" Aku nak ikut kau."
Amanda menghampiri aku yang sedang bersiap sedia untuk serang tempat Ren selepas aku berjaya dapatkan alamat dia. Wajah Amanda aku renung dengan senyuman kecil sebelum menggeleng perlahan.
"Kau duduk sini, dengan perempuan tu. Apa apa, kau call aku. Alex dengan Harris pun ada kalau kau nak call diorang."
Aku menggosok perlahan atas kepalanya. Dengan senyuman aku berlalu daripada situ tapi belum sempat aku melangkah, Amanda menahan lengan aku.
"Hati hati. Kau kena janji dengan aku, kau balik dengan selamat, okay?."
Amanda memandang aku sedih. Aku mengangguk sebelum membawa dia ke dalam pelukan. Aku anggap dia sebagai adik aku saja.
"Malique."
Harris menghampiri aku. Dia bertshirt pendek, hitam dan berjean. Sama dengan aku dan Alex cuma aku siap berjaket. Harris mencampak sepucuk pistol ke arah aku sebelum aku menyambut.
"Alex mana?."
Aku membuka keronsong sebelum menutup semula selepas memastikan pelurunya cukup. Untuk aku, sepucuk pistol dah memadai. Selain tu, aku kena guna akal dan strategi aku sendiri.
"Dia dah pergi sana dulu dengan Ghibran. Aku tunggu kau je."
Aku mengangguk sebelum berjalan keluar daripada rumah untuk masuk ke dalam kereta. Aku tak risau sangat sebab ada beberapa orang yang jaga Amanda dan perempuan tu.
***
" Harris, Malique, korang dah boleh masuk. Ren dekat tingkat atas." Alex mengeluarkan isyarat melalui radio kecil di telinga aku. Picu pistol aku tarik sebelum pintu kereta aku buka.
Aku akan masuk ke pintu belakang manakala Harris, akan settle kan orang orang mereka melalui jauh. Macam mana?, dengan sniper riffle. Dia akan tunggu dekat depan sana dan bantu aku memudahkan kerja.
Aku menyorok disebalik semak sementara menunggu isyarat daripada Harris. Tak sampai beberapa minit menunggu, tiga orang lelaki yang menjaga pintu mati ditembak Harris daripada jarak jauh.
"Malique, masuk pintu belakang."
Alex bersuara. Aku mengangguk sebelum masuk melalui pintu belakang. Beberapa orang disitu aku tembak selamba sebelum naik ke tingkat atas.
Bunyi tembakan tadi membuatkan semua orang disitu mula menghampiri aku. Aku tersengih sinis.
Satu persatu mula menyerang aku. Kepalanya aku siku kuat sebelum menghentak kasar kepalanya di pemegang tangga.
Seorang lagi mula menyerang aku. Dia mahu menembak aku tapi belum sempat dia tarik picu, aku terlebih dahulu menembak dadanya. Oh man.
Aku yang sudah sampai di tingkat atas melihat ke bawah. Lebih daripada 20 orang sedang berlari menghampiri tangga.
Aku dengan muka tanpa riak, mengeluarkan bom kecil di belakang poket aku dan meletupkan mereka semua. Terus meletup tanpa menunggu masa. Tak besar mana kesannya, cukup buat diorang semua mampos!.
"Boom."
Aku tergelak sinis sebelum menghampiri pintu besar lantas menolaknya kasar. Ren dan beberapa orangnya memandang aku terkejut.
" Kau nak aku tembak si Ren ni tak?." Suara Harris menyapa gegendang telinga. Aku tahu Harris nampak Ren melalui dinding cermin rumahnya tapi aku menggeleng perlahan. Biar aku yang matikan jahanam ni guna tangan aku sendiri.
"Ren... Kau kenal aku lagi?."
Aku masuk dengan sengihan sinis. Dia mengerutkan kening sebelum terdiam. Aku tahu dia akan ingat aku. Dia mesti ingat aku!.
"Ouh, Malique Haider... anak Qairy !. Kau jumpa aku jugak ya akhirnya?."
Dia tersenyum sebelum meneguk perlahan arak di dalam gelasnya. Hilangkan nervous?. Aku tersengih sinis.
" 21 tahun aku cari kau jahanam. Kau jangan ingat aku lupa kau lah sial."
Aku merenung dia dengan pandangan yang penuh dengan kebencian dan dendam yang mencanak naik.
Dia tergelak jahat. Orang orangnya mula mengelilingi aku. Mereka memandang aku dengan pandangan tajam. Ingat aku takut?. Sikit pun aku tak gentar.
Seorang lelaki cuba menyerang aku tapi belum sempat dia bertindak, dinding cermin banglonya pecah dan peluru tepat menusuk tepi kepalanya. Mereka terkejut sebelum mula melindungi Ren.
"Tengok, aku tak buat apa apa lagi."
Aku menjongketkan bahu sambil tersengih. Itu kelemahan kau Ren. Kau bijak larikan diri, tapi kau bodoh bila hadap dengan plan aku. Kau tak bijak, Ren
"Korang tunggu apa lagi, serang lah dia !!."
Ren bersuara lantang sebelum melarikan diri melalui pintu sebelah sana. Aku cuba mengejar tapi mereka menghalang aku.
"Alex, suruh budak budak masuk."
Aku mengeluarkan isyarat sebelum menyerang mereka ikut kemampuan aku. Tak sampai 3 minit menunggu, budak budak aku masuk membantu aku. Aku pantas berlari mendapatkan Ren yang entah sudah ke mana.
Daripada atas, aku nampak Ren sudah melompat ke luar rumah. Aku mengetap rahang sebelum melompat daripada atas ke bawah. Tak ada masa nak guna tangga.
Ren cuba menembak aku tapi aku elak selagi mampu. Aku takkan biarkan dia terlepas kali ni. Aku nak dia mampos!.
Belum sempat dia lari meninggalkan kawasan rumahnya, aku menembak beberapa kali ke arah kaki dan belakangnya. Dia jatuh tersembam di hadapan sana.
Aku memasang cincin besi di setiap jari aku sebelum menghampiri Ren yang terbaring. Dahinya dipenuhi dengan darah akibat hentakan di kepala. Dia tak mati lagi, cuma nyawa nyawa ikan.
Ren aku renung lama sebelum aku duduk di atas tubuhnya. Muka dia aku tumbuk geram beberapa kali. Darah mula merecik keluar daripada mulutnya. Hidung dia pula aku sasarkan. Dia memegang tangan aku, meminta aku melepaskan dia untuk kali ini.
" Aku minta maaf."
Dia bersuara lemah. Aku tergelak sinis sebelum mencengkam kolar dia kuat.
"Kau cakap apa?. Sorry aku tak dengar." Aku mendekatkan telinga dengan mukanya.
"Aku minta ma— arghh!!."
Belum sempat dia habiskan ayatnya, aku terus bagi dia satu tumbukan tepat di hidung. Mukanya aku pandang puas. Puas sebab dapat tengok dia lunyai macam ni.
"Kau minta maaf?. Dah terlambatlah sial. Mak bapak aku dah mati dah pun. Maaf kau boleh hidupkan keluarga aku balik ke lahanat?."
Aku menghentak belakang kepalanya di atas tar kuat. Ren meraung kesakitan, melepaskan kesakitan yang dia rasa sekarang ni.
Aku bangkit sebelum menedang wajahnya beberapa kali. Cakap banyak pun, dia bukan dengar pun. Buat bazir air liur aku jelah. Dia meringkuk sakit apabila tendangan tadi hinggap di perutnya. Orang tua ni layak mampos.
" I don't give a Fuck."
Aku merenung dia dengan pandangan sinis sebelum memandang Ghibran. Dia mengangguk dan menembak dada Ren beberapa kali. Terus terbeliak matanya. Mulutnya juga ternganga.
Akhirnya aku berjaya hapuskan orang yang binasakan hidup aku dan keluarga aku. Dendam aku terlangsai akhirnya. Mereka berdua takkan tenang sampai bila bila.
"Kita balik."
Aku dan yang lain meninggalkan Ren yang sudah dicabut nyawanya tadi. Aku nak balik rumah, aku nak hidup dengan aman lepas ni tanpa ada baruah ni.
YOU ARE READING
DEVIL
Action"Separuh daripada hasil niat baik itu jahat dan separuh hasil niat jahat itu baik." - DEVIL. Pertemuan aku dengan dia, lelaki yang sentiasa menyeksa jiwa dan raga aku. Kehadiran dia membawa 1001 bala dalam hidup aku. Membencinya adalah satu cara un...