" Hai sweetheart..."
Terbeliak mata aku saat melihat senyumannya. Senyumannya berubah kepada sengihan sinis. Aku ke belakang beberapa langkah... tak percaya. Dia melangkah menghampiri aku.
" Ka— kau nak apa ?."
Daniel.
Wajah jahatnya terserlah di situ. Dia cuba mencapai lengan aku tapi aku pantas mengelak. Aku berlari menyelamatkan diri tapi dia terlebih dahulu memeluk pinggang aku kuat.
" Lepaskan aku bodoh!."
Aku menjerit kuat apabila pelukannya semakin ketat. Dia menghidu belakang leher aku membuatkan aku tak selesa. Aku menghentak kuat kakinya dengan tumit kaki aku.
"Argh!."
Dia mengerang sakit sebelum melepaskan pelukannya. Aku mengambil peluang yang ada dan melarikan diri ke tingkat atas. Mana papa ni?. Daniel betul betul dah gila. Dia dah tak betul. Mabuk ke apa?.
" Kau nak pergi mana?. Kau ingat kau boleh lari daripada aku ke HAHAHAHA?."
Dia tak berhenti di situ. Dia bangkit dan mengejar aku. Aku memang bodoh sebab tak lari ke luar rumah. Argh, memang malang nasib aku malam ni.
" Lepaskan akulah anjing !. Perangai kau memang sial kan?."
Dia berjaya menangkap aku. Malam ni, dia seperti dirasuk sesuatu. Setan mungkin. Takut aku tengok dia yang sudah menggila.
" Aku dah cakap dengan kau banyak kali, aku tak akan lepaskan kau..."
Dia tergelak jahat lagi. Aku meronta ronta minta dilepaskan sebelum perutnya aku siku kuat. Lagi sekali dia mengerang sakit.
Dengan keadaan yang tak terkawal. tubuh aku hilang timbangan dan jatuh tergolek di tangga. Argh... hanya sakit yang aku rasa. Aku cuba bangun tapi tak terdaya. Sakit di belakang kepala mula berdenyut.
Melihat aku yang sudah jatuh di bawah, Daniel pantas berlari meninggalkan aku keseorangan di sini. Aku memaksa diri untuk bangun tapi tetap tak berjaya. Anak tangga menjadi pautan tangan aku untuk berdiri. Daniel memang gila!.
" Argh..."
Aku mengerutkan kening, menahan rasa sakit. Dunia seperti sedang berputar. Belakang kepala yang terhantuk di tangga tadi aku pegang. Mata aku mula menguyu apabila melihat darah di jari tangan. Kepala aku rebah di anak tangga sebelum semuanya gelap gelita.
****
" Antoine, aku lapar."
" Aku pun, kau pergi belikan something untuk kitaorang kejap?."
" Ish, kenapa aku pulak?. Alex kan ada, dia boleh belikan korang makanan. Aku penat."
Aku cuba menggerakkan jari tangan tapi terasa kejang dan... sakit. Mata aku cuba buka tapi silau daripada lampu ata kepala aku menyakitkan mata. Mendengar suara mereka yang aku kenal, memaksa juga diri aku untuk buka mata aku.
" Erk..."
Aku hanya mampu mengeluarkan suara kecil. Kening aku berkerut menahan rasa ngilu di belakang kepala. perlahan lahan, mata aku terbuka sepenuhnya.
" Haura, kau macam mana, rasa okay sikit?."
Amanda segera menghampiri aku bersama mereka yang lain. Wajah Amanda yang kabur mula jelas sikit demi sikit. Dia memandang aku dengan riak wajah risaunya.
" Sa–sakit..."
Aku kembali memejamkan mata apabila belakang kepala aku seakan dicucuk cucuk. Sakit tak terkata. Amanda mula panik sebelum dia menekan butang kecemasan. Tak lama selepas tu, seorang doktor perempuan dan beberapa oarang jururawat masuk ke dalam wad persendirian.
YOU ARE READING
DEVIL
Action"Separuh daripada hasil niat baik itu jahat dan separuh hasil niat jahat itu baik." - DEVIL. Pertemuan aku dengan dia, lelaki yang sentiasa menyeksa jiwa dan raga aku. Kehadiran dia membawa 1001 bala dalam hidup aku. Membencinya adalah satu cara un...