EVIL 22

729 33 0
                                    


Saat dia memandang aku, pantas pandang aku dialihkan. Papa tersenyum sebelum menolehkan sedikit badannya ke arah aku.

" Haura, come here, kita ada tetamu ni. Suprise!." 

Aku cuma tersenyum kecil sebelum melangkah ke arah papa. Aku tahu dia sedang memandang aku, tapi aku buat buat tak nampak. Dia lupa aku kan?. Kenapa aku masih terhegeh hegeh nak kejar dia?. Macam orang bodoh.

" Haura..."

 Amanda tersenyum ke arah aku sebelum dia berdiri. Dia memeluk tubuh aku seketika. Aku cuma menguntumkan senyuman. Aku tak tahu nak cakap apa.

" Haura tak excited?." 

Soalan papa membuatkan aku tersengih janggal. Of course aku teruja diorang semua dah balik, tapi pandangan Malique, buat aku jadi tak selesa. Dia seakan menikam, bukan memandang. 

" Encik Kamal, saya ada sesuatu nak berbual dengan Haura, boleh kan?." 

Amanda bersuara selepas 2 minit mendiamkan diri. Papa memandang aku sebelum pantas mengangguk.

Amanda mengangguk dan bingkas berdiri. Dia memandang aku sambil tersenyum lebar. Aku hanya mengikuti langkahnya ke luar rumah dan menuju ke gazebo. Dia duduk berhadapan dengan aku.

" Kau macam mana?. Okay?." 

Amanda memulakan perbualan. Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Dia memandang aku seperti ada sesuatu yang dia ingin perkatakan.

" Aku minta maaf sebab tak jumpa kau lepas kitaorang balik. Aku cuma perlukan masa untuk bagitahu kau. Aku betul betul minta maaf Haura." Dia beriak wajah sedih.

" It's okay. Aku faham. Jadi, kenapa kau nak jumpa aku?." Aku malas nak buang masa, straight to the point. Dia tertunduk sebelum tersenyum pahit. 

" Malique... Dia." Amanda terdiam. Malique?, kenapa dengan dia?. Kalau nak cakap yang Malique dah tak nak nak jumpa aku, aku malas nak dengar.

" Dia... dia hidap Cancer. Brain tumor. Tahap 3." 

Dia tak memandang aku. Dengan sekali nafas, terasa udara tersangkut di kerongkong aku. Kanser?. Ke–kenapa aku tak tahu?. Aku tak percaya yang... Malique hidap kanser. 

" 4 tahun yang lepas, masa dekat Madrid, Malique tiba tiba tak sedarkan diri bila habis meeting. Semua orang risau termasuk aku. Dan bila doktor keluarkan result darah dia, Malique hidap barah otak. Dia ada 5 tahun untuk hidup kalau tumor tu mula merebak. Mungkin lebih awal. Aku dan yang lain bawa dia pergi appointment dengan doktor, buat treatment dan lain lain cara untuk dia sihat. Doktor cakap semuanya bergantung pada kekuatan pesakit sendiri." 

Sekejap. 5 tahun?. Aku—aku mati kata. Ni semua betul betul ke?. Bukan main main kan?. 

" Dan bila dia pengsan untuk kali kedua, dia koma 2 minggu. Satu persatu dugaan yang mendatang. Disebabkan keradangan otak, dia mudah lupa nama dan wajah orang. Dia lupa semua orang termasuk aku. Kitaorang jaga dia setiap hari sampai dia hafal nama kitaorang." 

Lagi sekali aku tergamam. Jadi... disebabkan kanser tu, dia memang dah lupa tentang aku?. Sikit pun dia tak ingat?. Apa yang dia dah buat dekat aku?. Apa yang dia dah lalui dengan aku selama ni?. Dia lupa semua tu?. 

" Malique memang dah lupakan aku..."

 Terbeliak sedikit mata aku mendengar pejelasan daripada Amanda. Jadi, semua ni betul?. 

" Kau jumpa dengan Malique?." Amanda nampak macam terkejut. Dengan keluhan, aku mengangguk perlahan. 

" Waktu event tu, aku jumpa dia. Aku ada sekali tapi dia tak kenal aku. Aku ingat dia sengaja tapi—" 

DEVILWhere stories live. Discover now