EVIL 23

755 29 0
                                    


" Papa tak tahu yang Malique rapat dengan Haura. Papa ingat... Haura cuma rakan sekerja dia je. Lagipun dia langsung tak tanya papa pasal Haura. Pasal dia hidap kanser pun papa tak tahu. Serius." A

ku mengeluh kecil. Memanglah dia tak ingat aku, sebab malaun tu amnesia. 

Kalau diikutkan, dia ada 5 tahun untuk hidup. Dengan kekuasaan Tuhan, dia akan sembuh. Aku bukan Tuhan, dan aku tak tahu. 

Aku mengharapkan yang terbaik untuknya. Kalau meluangkan masa dengan dia boleh kembalikan ingatan dia, aku akan cuba sedaya upaya yang aku boleh.

" Tak apalah papa. Dia dah balik, dan Haura pun dah jumpa dia. Haura cuma nak dia sihat macam dulu dulu." 

Aku tersengih sebelum berlalu ke luar rumah. Dah pukul 5.30, tapi si Malique ni tetap tak datang datang lagi.

" Haura nak pergi mana pulak ni. Takkan balik kerja terus nak keluar?." 

Papa duduk di kerusi. Aku mencapai kunci kereta BMW milik Malique dan memandang papa. 

" Haura ada benda nak settle Malique. "

 Aku menggoncang kunci tadi dan pantas keluar. Daripada papa soal aku lebih banyak soalan, baik aku keluar dulu. Nampaknya, papa tak tahu apa apa pasal Malique. 

Waktu event tu, mereka semua plan nak sambut kepulangan Malique. Papa ajak aku sebab teman dia. Rupa rupanya, Malique dan papa dah berbaik tanpa aku tahu. Mereka selalu berjumpa sebelum dia berangkat ke Spain. 

Malique banyak simpan rahsia dengan papa. Aku kena tahu jugak !!. Papa memang dah tak boleh dipercayai lagi. Aku selalu je ketinggalan.

"Jangan balik lambat!." 

Papa menjerit daripada luar. Aku dengar tapi pura pura tak dengar. Tengoklah, terserah pada masa. 

Lebih 20 minit menunggu, akhirnya kereta seseorang yang aku tunggu berhenti di luar pagar. Aku tersenyum sebelum mendapatkan dia di luar. 

Dia tak keluar daripada perut kereta, nak bukakan pintu kereta untuk aku. Dia cuma duduk saja, menunggu aku masuk ke dalam. 

" Excuse me." 

Tingkap keretanya aku ketuk beberapa kali. Dia menurunkan tingkap dan memandang aku tanpa riak. Aku tersenyum sebelum menunjukkan dia kunci kereta lamanya.

" Kita tak boleh naik kereta kau, kita kena naik kereta kau." 

Aku tergelak kecil. Apa beza kereta kau, dengan kereta kau?. Sama je kan?. Dia cuma tersengih kecil sebelum memandang aku sinis.

" Aku tak ada masa nak layan lawak bodoh kau. Masuk cepat." 

Dia naikkan semula tingkapnya tapi aku pantas menahan. Sabarlah ye pun dia ni.

" Maksud aku, kau kena bawa kereta kau. Kereta lama kau. BMW, kau lupa?." 

Sengaja aku nak menguji  tahap ingatan dia. Aku tahu dia lupa tapi saja nak tengok dia jadi orang bodoh. Haha.

 " BMW?. Aku tak per—."

" Dah dah, jangan nak banyak cakap pulak. Kau kena bawak BMW, bukan Chevrolet Camaro kau ni. Faham?." 

Aku nak dia ingat. Dengan kereta tu, dia kejar Diego. Dengan kereta tu, aku larikan diri. Kereta tu kesayangan dia. Dia akan ingat, percayalah.

Dia mengeluh kecil sebelum membuka pintu kereta mewahnya ni. Jangan risau, rumah aku ada security, takkan hilanglah kereta mahal dia ni. 

Aku tersengih sebelum dia melanggar bahu aku kasar. Amboi, main kasar nampak?. 

" Nah."

 Selepas dua dua masuk ke dalam kereta, aku menghulurkan kuncinya. Dia mencapai perlahan sebelum mengerutkan kening. 

DEVILWhere stories live. Discover now