EVIL 8

1.1K 45 0
                                    


Aku masuk semula ke dalam kereta apabila berjaya mengeluarkan duit daripada akaun. 

Boleh lah dalam seribu ringgit. Cukup untuk hari ni. Aku menyerahkan bungkusan makanan dan minuman ke arah papa dengan senyuman.

" Haura ada beli roti dengan air. Papa makan dulu eh?. Kita tak boleh berhenti dekat sini sebab budak budak si Malique tu ramai." 

Aku complaint macam makcik makcik. Papa tergelak kecil sebelum dia mengangguk. 

Aku memandu sehingga ke rumah.  Daripada jauh, aku memerhatikan kawasan rumah supaya pastikan tiada sesiapa disitu. Malique ni bukannya boleh percaya sangat. Gila kadang kadang.

 Selepas memastikan tiada sesiapa, aku memandu masuk ke dalam kediaman rumah. Belum sempat aku menekan pedal minyak, dua buah kereta dipandu laju yang datang entah dari mana terlebih dahulu masuk. Nasib.

Daripada jauh, aku nampak tubuh Malique yang dibantu Harris dan Alex menghampiri kediaman rumah. Kan aku dah cakap. Mamat lempeng ni, dia tempang tempang pun still nak cari aku. 

" Papa, pakai seatbelt cepat." 

Aku memandang papa sebelum aku juga turut memasang tali pinggang keselamatan. Kali ni, aku kena pecut. Tak apa, kalau kereta ni jahanam pun, bukan kereta aku.

" Kejar aku Malique..." 

Aku menukar gear dan menekan pedal minyak kuat, keluar daripada tempat penyembunyian aku tadi. 

Mendengar bunyi geseran tayar, mereka semua memandang ke arah sini. Aku tersengih memandang mereka melalui cermin sisi yang berpusu pusu mengejar aku.

" Haura.... slow slow bawa kereta." 

Papa memegang Seatbelt erat. Aku mengemam bibir sambil memandang belakang melalui cermin pandang belakang. Mereka masih mengejar. Tiada cara lain selain menukar haluan.

Mereka mula berpecah. Haih, menyusahkanlah diorang ni. Aku menekan minyak sebelum memotong kereta kereta di hadapan, menyukarkan mereka untuk mengejar aku. Papa hanya mampu duduk diam.

" Haura!." 

Papa memegang lengan aku apabila aku masuk ke jalan yang sudah disekat sebuah kereta dan aku tahu tu siapa. Menyesal aku masuk lorong ni.

"Shit!."

Aku memukul mukul stereng kereta, benci!. Apa semua ni?. Dia ingat dia dah terlepas daripada cengkaman Malique tapi macam lorong yang tiada penghujung!.

Kereta yang mengejar aku tadi berhenti betul betul di belakang. 

Kelihatan Malique keluar daripada kereta dengan bersusah payah. Huh, dasar tempang !. Di tangannya terdapat sepucuk pistol. Wajahnya ketat, tiada senyuman. Demi keselamatan papa, aku kena segera keluar.

Pintu kereta aku buka dan memandang wajah Malique dengan senyuman. 

Aku tak tahu kenapa, tapi aku suka tengok muka dia macam tu. Muka marah sebab tak dapat tangkap aku. Dia pun bodoh. Kenapa tak tembak je aku tadi?. Kan senang hidup dia?.

****

MALIQUE HAIDER

Wajah perempuan tu aku renung tajam. 

Memang kali ni, aku tak akan lepaskan dia. Tak apa, aku seronok kejar dia. Aku suka benda yang mencabar. Dia berdiri di sana dengan senyuman. Kita tengok, selama mana senyuman dia boleh bertahan.

" Harris, lepas aku dapat dia, kau bawa bapak dia pergi dari sini. Kali ni, aku tak nak bapak dia, aku nak dia." 

Aku dah tukar plan. Kamal tak lagi jadi buruan aku, tapi anak tunggal dia. Aku nak tengok dia sensara atas apa yang dia dah buat . 

DEVILWhere stories live. Discover now