EVIL 6

1.1K 47 1
                                    


HAURA MELISSA

Aku memandang lengan aku yang sudah dibuka garinya. Aku menelan liur sebelum perlahan lahan membuka pintu bilik dan menghampiri bilik Malique yang tidak tertutup rapat. 

Aku menyilap masuk ke dalam bilik dia bersebab. Sebab aku nak cari sesuatu yang berguna untuk melepaskan diri.

Tanpa membuka lampu, aku masuk ke dalam. Laci mejanya aku buka sebelum mata aku tertacap ke arah sepucuk pistol yang ada di dalam laci. 

Aku tahu, aku buat kerja bodoh, tapi ini je cara yang terbaik untuk aku lepaskan diri. Keronsongnya aku buka dan ada beberapa lagi peluru di dalamnya. 

"Haura.... kau buat apa?." 

Aku menoleh ke arah pintu yang terbuka luas. Amanda memandang aku tak percaya. Aku pantas mengacu pistol ke arahnya. Dia pantas mengangkat tangannya sebelum menghampiri aku.

"Haura, turunkan benda tu. Aku faham tapi.."

"Aku minta maaf Amanda. Ini je cara yang aku ada. Aku minta maaf." 

Aku menghampirinya. Tak lama selepas tu, aku mula dengar enjin kereta di bawah. Aku pasti tu Malique. Dia dah balik. Aku tak kisah, asalkan aku dapat lepaskan diri. 

Aku tak kisah kalau aku tak dapat bunuh dia, asalkan aku dapat bebas daripada genggamannya. Aku nak jumpa papa. Aku nak hidup tanpa dendam sesiapa. Malique tak layak layan aku macam ni. Aku tak bersalah. 

"Turun bawah. Jangan bersuara. Kalau tak aku tembak kau."  

Amanda menelan liur sebelum memusingkan badan ke belakang. Dia dengar cakap aku walaupun nyawa dia dalam bahaya. Aku minta maaf Amanda. Malique kacau keluarga aku. Dia bunuh Zain. Aku hilang kawan aku disebabkan dia. 

"Amanda.. aku—." 

Aku turun ke bawah dengan Amanda. Malique dan kawan kawannya yang baru sampai semuanya terdiam. Dia terkaku apabila melihat aku mengacukan pistol ke arah kawannya.

"Kau buat apa ni?." 

Dia memandang aku terkejut. Aku tersengih sebelum menarik picu. Seorang lelaki cuba menembak aku tapi Malique tahan tangannya. Dia menggeleng perlahan sebelum cuba menenangkan aku.

Aku boleh nampak Malique sayangkan Amanda dan aku juga tak mahu cederakan Amanda. Dia orang yang baik. Aku cuma mahu pulang dan jumpa papa, itu je. 

"Haura, aku tahu kau marah. Aku faham perasaan kau tapi bukan ini caranya." 

Amanda memandang aku. Bergetar getar tangan aku memegang pistol. Sekian lama aku tak sentuh dan guna benda alah ni. Aku budak baik dan aku nak pergi daripada sini. Tolonglah.

" Lepaskan aku." 

Aku memandang Malique yang sudah tergetap rahang memandang aku tajam. Aku kena selesaikan semua ni malam ni juga. Lantak kaulah, aku tak kisah pun asalkan papa selamat dan aku boleh berambus dari sini.

" Jangan—."

"Lepaskan aku dengan bapak aku!!. " 

Aku menengking dia kuat. Semua mata memandang aku. Pandangan yang simpati dan yang tajam. Salah satunya Malique. Dia menggenggam buku lima.

"Bapak kau dah rosakkan hidup aku, lepas tu kau minta aku lepaskan kau dengan dia?." 

Dia bersuara lantang. Tak menjerit cuma nak bagi aku dengar dengan jelas. Aku tersengih sinis sebelum menggeleng.

"Bapak aku takkan buat macam tu. Dia baik. Semua ni tak adil!." 

Papa bukan jahat orangnya. Dia tak pernah terlibat dalam mana mana kerja jenayah. Aku kenal papa dan aku tak akan sama sekali biarkan dia buat papa macam tu. Aku perlu selamatkan papa.

"Apa yang kau tahu?. Aku yang rasa. Bapak kau bunuh keluarga aku. Kau tak percaya?. Tak apa."

 Dia berjalan ke arah ruang tamu sebelum membuka laci. Senaskah surat khabar lama dicampak ke arah kaki aku.

"Tu. Tu bapak kau kan?. Mak bapak aku, keluarga aku. Diorang mati dalam letupan tu. Kau ada?. Tak. Kau tengah suka suka dekat rumah dengan keluarga kau. Siapa yang terseksa?. Aku. Aku yang terseksa!!." 

Dia menengking kuat ke arah aku. Mukanya merah akibat amarah yang tak mampu dia tahan. Dia semakin menghampiri aku tapi aku kebelakang lagi. 

Dengan wajah yang tak percaya, aku mencapai surat khabar lama tadi. Gambar papa dan seorang lelaki yang aku tak kenal terpapar di hadapannya. Aku menggeleng lagi.

"Tak... papa aku tak akan—." Sebutir air mata jatuh di atas surat khabar tadi. Kecewa ataupun aku tak percaya dengan semua tu?. Pistol tadi aku genggam erat. Aku pantas mencampak jauh surat khabar tadi.

"Tak. Kau tipu aku!. Kalau betul bapak aku bunuh keluarga kau, kenapa polis tak tangkap dia?. Kenapa mesti kau yang tentukan hidup mati bapak aku!. Kau memang sial Malique Haider!."

 Jatuh berjujuran lagi air mata aku. 

Dia tipu aku, aku tahu. Dia sengaja nak buat papa nampak macam penjenayah. Malique menghampiri aku lagi dengan renungan tajamnya. Aku tak lagi gentar dengan wajah singa dia. Tak sama sekali !.

"Polis tutup kes sebab tak ada bukti yang menyatakan bapak kau bersalah. Kau ingat aku percaya?. Aku tak bodohlah. Bapak kau berpangkat, berduit. Dia boleh suap polis berapa banyak yang dia nak. Bapak kau benci dengan keluarga aku, sebab tu dia sanggup bunuh mak bapak aku termasuk lebih 300 orang yang tak bersalah." 

Malique bersuara lagi.

Aku terkedu sementara. Betul ke?. Aku tak percaya... aku tak percaya.

Dalam aku leka dengan sedih aku, Malique menarik Amanda sebelum pistol di tangan aku dia pulas dan mencampak jauh. Amanda berdiri di belakangnya. Aku pasrah. Pasrah dengan semuanya.

Kalau betul papa berdosa, aku tak mahu masuk campur dalam hal ni lagi. Aku mahu hidup dengan bahagia saja. Kenapa papa terlibat dalam dunia macam tu?. Pulangkan papa aku dan maafkan dia. 

"Kau dah dapat apa yang kau nak. Kau dah lunaskan dendam kau. Sekarang, lepaskan aku. Aku nak balik." 

Aku bersuara pasrah sambil mata sayu aku memandang dia. Malique merenung aku tanpa mengeluarkan sepatah kata. Amanda memegang lengan Lelaki itu sambil memandangnya simpati. 

"Malique, lepaskanlah dia. Dia tak bersalah." 

Amanda cuba meraih simpati Malique. Aku mengesat air mata yang mengalir. Aku perlu mulakan hidup baru. Aku kena cari papa. Satu satunya yang aku ada sekarang ni, papa. 

 Zain, aku kena relakan kepergian kau. Aku malang. Aku hilang kawan rapat aku. Sekarang, kau pergi tinggalkan aku tanpa aku rela. Aku— aku sayang kau Zain.

Tanpa menunggu jawapan dia, aku berjalan lemah menuju ke pintu rumah. Biarlah malam, sebab aku tak takut untuk rempuh gelap malam. Tiada apa yang aku boleh buat selain cari papa sendiri.

'BANG' 

Aku jatuh melutut apabila satu tembakan tepat di belakang badan aku. Tak sampai beberapa saat, aku jatuh rebah. Terasa kejang satu badan aku. 

Malique melepaskan sebuah tembakan ke arah aku dengan pandangan tak bersalah mahupun bersimpati. Dia betul betul tak nak maafkan aku.

"Haura!." 

Amanda menjerit pantas berlari mendapatkan aku. Wajahnya yang semakin kabur aku pandang dengan senyuman kelat menahan sakit. 

Terasa kepala aku berat sebelum pandangan semakin gelap. Aku dah mati ke?. Aku tak nak mati lagi. Masih ada lagi kerja yang aku kena buat. Aku kena selamatkan papa.



DEVILWhere stories live. Discover now