EVIL 60

497 16 0
                                    

Aku semakin ragu ragu dengan perempuan di hadapan aku ni. Siapa dia ni?. Dia memandang aku dengan pandangan yakinnya. Aku menghampiri dia perlahan lahan.

Daripada atas sampai bawah aku perhatikan. Aku kenal dia ke?.

" Kau ni siapa?." 

Anak matanya aku renung sedalamnya. Dia mengemam bibir sebelum menurunkan tangannya ke sisi. Dia ragu ragu untuk berkata.

" Aku yang tolong kau waktu kau kena buli dengan Denis. Kau ingat tak?." 

Dia tak membalas renungan aku. Selantas saja fikiran aku kembali teringat kejadian 15 tahun yang lepas. Perempuan tu... dia perempuan tu?.

" Jangan kacau dia lah budak budak hingusan..!." 

Belum sempat Denis menumbuk aku, pipinya dihinggap tapak kaki seseorang. Dia jatuh ke lantai. Terkejut aku.

" Perempuan raksaksa tu lah!. Lari!." 

Mereka semua lari lintang pukang apabila melihat wajah perempuan tadi. Dia menghampiri aku sebelum menghulurkan tangannya untuk membantu aku bangun. 

Aku bangun tanpa menghiraukan hulurannya. Aku tak selemah tu sampai dia nak hulurkan tangannya. Beg aku yang digantung di tiang gol aku ambil. Bodoh punya budak budak. Berani dia buli aku.

" Hai, saya Sienna. Kita boleh jadi kawan." 

Aku memandang dia sebelum berdecih. Aku benci nak kawan dengan perempuan. Tak ada kawan lagi baik.

" Kau...." 

Aku membesarkan sedikit mata apabila teringat kembali. Dia.. memang sah perempuan ni yang tolong aku waktu tu. Dia tersenyum kecil. 

" Aku Sienna. Kita boleh jadi kawan." 

Dia lagi sekali menghulurkan tangannya untuk berdamai dengan aku. Aku cuma tersengih jahat sebelum berjalan meninggalkan dia. Selepas melepasinya, aku sempat menoleh ke arahnya.

" Aku tak berminat." 

Seumur hidup aku, aku cuma ada Amanda sebagai kawan perempuan aku. Tak ada orang lain. Lagipun, bila aku ingat balik betapa jengkelnya satu sekolah dengan perempuan ni, aku jadi tak selesa. 

" Then aku akan ikut kau sampai kau jadi kawan aku." 

Dia berjalan di sebelah aku. Apa masalah dia ni?. Kalau aku tak suka tu, maksudnya dia dah boleh berambus. Perangai dia tak ubah ubah daripada dulu lagi.

" Hai, saya Sienna." Dekat kantin dia cakap benda yang sama.

" Hai, saya Sienna." Dalam kelas dia cakap benda yang sama.

" Hai, saya Sienna." Nak balik pun dia cakap benda yang sama. 

Hari hari dia ikut aku, dia berusaha untuk berbual dengan aku walaupun aku abaikan dia. Dia terlalu berminat untuk tahu latar belakang aku. Dia tak berhenti daripada nak pastikan aku selamat seolah olah aku ni lemah.

" Kau nak apa sebenarnya?. Kalau aku cakap aku tak berminat, so fahamlah. Ke kau dah kena upah dengan lelaki tu?." 

Boleh jadi. Dia nak rapat dengan aku supaya dia boleh paksa aku ikut jejak lelaki kolot tu. Kan?.

" Tak. Aku betul betul nak kawan dengan kau. Waktu hari terakhir kau hilang, aku nampak bapak kau marah kau dekat taman. Kalau lah aku tahu hubungan kau dengan bapak kau macam ni, dah lama aku tolong kau daripada dulu." 

Aku mengetap rahang sebelum menggenggam buku lima. Perlahan lahan aku menghampirinya lagi.

" Aku tak selemah yang kau sangka. Aku tak perlukan kau sebab aku memang benci dia sampai bila bila. Tak payah rasa sebersalah dengan aku." 

DEVILWhere stories live. Discover now