EVIL 2

1.8K 74 0
                                    


MALIQUE HAIDER

Aku memeluk pehanya sebelum mengangkut dia di bahu aku. Rontaannya aku hiraukan. Kaki melangkah masuk ke dalam banglo milik aku. Tahu lah nanti apa aku nak buat dekat dia ni. Degil nak mampos!.

"Lepaslah !." 

Dia meronta ronta minta dilepaskan tapi aku buat bodo je. Dia berputus asa daripada meronta sebelum berdegus kasar. Tahu pulak nak diam?. Kan bagus daripada tadi dia buat perangai helok macam ni?. Menyusahkan betul !.

 Aku menurunkan dia apabila sampai di dalam rumah. Dia terdiam seketika sambil mata melilau melihat sekitar. Tanpa menunggu, aku terus menarik kolar belakang bajunya supaya naik ke atas. 

Dia hanya diam tak meronta. Dia berjalan ke belakang sebab aku tarik kolar belakang baju dia. Tangga ni berpusing pusing, pandai paindai lah dia berjalan.

 Selepas sampai di hadapan bilik kosong, aku terus membuka pintu dan menolak dia kasar. Dia memandang aku berkerut, mungkin sebab aku kasar dengan dia. Memang, memang patut aku layan dia kasar. Sebab dia daripada benih Kamal. 

"Aku akan kurung kau dekat sini untuk seminggu sebelum aku lepaskan kau balik. Jadi, pandai pandailah kau selesakan diri dalam bilik ni." 

Aku tanpa mendengar jawapan dia, terus menutup pintu dan mengunci daripada luar. 

"Hey !. Habis tu, macam mana dengan tangan aku ni?. Takkan kau nak gari aku 24 jam?." 

Dia mengetuk ngetuk pintu daripada dalam. Aku memandang pintu bilik sebelum turun ke bawah semula. Ada banyak lagi kerja aku kena buat selain layan dia. Sebelum aku settle kan lagi sorang jahanam tu, biar aku selesaikan perempuan ni dulu.

***

"Jadinya, rumah kita ni dah ada tetamu lah?." 

Alex kembali duduk di hadapan aku setelah dia puas berdiri. Memang jenis tak suka duduk diam jantan ni. Harris di sebelah aku hanya tersengih melihat perangai sahabat dia ni.

"Jangan teruja sangat. Perempuan tu anak Kamal masalahnya." 

Terus Harris dan Alex memandang aku tak percaya. Aku mengeluh kecil sebelum meneguk sekali beer di tangan. Aku dah dapat Kamal bersama satu satunya anak dia.

"Habis tu, kau nak buat apa dengan dia?. Kau nak bunuh dia macam mana kau bunuh bapak dia?." 

Harris memandang aku sambil bersuara perlahan. Aku hanya mendiamkan diri.

"Aku tak bunuh pun Kamal, aku hantar dia dekat tempat biasa. Aku ingatkan dalam kereta tu cuma ada Kamal sorang, tak sangka pula dia bawa anak dia sekali." 

Memang niat aku nak hapuskan binatang tu daripada dulu lagi kerana satu sebab yang aku tak nak ingat sampai bila bila tapi aku tak sangka dia ada anak. 

"Sekarang ni, kau dah dapat kejar jahanam tu belum?." 

Harris memandang aku pula. Alex menelan liur. Dia mengalihkan pandangan apabila pandangan aku teralih ke arahnya pula.

"Belum. Dia dapat larikan diri sebelum kitaorang datang rumah dia lagi." 

Aku mengeluh kecil sebelum mencampak tin minuman yang sudah kosong.

"Kenapa dia asyik larikan diri ni?. Memang macam cibai lah." 

Aku berdegus kasar sebelum bersandar. Tangan dibawa mengusik dahi. Harris memegang bahu aku, cuba menenangkan kemarahan aku yang sejak kebelakangan ni tak bertempat. Stres.

3 tahun aku cuba untuk cari Ren, si jahanam tu tapi dia terlalu licik sampai aku tak dapat tahu di mana dia sekarang. Dan bila aku hampir tangkap dia, dia berjaya larikan diri. Memang sial jahanam tu. 

DEVILWhere stories live. Discover now