EVIL 53

464 19 0
                                    

MALIQUE HAIDER

 Haura memandang aku tak percaya. 

Dia melepaskan tangan aku dan berlari ke puncak bukit sana. Aku tersenyum melihat dia teruja. Bukit ni menghijau dan cantik. Boleh nampak cahaya matahari daripada sini.

" Wah.... cantiknya tempat ni." 

Aku berdiri di sebelahnya yang masih tersengih memandang matahari petang dan kaki bukit sana. Aku pernah ke sini dahulu waktu kecil kecil tapi bila dah besar, aku jarang nak ada masa ke sini.

Dia menarik tangan aku untuk duduk bersama dengan dia. Haura melunjurkan kakinya ke hadapan sambil merenung permandangan langit senja. Aku tersengih memandang wajah cerianya sebelum ikut sama merenung langit.

" Waktu aku pindah sini dulu dulu, aku suka jalan sorang sorang, tak suka bercampur sampai aku jumpa tempat ni. Bila aku balik sekolah, aku lepak bukit ni sampai petang. Lepas tu baru aku balik." 

Aku membuka semula cerita ketika aku remaja.

" Kau bukan duduk sini dulu?." 

Haura memandang aku pelik. Aku menggeleng perlahan. Aku tinggal dekat tempat yang tak ada orang. Hanya aku, ibu dan ayah. Aku tak ada sahabat ataupun tempat berbual. Hanya ibu dan ayah.

" Kau tak pernah cerita macam mana mak ayah kau meninggal. Aku tahu soalan aku tak sesuai untuk disoal tapi... aku cuma nak tahu. Kalau kau tak okay nak bercerita, aku faham." 

Haura tersengih kecil. Aku memang dah lama nak cerita dekat dia, tapi aku tunggu masa yang sesuai.

" Diorang pergi rumah mangsa banjir, nak melawat. Aku ada sekali tapi diorang semua mati termasuk mak bapak aku disebabkan letupan tu. Macam mana aku boleh selamat?. Sebab aku duduk sorang sorang jauh daripada kawasan tu." 

Haura hanya merenung wajah aku sepanjang aku bercerita. Dia menggenggam tangan aku sebelum dikuncupnya sekali. Aku berdendam dengan Kamal tapi aku boleh maafkan dia sebab bukan dia puncanya. Ren, tapi dia dah lama mati.

" Habis tu, macam mana kau boleh jumpa keluarga Antoine?." 

Dia menyoal lagi. Aku mengecilkan mata, memikirkan waktu pertama kali aku berjumpa si Antoine tu. Aku pun dah lupa tapi apa yang aku ingat....

" Aku tinggal dengan pakcik aku. Tapi lepas dia mati sakit tua, keluarga Antoine ambil aku jadi anak angkat sebab diorang rapat dengan pakcik aku. Aku tak kenal Antoine tapi dia beriya nak kawan dengan aku. Jadi, dia kenalkan aku dengan Amanda... Alex.. Harris." 

Aku tersenyum apabila terbayang waktu kekoknya aku nak bercakap.

" Aku tak boleh bayang macam mana kau waktu remaja dulu. Hensem macam ni ke, atau lagi hensem?." 

Haura tergelak kecil. Aku mengeluarkan sekeping gambar yang semakin lusuh daripada dompet aku. Walaupun buruk, tapi tinggi nilai harganya di mata aku.

" Nah." 

Aku menyerahkan gambar waktu aku dan diorang ketika sekolah menengah dulu. Haura mencapainya dan tekun menilik satu persatu wajah di dalam gambar tadi. Dia tersengih melihat. 

" Ni kau ke?." 

Dia menunjuk gambar aku yang berdiri tanpa senyuman. Aku mengangguk kecil. Memang tu aku. Mula mula, aku tak nak join diorang tapi nak buat macam mana kalau dah dipaksa?. Aku ikutkan juga.

" Auww, comelnya. Kau memang suka buat rambut tutup dahi ke?. Lain sangat tapi still hensem." 

Haura menyerahkan gambar tadi ke aku semula. Selepas 2 minit mendiamkan diri, Haura mengeluh perlahan.

" Kalaulah kita boleh putarkan balik masa, mesti semua ni tak jadi macam ni." 

Haura berbaring memandang langit sambil meletakkan tangannya di atas perut. Aku mengerutkan kening memandangnya pelik.

" Kenapa kau cakap macam tu." 

Kenapa, dia taknak aku dengan dia bertemu?. Atau dia taknak semua peristiwa buruk ni terjadi dekat dia?.

" Yelah. Kalau Ren tu tak bunuh mak ayah kau, mesti kau happy dengan diorang sekarang. Kau takkan rasa keperitan tu semua." Haura merenung aku simpati. Aku hanya terdiam sebelum mengeluh perlahan. Tu je ke?.

" Kita semua belajar daripada kesilapan. Akan ada satu masa yang mengajar kita jadi dewasa. Aku takkan jadi berani, aku takkan berani nak tentang musuh aku. Kau pun sama. Mesti ada masa silam yang ubah diri kau." 

Aku berbaring di sebelahnya sambil menongkat tepi kepala aku.

" Aku tahu tu. Aku cuma rasa tak adil je. Kenapa orang membesar tanpa ada masa hitam?. Diorang happy, ada keluarga yang bahagia, ada mak ayah.... tapi kita tak ada apa yang diorang ada." Haura memandang aku mencuka.

Aku tergelak kecil mendengar luahannya. Aku merapatkan tubuh dengannya. Dia mengalas kepalanya dengan lengan aku. Aku tak pernah cemburu dengan kehidupan sesiapa sebab aku bahagia dengan jalan cerita aku sendiri.

" Sebab kau perlukan seseorang macam aku. Bersyukur dengan kehidupan kau sendiri." 

Aku memejamkan mata, menikmati suasana yang indah ni, angin yang berderu lembut bersama Haura di sisi aku.

" Boleh ke orang macam kita bahagia?." Soalan Haura membuatkan aku mencelikkan mata. Soalan tu memang pernah bermain di fikiran aku tapi aku percaya dengan takdir aku sendiri. 

" Kau akan bahagia dengan aku, Haura. Percaya cakap aku." 

Aku menguncup sekilas dahinya. Aku dah janji dengan diri aku yang aku akan jaga dia sampai aku mati. Dia dah jadi sebahagian daripada hidup aku. 

" Thank you." 

Dia mengeratkan pelukan. Aku tersenyum kecil, membiarkan keadaan kami begini untuk beberapa minit lagi. Memang aku dengan dia tak ada plan apa apa tapi aku ada idea nak bawa dia ke sini.

" Kau tak rindu mak ayah angkat kau?." 

Heh, siapa tak rindu mak bapak 'sendiri'?. Cuma aku taknak kacau Antoine buat masa ni. Biarlah dia luang masa dengan keluarga dia. Budak tu pun memang dah bertahun tak balik rumah. 

" Kau tanya soalan apa ni?." Dia tergelak kecil.

" Tak adalah. Aku teringin nak jumpa mak ayah korang. Alang alang tu aku boleh bawa papa sekali. Aku nak ucap terima kasih dekat diorang sebab sudi jaga kau." 

Aku mengampu belakang kepala aku dengan lengan lagi sebelah. 

" Nanti aku bawa kau jumpa diorang. Tapi bukan waktu sekarang." 

" Kenapa?."

" Sebab aku nak spend masa dengan kau dulu sebelum jumpa diorang."

Aku menolehkan kepala ke arahnya. Haura tertawa kecil sebelum dia mengangkat kepalanya, mencium lembut hujung hidung aku dan kembali berbaring di sebelah aku. 

" Bestnya kalau duduk sini hari hari?."

Haura tersenyum merenung langit. Aku tersenyum lebar melihat dia tersenyum begitu. Aku dan dia menghabiskan masa berdua di bukit sehingga malam menyapa.

Selepas dah gelap, aku dan Haura bangkit daripada perbaringan. Belakang badan aku kibas perlahan dan menuju ke kaki bukit. Haura mengikuti langkah aku tanpa berkata apa apa. 

Memandangkan hari dah semakin senja, aku kena balik rumah awal supaya esok aku dan Haura tak lambat masuk kerja. 

Ada banyak benda yang aku kena buat dekat pejabat nanti sebab Amanda tak ada, jadi aku yang kena uruskan benda alah tu semua.

DEVILWhere stories live. Discover now