EVIL 13

860 44 0
                                    


Mata aku merenung pemandangan laut daripada atas. Kaki mengorak langkah, berjalan di sekitar sambil memeluk tubuh. Bunyi ombak sedikit sebanyak menenangkan hati aku yang tak tenteram. Langit petang yang mula mengoren mencantikkan lagi ciptaanNya.

" Haura termenung apa tu?." 

Aku pantas memusingkan tubuh ke belakang apabila ada seseorang yang menegur aku daripada arah belakang. Papa tersenyum ke arah aku sebelum menghampiri aku.

" Tak adalah, Haura cuma ambil angin je dekat sini." 

Aku tersenyum lebar. Rambut yang pendek paras bahu beralun ditiup angin. Entahlah, aku sendiri tak tahu apa yang sedang aku fikirkan sekarang.

" Sejak kebelakangan ni, papa tengok Haura banyak diamkan diri, tak selalu bersuara. Haura simpan sesuatu daripada papa ke?." 

Papa memandang aku ingin tahu. Aku hanya mampu tersenyum. Setelah apa yang aku lalui, sedikit sebanyak ia mengubah personaliti aku. 

" Haura tak simpan apa pun, Haura cuma terfikir kenapa Malique masih selamatkan Papa walaupun dia benci keluarga kita?." 

Amanda bagitahu aku, Malique suruh Harris bawa papa ke sebuah tempat yang agak mewah, untuk jaga papa daripada sesiapa. Papa pulang dengan selamat dan dalam keadaan sihat.

Kalau dia betul betul nak hapuskan keluarga aku, dia akan bunuh papa mula mula lagi. Kenapa dia biarkan papa hidup?. Kenapa dia buat macam tu?. Papa tersenyum kecil sebelum dia memegang bahu aku.

" Malique tu budak baik sebenarnya. Papa selalu datang rumah keluarga dia, tengok dia membesar. Budak tu cuma nak tegakkan keadilan lepas mak bapak dia mati. Papa yang bersalah. Kalau papa tak setuju dengan plan Ren, semua ni takkan terjadi. Kalau papa tak abaikan dia..."

 Aku menyandarkan kepala di bahu papa.

" Semua ni berlaku sebab ada hikmah. Haura tak salahkan sesiapa dalam kes ni. Semua orang buat benda jahat bersebab." 

Aku tersenyum kecil. Kata kata Malique bermain main di akal fikiran aku. Tiba tiba saja rindu dekat dia. Aku rindu nak berlawan dengan dia.

Telefon yang bergetar di dalam poket jean, aku keluarkan. Panggilan daripada Amanda. Aku meminta masa untuk mengangkat panggilan. Aku bingkas bangun dan berjalan ke hujung sana.

" Ouh Amanda. Ada apa kau call aku?." Aku menyandarkan bahu kiri di pokok pinang yang ditanam sekitar tebing laut. 

" Malique dah sedar." 

Terus mati senyuman aku. Terus aku berdiri tegak sebelum memusingkan kepala memandang papa. Aku pantas mematikan panggilan dan menghampiri papa.

" Papa, Malique dah sedar." 

Papa yang terkejut dengan berita tadi pantas berdiri. 

"Baguslah. Cepat, pergi cepat." 

Aku mengangguk sebelum berlari masuk ke dalam rumah. Well, papa beli banglo baru yang berhadapan dengan laut. Jadi, aku tinggal dekat sini berdua dengan papa. Kunci kereta Ferrari dicapai dan segera memandu ke hospital.

****

" Haura." 

Amanda yang duduk di kerusi menunggu pantas mendapatkan aku. Tubuhnya aku peluk seketika. Aku memandang wad VIP yang menempatkan Malique sebelum memandang dia smula.

"Macam mana dengan dia?." 

Aku tak mampu menahan sabar. Amanda hanya mengeluh kecil. Dia menarik aku supaya duduk di kerusi. 

"Aku tak tahu tapi lepas Malique sedar, dia tiba tiba je kritikal. Cepat cepat aku panggil doktor." 

Aku menggenggam tangannya. Hati aku tak sedap. Hampir sebulan dia terlantar di hospital. Doktor sendiri tak tahu kenapa sedangkan tiada apa apa yang tercedera di kepalanya. 

" Harris pulak?." 

Amanda tersenyum kecil sebelum mengangguk laju.

" Dia semakin okay. Waktu kita bawa dia datang hospital, doktor cakap darah dia dah dijangkiti kuman tapi masih boleh diselamatkan. Nasib aku sampai awal waktu tu." 

Aku tersenyum lega. Baguslah. 

Rupanya, Amanda menghilangkan diri selama tu sebab dia dapat tahu Diego nak serang rumah Malique. 

Dan paling aku terkejut, dia bekerjasama dengan Antoine tanpa Malique tahu. Bila plan tak berjalan, Amanda terus datang sini bersama budak Antoine. Diego pula, dia dapat lepaskan diri. Tak guna punya baruah.

Selepas 20 minit menunggu, pintu wad terbuka luas. Aku dan Amanda pantas berdiri dan mendapatkan dotor lelaki tadi.

 Beberapa orang jururawat mendahuluinya. Doktor tadi mengukir senyuman.

" Macam mana dengan kawan saya doktor?." 

Amanda bersuara. Di wajahnya, jelas terpapar riak risau. Mana taknya, 13 tahun mereka berkawan. Kalau aku jadi dia pun, aku akan rasa benda yang sama.

" Malique baru sedar daripada koma. Dia tak Amnesia dan tak ada kesan kesan yang buruk, semuanya berada di bawah kawalan. Saya cuma nak ingatkan, dia mungkin akan muntah tiba tiba ataupun kejang perut. Jadi, kalau apa apa, panggil je nurse." 

Dia tersenyum. Aku dan Amanda mengangguk serentak. 

" Kami dah boleh tengok dia?." 

Amanda menyoal lagi. Doktor lelaki tadi pantas mengangguk dan memberi ruang untuk kami masuk ke dalam. Tak sabar rasanya nak tengok dia. Belum sempat aku melangkah, kaki aku terasa kejang tiba tiba. 

" Amanda, aku rasa kau masuklah dulu. Aku—aku nak pergi tandas sekejap." 

Jantung aku seakan tak mahu berhenti daripada berdegup kencang. Terasa tangan bergetar tiba tiba. Kenapa dengan aku ni?. 

" Ouh, okay. Jangan lama lama tau." 

Aku tersenyum kecil sebelum melangkah meninggalkan wad Malique. Aku berlari anak menuju ke tandas perempuan yang berdekatan dan berdiri di hadapan cermin. 

Tangan kanan dibawa ke dada. Perasaan gementar masih terasa. Sejujurnya, aku dah lama tak rasa benda benda macam ni. Kenapa ye?. Mata dipejamkan sebelum mencengkam rambut ke belakang. 

Rambut separas bahu diikat. Pili air dibuka dan menyapu air di wajah. Aku akan buat cara macam ni kalau aku nervous tiba tiba. Wajah ditelek di sebalik pantulan cermin.

" Bodoh punya Haura. Kau kenapa sial?." 

Aku menampar pipi aku beberapa kali. Mungkin aku ni terlalu ikutkan sangat perasaan. Aku sendiri tak pasti, perasaan apa. Selepas diri aku kembali tenang, aku melangkah perlahan menuju ke wad Malique.

Disebalik pintu cermin, aku nampak mereka semua sudah berkumpul. Amanda, Harris, Alex, Antoine dan Ghibran. Gelak tawa mereka berenam menyebabkan aku tersenyum kecil. Itulah yang aku nak tengok. Kebahagiaan. 

Saat Malique memaling pandangan ke arah pintu, pantas aku menyorok di dinding, tak mahu kantoi yang aku curi curi tengok. 

Akhirnya, semua ni berakhir. Tapi belum lagi. Selagi aku tak tangkap Diego, aku tak boleh aman. Dia dah banyak buat kacau dengan aku. 

Aku boleh cari dia sendiri untuk tuntut keadilan. 

Satu untuk kawan kawan aku yang dah mati disebabkan dia, dan kedua, untuk diorang semua. Walaupun tak ada arahan, aku tetap akan cari baruah tu. Itu tanggungjawab aku.

DEVILWhere stories live. Discover now