" Kalau syarikat fokus pada nilai keuntungan projek, plan tu tak semestinya berjaya sebab nilai projek boleh berubah kalau hasil kerjanya menepati syarat."
Sambil duduk menyilang kaki, aku menyelak satu persatu kertas kerja. Patrick di hadapan aku mengangguk faham.
" Tapi tak boleh juga. Ayah pun tahu kan yang syarikat kita besar?. Kita cuma pilih projek yang besar je."
Alexandre menyelit. Aku langsung tak menghiraukan dia. Kalau itu cara dia berfikir, dia takkan mampu potong aku.
" Kalau kita mampu tarik kepercayaan syarikat lain dalam projek kecil, semakin banyak peluang untuk kita dapat projek yang nilainya besar." Aku cuba menyakinkan Patrick.
" Kalau macam tu, Alexandre, kau beritahu ayah apa plan kau untuk kukuhkan kewangan syarikat?."
Ayah meminta pandangan Alexandre pula. Dia tersenyum sebelum mengangkat badannya daripada bersandar.
" Kita boleh beli projek daripada syarikat lain. Dari situ, dana yang kita dapat semakin meningkat." Aku tersengih kecil.
" Macam mana kalau syarikat lain ambil kesempatan atas projek yang kita beli?. Contohnya letak nilai yang tinggi?. Kalau syarikat tak berjaya nak uruskan projek tu, kita terpaksa tanggung kerugian yang besar."
Tangan bermain dengan gelas terisi wine.
" Aku yang uruskan syarikat selama ni. Jadi aku tahu apa yang aku buat. Lagipun rancangan tu berjaya je salama ni."
Alexandre merenung aku tak puas hati. Patrick memandang aku, inginkan jawapan aku lagi.
" Sebanyak 3 juta Euro habis dalam setahun. Itu yang kau cakap kewangan kukuh?. Kau jual projek syarikat demi projek besar?."
Aku memandang Alexandre sambil mengangkat sebelah kening. Dia mengetap rahang, tak puas hati.
" Macam mana—."
Patrick memandang Alexandre terkejut. Dia memandang aku pula. Aku mencampak segala senarai pengurusan kewangan syarikat sejak 5 tahun yang lalu. Setakat nak godam sistem syarikat, bukan masalah aku.
Patrick meneliti senarai tadi dengan mata yang terbeliak. Dia juga tak percaya. Cermin matanya ditanggalkan sebelum memegang dahinya, tak percaya.
" Ayah terlalu sibuk dengan politik, jadi ayah serahkan syarikat pada Alexandre. Ayah tak sangka..." Patrick memandang Alexandre. Lelaki tu tertunduk, takut dengan bapak dia sendiri.
" Kerja aku dah selesai. Aku pergi dulu."
Aku bangkit dan membawa gelas wine tadi ke bilik aku. Heh, kau bodoh Alexandre. Dengan sikap tamak kau, takkan pergi mana mana. Sesampai di bilik, aku menghampiri Balkoni.
Langit hitam tanpa bintang aku renung. Tiba tiba saja aku rindu suasana negara sana. Entah kenapa tapi suasana dekat sini jauh berbeza dengan suasana dekat sana. Aku boleh rasa. Mungkin sebab aku masih janggal untuk tinggal dekat Paris.
***
" Woi budak malang!."
Langkah aku terhenti. Aku kenal suara tu. Aku menoleh ke belakang, Alexandre. Dia menghampiri aku. Dia sudah siap siap untuk ke pejabat. Aku memandang renungan tak puas hatinya dengan pandangan bosan.
" Kau jangan ingat aku boleh biarkan kau dapat kepercayaan ayah. Aku akan pastikan aku yang waris segala harta ayah. Dan lagi satu, kalau kau taknak mati sekejap lagi, baik kau berambus sekarang juga."
Dia memandang aku seakan yakin dengan dirinya. Aku tergelak kecil. Tak pernah berubah.
" Kenapa?. Kau takut aku dapat harta dia?. Jangan risau sebab aku tak berminat satu pun. Aku tak nak tergesa gesa. Esok aku balik."
YOU ARE READING
DEVIL
Action"Separuh daripada hasil niat baik itu jahat dan separuh hasil niat jahat itu baik." - DEVIL. Pertemuan aku dengan dia, lelaki yang sentiasa menyeksa jiwa dan raga aku. Kehadiran dia membawa 1001 bala dalam hidup aku. Membencinya adalah satu cara un...