EVIL 41

550 23 0
                                    


AMANDA

" Malique...." 

Lengannya aku tarik lembut. Dia segera menoleh ke belakang bersama wajah cemasnya.  Aku mengeluh berat. 

" Kita balik rumah dulu, okay?. Kita rehat, besok kita datang balik." 

Aku merayu dekat dia. Tolonglah. Dia menggeleng sebelum menarik kasar tangannya.

 Wajah aku Malique pandang seketika sebelum dia duduk di kerusi hospital. Aku tahu fikirannya tak tenteram. Kali ni je, sudah 2 kali Haura masuk hospital. Aku tahu dia kuat.

" Malique, kau jangan macam ni boleh tak?. Daripada malam semalam kau duduk sini, tak rehat tak apa. Risau tau aku tengok kau ni." 

Aku duduk di sisinya sambil memegang bahunya. Malique tertunduk.

 Harris dan yang lain sudah tunggu di bawah. Aku faham yang dia risau tapi kalau seharian tak makan, tak tidur. Tak pasal pasal, dia pun masuk hospital sekali. Siapa yang susah?. Kitaorang jugak.

Nasiblah Haura sudah lepas zon kritikal apabila 12 jam di dalam bilik pembedahan. Aku bersyukur sebab peluru yang tertusuk di dadanya tidak terkena pada bahagian organ penting seperti jantung dan peparu. 

Nyawa dia dan Malique begitu panjang. Seteruk mana pun mereka kena, mereka tetap hidup. 

Malique buat kerja gila. Dia terus terjun daripada atas demi nak selamatkan Haura. Mamat tu?. Dia juga di rawat di hospital ni selepas ditembak semalam. Dia juga di jaga dengan ketat oleh anggota polis. 

Aku ada semalam, waktu Malique cuba untuk bunuh mamat tu. Dia betul betul macam orang kena rasuk. Kalau aku tak ada tadi, memang dah kena masuk lokap dah. Marah betul dia dekat lelaki tu. 

Syukur Antoine tak apa apa. Dia tak perlu stay wad. Cuma dirawat sedikit kepalanya. Kalau teruk, memang naik angin jawabnya si Malique. Dia mana boleh tengok kawan kawan dia disentuh orang.

" Malique, pandang aku. Haura... tak apa apa. Dia akan sedar jugak. Percaya cakap aku, okay?."

 Aku menarik kedua belah bahunya, memaksanya untuk memandang aku. Dia hanya merenung aku lesu. 

" Sekarang, kita balik rumah. Esok kita datang balik. Dah jom." 

Aku bangun sambil menarik lengannya. Dia mengeluh kecil sebelum mengikut juga cakap aku. Syukur Antoine tak apa apa. Dia tak perlu stay wad. Cuma dirawat sedikit kepalanya.

Kalau dalam kereta pun dia asyik termenung, apatah lagi sampai rumah.  Aku ada juga ajak dia tidur rumah aku dan Harris tapi dia tak nak. Nak buat macam mana, kalau dah degil tu memang aku tak boleh buat apa. 

"  Apa kita nak buat dengan lelaki tu?." 

Aku duduk di sebelah Harris di birai katil. Dia yang sedang bermain dengan telefonnya menoleh ke arah aku sebelum tersengih kecil. 

" Biarlah dia. Kita bagi dia masa nak berseorangan. Esok esok eloklah tu." 

Harris hanya memandang skrin iPhonenya tanpa memandang aku. Mendengar ayatnya, aku mengeluh kecil. Boleh percaya ke dia okay?.

" Harris. Kalau Kamal tahu benda sebenar, kau agak agak dia cari Haura?." 

Aku menghempaskan tubuh belakang di atas tilam. Mata aku merenung kipas yang sedang berpusing. Malam malam memang kitaorang tak pasang penghawa dingin. Jimat elektrik.

Kamal tak tahu yang Haura masuk hospital. Banyak kali aku telefon dia, tapi dia tak angkat. Bukan aku je yang telefon. Harris pun ada telefon dia. Sibuk sangat ke orang tua tu?. 

DEVILWhere stories live. Discover now