EVIL 46

530 21 0
                                    


ALEX

Aku menutup api gas sebelum menuang bubur di dalam mangkuk kaca. 

Setakat buat bubur ni, bolehlah ada rasa. Aku membawa dulang berisi bubur dan air suam tadi naik ke atas. Pintu bilik ditolak menggunakan kaki. 

Dulang diletakkan di atas meja sebelum aku mendekati dia yang sedang berbaring di atas katil. Terlalu sakit sehingga dia tidur tak bangun bangun. Aku duduk di birai katil sambil merenung wajahnya yang lebam lebam. 

Nasib jantan tu dah dikurung sementara. Kalau dia terlepas, memang aku cari dia sampai lubang cacing. Cibai betul. Aku dapat dengar dengkuran halusnya. Perlahan lahan, aku memegang bahunya.

" Woi, bangunlah." 

Aku menggoncang lembut bahunya. Aku tak ada niat nak ganggu dia tidur tapi kalau dia tak makan, bertambah pula masalah nanti. Yang susahnya, aku. Bukan orang lain. Dia perlahan lahan membuka mata.

" Makan ni. Aku dah buatkan bubur untuk kau." 

Dia mengerutkan kening sebelum perlahan lahan bangkit daripada baringnya. Mangkuk bubur aku bawa di atas peha. Aku memandang tangan kirinya yang dibalut.

" Nah. Aku kena keluar ni. Kau boleh kan makan sendiri?." 

Petang ni Malique ajak aku settlekan mamat jahanam tu. Jadi, aku kena sampai awal. Tangan kanan dia okay, boleh makan guna tangan. Dia mengangguk.

" Kalau kau nak apa apa, ada orang dekat bawah. Kau boleh percayakan dia." A

ku berdiri dan menyeluk tangan ke dalam poket jean. Wajah lebamnya aku renung seketika. Diaz ada boleh jaga dia sekejap. Mamat tu bukannya tak ada awek, nak temankan Fiona.

" Alex..." 

Aku yang baru nak menutup pintu biliknya segera memandangnya. Dia memandang aku dengan senyuman kecilnya.

" Saya minta maaf sebab susahkan awak." 

Aku kesiankan dia. Mata dia bengkak, pipi dia lebam. Memang tu tugas aku, memastikan perempuan tak ditindas dengan lelaki yang jahanam macam baruah tu. Bukan nyirap darah aku je nak ingat.

" Takde apalah. Habiskan bubur tu, penat aku masak untuk kau."

 Aku menguntum senyuman kecil sebelum turun ke ruang tamu. Malique ada whatsapp aku tadi, suruh datang rumah dia. Aku cuba yang terbaik untuk pastikan Fiona selamat.

Bila bila masa nanti, aku melawat mak dia dekat hospital pula. Mesti berat dugaan yang mak dia hadap sampai tak mampu kawal perasaan. Berkat usaha dia, sembuhlah nanti. Dia mesti tak percaya yang anak dia masih hidup.

" Woi Diaz." 

Aku turun daripada tangga dan menghampiri Diaz dan rakan rakannya yang sedang duduk di sofa sambil merokok. Dia menoleh ke arah aku sebelum tersengih kecil. Kawan kawannya juga kenalan rapat aku juga. 

" Kau panggilah awek kau datang sini, temankan perempuan tu dekat atas. Aku nak jumpa Malique sekejap." 

Aku menarik puntung rokok yang dikemamnya dan dicampak ke dalam bekas rokok. Tau nak menghisap je kerja.

Dia tersengih sebelum mengangguk laju. Aku menyapa mereka sebelum berlalu pergi. Aku tak kisah nak kongsi rumah dengan diorang. 

Kadang kadang tu, kalau aku balik lambat, diorang still lagi melepak dekat ruang tamu. Mak bapak korang tau, sia sia je kena belangkung nanti. Aku tak nak tanggung. 

Aku menghidupkan enjin kereta dan lantas memandu. Call daripada Harris aku biarkan. Bukannya aku tak gerak lagi. Tak boleh sabar seminit ke?. 20 minit memandu, akhirnya aku sampai ke rumah lama, tempat kitaorang jumpa Malique.

DEVILWhere stories live. Discover now