EVIL 63

437 15 0
                                    


MALIQUE HAIDER

 " Lets go."

Aku membuka pintu kereta untuk Haura. Dia menyambut huluran tangan aku dan kami berdua berjalan memasuki sebuah bangunan restoran 6 tingkat ni.

 Segala jenis makanan disediakan dekat sini. Jadi semua orang dari pelusuk dunia boleh datang sini cuma harganya... bergantung.

" Kau serius lah kita buat dinner dekat sini?. Macam expensive sangat je ?." 

Tangannya memegang bawah perutnya sambil merenung setiap bangunan tadi. Aku tergelak kecil. Bukannya selalu. Lagipun ni dinner untuk raikan syarikat.

" Mana yang lain?." 

Aku dan dia melangkah menuju ke dalam. Di tingkat bawah, aku nampak Antoine. Dia menegur.

" Eh, lambat sampai?." 

Antoine bersama suit kelabu, berjalan di sebelah aku. Tangan Haura masih aku genggam, tak mahu lepas. 

" Kau pun asal lambat?. Aku macam biasa lah, rumah jauh daripada sini."

 Antoine memegang bahu aku sambil memandang sekeliling yang nampak sedikit sesak. Macam ramai sangat je dekat sini?.

" Aku ada hal tadi." 

Antoine menyeluk tangannya ke dalam poket seluar sambil berjalan bersahaja. Senyumannya kali ni lebih kepada sinis. Dia dah kenapa?. 

Pintu restoran dibuka luas. Aku memimpin tangan Haura sehingga menjumpa kelibat mereka semua. Haura macam biasalah. Mana boleh jumpa gegirls dia. Nanti mulalah teruja. Aku dan Antoine menghampiri Harris, Alex dan Ghibran.

" Yow..." 

Aku berlaga bahu dengan mereka semua. Semua datang dengan gaya masing masing. Memandangkan ni Grand Celebration, jadi aku rasa memang ramai yang hadir. Aku boleh nampak semua ahli ahli bahagian dekat sini.

" Malique, aku rasa nak makan sushi lah." 

Duduk saja di tempat masing masing, aku terasa nak makan sushi. Entahlah, aku bukan penggemar sushi tapi selera aku meningkat saat melihat bertingkat tingkat sushi di sana.

" Kau bukannya suka benda alah tu pun." Malique mengerutkan keningnya, pelik dengan selera aku yang tiba tiba berubah. Aku mengemam bibir sambil memandang pemandangan indah di sana. Kenapa nampak sedap sangat?.

" Kau nak makan sushi ke?." 

Amanda memandang Haura. Meja ni ada 8 kerusi, jadi genap genap untuk kami semua. Dia mengangguk laju. 

" Jom. Kitaorang teman." 

Amanda bangun sambil mencapai tangan Fiona, menawarkan dirinya untuk teman. Laju saja Haura bangun. Aku menggeleng kepala. Event tak mula lagi, diorang dah makan. Gelojohnya perempuan ni. 

" Aku dengar abang kau dah kena tangkap?. Apa cerita?." 

Ghibran memulakan perbualan. Kami berempat memandang dia. Aku tak tahu pun?. Mungkin aku bukan jenis suka tengok berita dunia. 

" Itu yang aku nak beritahu korang sebenarnya." 

Antoine mendekatkan sedikit badannya memandang semua. Dengan sengihan jahat dia, nampak sangat tu semua plan dia. 

" Aku yang bocorkan segala kerja kotor dia belakang bapak aku. Dia ambil dadah, jual perempuan, merogol.."

" Sayang, jangan dengar." 

Harris menutup telinga anaknya yang duduk di atas peha dia. Aku dan lain tergelak kecil. Antoine mengusap lembut atas kepala budak kecil tu.

" Jadi, kau pergi sana semata mata nak selongkar semua benda tu ke?." H

arris memandang Antoine. Dia mengangguk sambil tersenyum. Sejak dah ada keluarga ni, aku dah tak berminat nak join Ghibran. Aku malas.

" Habis tu, kau biarkan je keluarga kau macam tu?. Abang kau jaga syarikat, habis tu siapa yang ganti?." Selepas meneguk minumannya, Alex pula yang bertanya. 

" Dekat sana ada COO. Dia naik pangkatlah jadi CEO. Apa susah?. Macam Malique. Dia kan COO."

 Antoine menoleh ke arah aku dengan senyumannya. Aku mengangkat sebelah kening sebelum gelas yang masih terisi minuman aku teguk perlahan. 

" I'm coming.." 

Haura kembali bersama dua pinggan penuh terisi sushi. Sama dengan Amanda dan Fiona. Aku terdiam sambil melihat betapa banyaknya sushi yang dia bawa. 

" Banyaknya?." Haura tersengih suka. Dia mengambil satu dan disuakan di mulut aku tapi aku menggeleng. Aku tak suka. Dia membuat riak wajah memujuk. Aku benci walaupun tak ada unsur ikan. 

" Makanlah. Aku dah bawa banyak tau." 

Dia memujuk lagi. Aku memandang dia sebelum mengeluh perlahan. Dia tersenyum dan disuakan lagi. Aku terpaksa mengunyah walaupun tekak aku dah sedia nak muntah. Ergh...

Aku memejamkan mata, bertahan. Akhirnya habis juga benda tu dalam mulut aku. Bertuah betul. Kenapa mesti benda tu?. Banyak banyak makanan, tu juga yang dia pilih. Aku meneguk rakus air di dalam gelas.

" Wah, betul tak suka kau dengan sushi ni?." 

Alex di sebelah aku menepuk bahu aku sekali. Aku menggeleng laju. Diorang semua tahu apa yang aku suka, apa yang aku tak suka. Demi isteri kan, terpaksa sanggup.

Selesai saja majlis pembukaan, aku dan yang lain duduk sambil menunggu hidangan disediakan. Haura dan aku ada jumpa dengan Kamal tadi. Dia pun masih sihat lagi, cuma aku je tak ada masa nak melawat dia.

" Woi Antoine, tu bukan ke perempuan simpanan kau tu?."

Ghibran memandang ke arah seorang wanita yang sedang melilaukan pandangan ke arah sekeliling. Antoine sudah terdiam. Aku pula hanya memerhati.

" Dia bukan perempuan simpanan aku, setan. Dia cuma budak bapak aku yang kononnya nak jaga aku dekat sini. Kau jangan sampai aku lempag kau nanti."

Luah Antoine tak puas hati. Alex dan Harris sudah tersenyum sebelum mereka tertawa.

" Kau jangan ingat kitaorang tak tahu apa yang kau buat dengan perempuan tu malam tadi."

Kami semua sudah terdiam memandang Antoine. Apa... yang budak tu buat dengan perempuan tu. 

" Aku tak buat apa apa. Aku cuma teman dia keluar makan, cuma tu je. Tak lebih daripada tu."

Antoine masih menyorokkan muka malunya. Mereka sudah tertawa, menyakat Antoine yang masih belum basa dengan kehidupan percintaan. Budak tu memang suka hidup solo, sebab tu dia cepat janggal.

" Dia dengan siapa tu, Antoine."

Kelihatan sekumpulan lelaki muda menghampiri perempuan yang bernama Sienna di hujung sana. Dia mula nampak tak selesa apabila mereka seperti mahu menyakat dia.

" Kau betul nak biarkan je diorang kacau perempuan kau?."

Soal aku sambil menongkat dagu, merenung budak budak mentah di hujung sana. Tak matang langsung. 

Antoine sudah terdiam memerhatikan perempuan itu. Melihat mereka cuba menarik perempuan itu ke tempat lain, terus berdiri Antoine dengan riak wajah yang ketat. Tak pernah dia buat muka macam tu sebab Antine orang yang riang selalu.

Antoine menghampiri mereka sebelum lengan kemejanya disinsing ke siku. Dia nampak begitu serius. 

Kekecohan mula berlaku apabila Antoine menumbuk mereka semua tanpa belas kasihan. Aku dan yang lain hanya tertawa melihat Antoine begitu manakala yang lain sudah cemas.

" Kita memang nak biarkan Antoine macam tu ke?. Tak nak tolong dia?."

Alex tertawa, seronok melihat drama di sana. Habis pengawal restoran pun Antoine pukul. Kalau budak tu marah, memang lain sikit. Angin dia tak bertempat dan siapa pun dia tak kisah, dia pukul.

Aku tersenyum melihat Antoine yang bertindak begitu kerana dia risaukan perempuan tu. Dia sudah mula berubah kerana dia yakin, perempuan tu adalah tanggungjawab untuk dia jaga.

Aku bangga kerana Antoine juga sudah mampu jadi lelaki yang berani. Dulu dia digelar banyak mulut sebab fizikalnya tak serupa mental dia. Tapi sekarang, dia lebih dewasa.

DEVILWhere stories live. Discover now