EVIL 10

1.2K 42 0
                                    


Aku keluar daripada bilik air. 

Aku memandang Haura yang masih tak sedarkan diri di atas katil. Tiba tiba saja timbul satu idea gila dalam otak aku.

 Dengan senyuman jahat, aku kembali semula ke dalam bilik air dan membawa air segayung.

" Tak nak bangun kan." Aku memanjat katil dan menyimbah air tadi tepat di wajahnya. 

Terus tersedar dia daripada tidur. Baldi di tangan aku campak ke tepi. Dia terduduk sambil meraup wajahnya yang sudah basah kuyup. Dia memandang aku lama. Wajahnya lesu memucat.

" Kau nak apa?."

 Dia menjawab perlahan. Aku cuma menjongketkan bahu sebelum turun daripada katil. Dia memandang sekeliling dengan pandangan pelik. 

" Aku dekat mana ni?." 

Dia kembali berbaring. Dia seakan redha dengan apa yang bakal terjadi dengan dirinya. Aku tak risau tapi aku pelik. Kenapa awal sangat dia give up?. Aku just tak bagi dia makan seminggu, humban kepala dalam baldi dengan.... 

" Kita dekat motel."

 Aku menjawab soalan dia. Dia yang tertunduk pantas mengangkat kepalanya memandang aku terkejut. Aku memandang dia sambil mengangkat sebelah kening. Yang dia terkejut macam setan ni dah kenapa?. 

" De... dekat mana?. " 

Dia menyoal aku lagi. Aku mengeluh malas sebelum mencapai tuala yang tergantung di tempat penyangkut, dan mencampak ke arahnya. Tepat di wajah terkejutnya. Dia memandang aku dengan pandangan menyampah.

" Kita... dekat Motel. Sepatutnya bukan 'kita'. Disebabkan aku tak nak kau mati rentung, sebab tu aku bawak kau sekali." 

Aku pekatkan perkataan kita. Dia mengerutkan kening sebelum menggeleng.

" Tak faham." 

Eh eh dia ni. Sejak sejak ni, jadi bodoh pulak. Belum sempat aku terangkan, dia sudah tenganga. Dia memandang aku sebelum turun daripada katil. Dia ingin keluar tapi aku tarik lengannya laju. Nak larikan diri?.

" Kau nak pergi mana hah?." 

Aku memandang dia geram. Dia beriak takut sebelum menggeleng.

" Papa... aku kena cari papa." 

Dia berusaha melepaskan cengkaman aku. Dah kenapa dia ni?. Macam baru lepas nampak hantu je?. Tiba tiba je jadi agresif. Melihat dia yang tak mahu tenang, pantas pinggangnya aku tarik.

" Hey hey, kau kenapa ni?."

 Dia memandang wajah aku lama sebelum terdiam daripada terus meronta. Dia mencengkam kolar baju aku sebelum memandang tepat ke arah anak mata aku. Anak mata coklat cairnya aku renung.

" Sebelum kau datang.... aku dengar dia. Dia nak bunuh kau, dia nak bunuh aku, dia nak bunuh bapak aku. Sekarang ni, aku kena selamatkan bapak aku." 

Dia bersuara perlahan. Aku terdiam seketika sebelum mengerutkan kening. 

" Siapa?." Dia menggeleng laju.

" Aku tak tahu. Sekarang ni, kau nak lepaskan aku atau tak?." 

Dia memandang tubuhnya yang dipeluk. Aku pantas menolak tubuhnya jauh dengan aku. Dia mencari sesuatu di dalam bilik ni sebelum membuka laci.

" Kau kena tolong aku. Aku kena pastikan papa aku selamat."  

Sebilah pisau dikeluarkan sebelum digenggam erat. Aku tergelak kecil sebelum duduk di birai katil. Dia ni mengigau ke?.

DEVILWhere stories live. Discover now