EVIL LAST

1.4K 40 2
                                    

MALIQUE HAIDER

" Alex!." 

Antoine berlari ke arah Alex sebelum memeluk erat tubuh Alex. Aku dan Harris tergelak kecil melihat Antoine yang berperangai tak ubah macam budak budak. 

Alex menyekel kuat kepala Antoine. Mereka bergelut seperti dulu dulu. Mereka berdua memang rapat, aku tak sangkal kenyataan tu.

" Aku tak sangka aku boleh tengok kau pakai baju ni." 

Antoine memegang bahu Alex sambil memandang atas sehingga bawah. Alex bersama Tuxedo hitam bersama Fiona bergaun putih di hujung sana.

" Aku tunggu kau je Antoine." 

Alex menyiku perut Antoine. Aku tak tahu kenapa diorang pilih atas bukit ni sebagai tempat photoshoot. Bahaya tau.

" Tak payah tunggu, memang tak akan." Antoine tersenyum yakin. Harris merangkul tengkuk Antoine.

"Habis tu, Sienna tu kau nak campak mana?. Haaa jangan ingat aku tak tahu tau. Ghib dah cerita dekat kitaorang tau." 

Harris mula tersengih menyakat. Mereka terbahak bahak melihat riaksi terkejut Antoine.

" Ish, aku dengan dia mana ada apa apa. Tu semua perancangan dia dengan Patrick je." 

Antoine berkerut kening, cuba mengelak. Aku melayankan aje. Kalau dah ditakdirkan, buat apa apa pun tak boleh. Akan bersama juga.

" Ye lah tu. Dia nak main main dengan kita pulak weyh." Ghibran mencubit kuat pipi Antoine. Hari hari dia kena buli. 

Antoine mengerang sakit. Diorang daripada dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Ghibran ni kaki pukul tau dulu. Kitaorang kenal dia waktu dia pukul budak budak sekolah. Memang gangster.

" Dah ready ke?." 

Juru kamera datang menghampiri kami. Alex yang mengupah lelaki ni menggeleng.

" Belum. Lagi dua orang belum sampai." 

Juru kamera tadi mengangguk dan pergi ke tempatnya tadi. Haura dan Amanda pergi tandas. Selepas lama menunggu, kelibat mereka sampai ke atas. 

Aku tersenyum saat melihat Haura datang bersama bayi kecil di dalam dukungannya. Anak aku yang baru lahir sebulan yang lepas. Kehadiran dia ditunggu semua.

" Sorry lambat. Kitaorang jem tadi dekat bawah." 

Atiya di pimpinan Harris berlari mendapatkan Amanda. Budak tu tak boleh berpisah sekejap dengan mak dia. Haura menghampiri aku.

" Kau okay tak?." 

Walaupun dah sebulan dia bersalin, tapi aku masih risau dengan kesihatan dia. Dia masih boleh berjalan laju walaupun lepas bersalin. Risau aku dengan dia ni.

" Aku okay je?." 

Dia menggunakan kain lampin, menghalang wajah si kecil daripada pancaran matahari. Kalau bukan disebabkan photoshoot ni, aku memang tak bagi dia naik.

" Korang main kau aku lagi?. Nanti anak kau terikut sama tau." 

Amanda memeluk tubuh, memandang aku dan Haura pelik. Hanya gelakan yang diberikan. 

" Nanti nantilah kitaorang ubah panggilan. Neo kan kecil lagi?." 

Haura tersengih. Dia bersungguh sungguh pilih nama untuk bayi kecil ni. Calvin Neo. Aku yang pilih Calvin. Nampak comel.

" Okay, stand by." J

uru kamera tadi memanggil. Kami semua berkumpul untuk bergambar di hari yang bermakna buat Alex dan Fiona. Hari di mana mereka disatukan. Aku teringat waktu aku dan Haura kahwin. Sederhana tapi istimewa.

DEVILWhere stories live. Discover now