu sebelum merenung aku tajam. Aku menghampirinya.

"Tolong bapak aku!. Bapak aku dah nak mati, tolong dia." 

Aku cuba merayu tapi dia hanya tergelak sini. Dia duduk melutut sebelah kaki sebelum merenung aku jahat.

DEVILWhere stories live. Discover now