EVIL 12

1K 39 0
                                    

HAURA MELISSA

" Nah." 

Malique mencampak sepucuk pistol ke arah aku. Aku menyambut segera lantas menyelitnya di poket belakang jean. Dia berdiri di sana sambil mencekak pinggang.

"Aku percayakan kau untuk misi ni. Jangan rosakkan kepercayaan aku dekat kau kalau kau tak nak aku buat benda yang sama." 

Aku tersengih sinis sebelum berlalu daripada situ. Nasib Antoine ada bekal beberapa buah senjata dan peluru untuk tangkap Diego.

" Kalau ikut kedudukan nombor plat yang kau bagi aku ni, ni tempatnya." 

Antoine menunjuk kawasan dicarinya berdasarkan maklumat yang Malique bagi. Aku dan Malique menghampirinya.

" Apa yang pasti, kita tak boleh serbu masuk kawasan dia tanpa apa apa plan. Berkemungkinan dia letak detector sekitar situ. So, aku kena pecah masuk security rumah dia, kau masuk bila aku cakap. Haura, kau jaga depan. Tarik perhatian diorang selagi yang boleh supaya diorang tak bau kehadiran Malique. Budak budak aku masuk bila Malique berjaya matikan sistem. Faham?."

 Antoine menerang satu persatu tentang plan misi kali ni. Aku mengangguk faham. Setakat tarik perhatian, siapa yang tak boleh buat?. 

"Lepas aku matikan sistem, aku terus selamatkan diorang. Diego tu, pandai pandailah nanti kita settle kan." 

Malique memasang beberapa butir peluru di dalam snipernya. Aku memandang dia dengan pandangan meluat. Dia punya keyakinan tu, memang tahap dewa. 

" Dah gerak sekarang." 

Aku mengikut langkah Malique keluar daripada bangunan milik Antoine dan bergerak ke tempat Diego. Tunggu aku musibat. Aku datang atas nama kawan kawan aku. 

****

" Malique?." 

Suara Antoine berbunyi di radio kecil yang terpasang di telinga. Aku masuk ke dalam kawasan rumah Diego dengan langkah yang berhati hati. Aku boleh nampak banyak CCTV dan detector yang terpasang di sekeiling rumah istananya.

" Aku okay." 

Malique bersuara. Aku dan dia berpecah. Aku ke hadapan dan dia pergi ke belakang. Aku sendiri tak tahu kalau rumah ni ada pintu belakang. 

" Haura, kau dah sampai pintu hadapan?." Aku menyorok di belakang tembok dinding apabila suara lelaki datang dari arah sana. Aku menarik nafas lega. Nasib dia tak perasan.

" Aku dah sampai. Aku nak kena buat apa sekarang ni?." 

Radio kecil di telinga aku tekan sedikit agar aku boleh dengar suara Antoine dengan jelas.

" Kau nampak pengesan dekat depan rumah tu?." 

Mata aku melilau mencari benda yang dimaksudkan dia tadi. Mata aku tertacap ke arah alat di hadapan pintu rumah.

" Nampak." 

Aku berusaha untuk meloloskan diri daripada situ. Kalau kelibat aku ditangkap CCTV, memang hancur punah plan ni. Bayangkan, hampir 3 tahun aku tak lakukan kerja ni. Jadi kekok tiba tiba. 

" Kau tekan. Biar berbunyi. Lepas tu, terus masuk bila semua orang dah keluar." 

Aku mengangguk faham sebelum menghampiri pintu. Tiada sesiapa di sini. Dengan pantas, aku menekan benda bodoh ni dan kembali menyorok. Terus berbunyi siren satu rumah. 

Selepas pintu dibuka, sekumpulan orang keluar untuk siap menyerang. Aku menarik nafas dan pantas masuk melalui pintu yang dibuka tadi. Ah, aku tak kisah.

"Woi!!." 

Aku berdecit kasar apabila salah seorang daripada mereka mengesan kehadiran aku. Mereka mula melepaskan tembakan. Dengan langkah yang laju, aku berlari dan menyorok di belakang almari. 

DEVILWhere stories live. Discover now