EVIL 26

622 30 0
                                    


" Haura... bangunlah, kita dah sampai." 

Aku membuka mata perlahan saat bahu aku dipegang lembut. Suara Harris menyedarkan aku daripada tidur yang lena. Amanda di hadapan aku sudah hilang entah ke mana.

Aku meregang sedikit tubuh apabila terasa kepala aku sakit. Mana taknya, aku tidur dekat kerusi sedangkan ada ruang tidur di belakang sana. Aku bangun sebelum turun daripada jet.

 Hampir 15 jam menunggu, akhirnya sampai juga ke tanah Athens, tanah yang penuh dengan berjuta sejarah. Kedatangan kami disambut beberapa pemandu pelancong. Aku mengikut langkah mereka sehingga masuk ke sebuah kereta limousine. 

Disebabkan hampir pagi, jadi aku nak terus mandi apabila sampai di hotel dan ambil angin disekitar sana. Mesti cantik kan pemandangan pagi dekat sini?. Aku teringin nak melancong tapi tak ada masa. Dengan kerja yang terlampau banyak, aku memang sibuk.

" Kau okay kan kalau tinggal serumah dengan kitaorang ?. Kalau kau tak selesa, aku boleh beli rumah untuk kau." 

Amanda memandang aku dengan senyuman. Hah, beli rumah!. Dia gila ke apa?. Aku bukannya selalu datang sini. 

" Eh, tak apa. Aku okay je. Kalau aku duduk sorang sorang, aku bosan pula nanti." 

Aku tersengih memandang dia. Tapi aku ingatkan kita akan tinggal dekat hotel. Mudahnya diorang beli rumah dekat sini?. Macam tu je?.

" Antoine, kau tahu kan aku tak suka..." 

Aku memandang Antoine di sebelah aku. Belum sempat dia keluarkan sebatang rokok, Amanda sudah menegahnya. Ouh, dia perokok ke?. Dia terdiam sebelum mengeluh. Rokok tadi disimpan semula.

" Kau kena sabar, nanti sampai sana kau habiskan sekotak terus." 

Alex di hadapannya bersuara selamba sebelum menyilang kakinya. Mereka tergelak sama sama. Amanda sudah menjeling. Marah betul. 

" Nanti panggil aku sekali." 

Harris di sebelah Amanda bersuara selepas lama mendiamkan diri. Dia tersengih jahat sebelum Amanda mencubit lengannya. Dia mengerang sakit sambil menggosok lengannya yang dicubit.

" Kau jangan eh. Kau cakap kau dah berhenti kan?." 

Aku tersengih melihat gelagat mereka. Ghibran tak ada sebab dia dah pergi dulu. Katanya nak pastikan keselamatan kami sebelum sampai. Dia sentiasa berhati hati.

Kereta yang dipandu akhirnya tiba di sebuah banglo yang terletak di bukit sana, betul betul di tebing laut. Aku sentiasa jakun dengan kejutan. Rumah tadi cantik dan nampak klasik. Kereta di berhentikan di hadapan pintu rumah. 

" Kita dah sampai. Kau buatlah macam rumah kau sendiri. Kalau kau ada apa apa, kau cari je maid." 

Aku mengangguk sambil berjalan di sebelah Amanda. Beg bagasi aku dibawa seorang lelaki ke sebuah bilik di tingkat atas. Bila aku tengok tangga, berpusing pusing mata aku. 

" Rest Well, Ms." 

Dia menundukkan sedikit badannya dan berlalu pergi. Aku tersenyum sebelum masuk ke dalam bilik luas tadi. Tak terhenti senyuman aku apabila melihat atas katil ditaburi dengan kelopak ros merah. Macam honeymoon set.

Pintu balkoni aku buka sebelum berdiri di tengah tengahnya. Mata aku tertacap ke arah laut yang berombak. Burung Camar yang berterbangan mengeluarkan bunyinya. Telinga aku menangkap jelas bunyi ombak. Tenang dan nyaman.

Selepas puas memandang laut, aku menuju ke arah beg bagasi dan mengeluarkan pakaian untuk pagi ini. Selepas mandi, aku rancang nak jalan jalan di sekitar sana. Mungkin aku boleh tangkap gambar buat kenangan.

DEVILWhere stories live. Discover now