EVIL 28

614 32 0
                                    


" Mama !!." 

Apabila aku bertembung dengan Farid dan Inara di taman, terus budak perempuan tadi berlari mendapatkan aku. 

Aku tergelak suka sebelum menyambut tubuh kecilnya. Pipi Inara aku kuncup beberapa kali, terlalu rindu dengan budak kecik ni. 

" Inara rindu mama?." 

Aku mengusap rambutnya yang sudah mula memanjang. Bila dia semakin membesar, wajahnya mula nampak iras Farid. Mata mereka, senyuman mereka, sama sangat. Farid berdiri di hadapan aku dengan senyuman.

" Setiap hari dia cakap nak jumpa kau. Penat jugalah nak layan." 

Aku dan Farid duduk di bangku yang berdekatan. Aku tergelak mendengar keluhan Farid. Tubuh Inara aku pangku dan membelai rambutnya.

" Macam mana dekat Greece ?. Best melancong ?." 

Farid memandang aku dengan senyuman. Aku menghadiahkan sebuah senyuman manis.

" Okay, negara diorang cantik. Tapi negara kita lagi cantik."

 Kami sama sama tergelak kecil. Aku mengaku yang Greece negara yang cantik tapi negara aku lebih indah di mata. Segala sejarah berlaku di sini. Aku kenal diri aku, mencintai diri aku, semuanya bermula di sini.

" Kau belikan apa apa tak untuk aku?."

 Soalan Farid membuatkan aku tergelak besar. Ouh, ingat pulak dia ni pasal hadiah yang aku janjikan untuk dia. Ingatkan dia dah lupa.

" Weyh, mana mungkin aku boleh lupakan kau hah? Ada, aku dah belikan kau buah tangan yang paling mahal tau dekat Athens tu. Khas untuk kau je." 

Kami sama sama tergelak. Suasana kembali sunyi. Masing masing terdiam, melayan perasaan sendiri.

"  Kau ingat lagi tak yang cakap kau ada kawan. Nama dia Malique kan?." 

Farid memegang tangan kecil anaknya. Aku mengangguk dengan senyuman tawar. Malique, dia lebih daripada kawan dalam hidup aku sebenarnya.

" Aku tahu kau kuat." 

Dia bersuara seakan memberi semangat. Aku menyelit rambut di belakang telinga apabila angin mula bertiup kuat. Awan yang cerah aku pandang sepi. Aku kuat?. Mungkin aku tipu je kot. 

" Tak apalah. Nak buat macam mana, aku kena terima dengan hati yang terbuka. Rela atau tak, aku tak boleh cakap lebih lebih. Aku sendiri tak tahu apa yang aku tengah rasa. Sedih?, sakit?. semuanya bercampur baur."  

Suara riang kanak kanak yang sedang berkejaran di padang menghias suasana. 

" Aku ada untuk kau. Maksud aku... kau boleh cari aku kalau kau perlukan seseorang untuk... lepaskan everything." 

Farid menggaru belakang kepalanya sambil tersengih janggal. Aku tergelak kecil sebelum mengangguk perlahan. Ada ada jelah dia ni. Inara mengangkat kepalanya memandang aku.

" Mama, jom kita jalan jalan." 

Dia menarik tangan aku beberapa kali. Wajah Farid aku pandang sebelum kami berdua sama sama tergelak. Aduhai budak comel ni. Tak boleh duduk sekejap, ada je nak berjalannya. 

" Ye sayang. Jom jom. Kita main buaian nak?."

 Aku berdiri sambil mendukung Inara. Dia bersorak gembira dan menarik tangan daddy nya. Dia memang tak boleh beregang sekejap dengan Farid walaupun dia rindukan aku, mesti kena ada Farid dekat sebelah. 

' Dear Malique, kau jangan risau dekat sana, aku dekat sini tak akan pernah berhenti mimpikan kau sebab aku masih perlukan kau. Aku rindukan kau, Malique. Tunggu aku....'

****

" Papa, Haura mungkin balik lambat sikit. Tak apa ke?." 

Aku mengepit telefon di antara telinga dan bahu aku sambil tangan mencari kunci kereta di dalam beg tangan. Time time ni lah dia tak nak keluar. 

Pagi tadi, aku terpaksa ulang alik sebab jumpa pelanggan. Tengah hari, aku ada mesyuarat untuk bincangkan rekaan baharu. Petang ni pula, aku kena tengok stok yang baru sampai. Sampakan makan pun aku tak ada masa. Sibuk memanjang.

" Ouh, ye ke. Tak apalah, papa tunggu. Kalau ada apa apa, telefon je papa." 

Aku tersenyum kecil apabila berjaya menjumpai kunci. Aku pantas memboloskan diri ke dalam kereta dan mematikan panggilan.

" Nadine, awak dekat mana?." 

Pembantu aku pula yang ditelefon. Papa ada apointemnt dengan doktor tapi aku tak dapat teman sebab terlalu sibuk. Kalau Nadine boleh uruskan untuk aku, berkemungkinan aku boleh teman papa.

" Saya on the way pergi kilang. Kenapa bos?." Aku terdiam sebelum tersenyum lebar. 

" Okay, baguslah. Awak boleh tolong dapatkan jumlah stok boleh tak?. Apa apa nanti saya chat awak balik." 

Aku meletakkan handbag di sebelah. Aku hanya ada dia saja yang boleh tolong aku.

" Ouh boleh. Nanti saya hantar dekat bos senarainya." 

Aku tersengih riang sebelum bersetuju. Panggilan aku pantas matikan dan memandu pulang ke rumah. Aku harap papa tak pergi lagi. Aku malas nak telefon sebab aku dah mula memandu. Bodoh kan aku?.

Dengan jalan raya yang sesak, accident dekat depan sana lagi, memang lambatlah jawabnya aku nak sampai rumah. Arghh rasa macam nak hon je semua kereta yang bawa slow nak mati ni!!. Tak boleh bawa laju sikit ke?.

Dan akhirnya, langit sudah mula menghitam. Nampaknya, malam nanti baru lah aku sampai rumah. Bayangkan 6.46 tadi aku gerak, 7.15 baru lapang sikit jalan raya ni. Melihat meter minyak aku yang mula menurun, aku pantas mencari stesen minyak. Takut tak cukup sampai rumah je.

"Papa, Haura minta maaf sebab tak dapat teman papa. Haura betul betul minta maaf." 

Aku rasa bersalah dengan papa sebab aku yang beriya nak teman dia tapi aku sendiri mungkiri. Kesian papa, terpaksa pergi sorang sorang.

"Ish, tak apalah. Driver ni ada, dia boleh hantar papa. Haura balik rumah cepat. Papa balik lambat sikit tau sebab papa terus jumpa kawan. Kalau Haura lapar, ada makanan dalam peti ais. panaskan aje." 

Aku terdiam seketika sebelum tersenyum kecil.

"Okay. Papa hati hati eh?." 

Aku masuk ke dalam kereta setelah siap mengisi minyak. Aku nak balik, nak terus mandi. Tak ada kerja, aku boleh terus tidur. Maklumlah, kerja melambak dekat pejabat, balik rumah memang aku rehat cukup cukup.

Sedang aku leka memandu ke rumah, telefon aku lagi sekali berbunyi. Dah lah bateri telefon aku tinggal 21%. 

Siapa pula yang telefon ni?. Aku hanya memerhati skrin telefon. Nombor tak dikenali. Tak silap aku, ni nombor sama yang telefon aku tempoh hari?. Tak silap aku lah.

"Ish, takut pula aku nak jawab. Siapa pula ni?. Nak main main dengan aku ke apa?." 

Aku berdecit sebelum kembali fokus dalam pemanduan. Sampai rumah nantilah aku jawab. Aku memandu sehingga sampai ke kediaman rumah. 

Keluar saja daripada kereta, aku mencapai handbag dan masuk ke dalam rumah. 

Belum sempat aku melangkah masuk, seseorang menekup mulut aku kasar daripada arah belakang. Aku meronta ronta minta dilepaskan tapi dia memaksa aku masuk ke dalam dan pintu dikunci. 

" Hai sweetheart..." 

DEVILWhere stories live. Discover now