Jambangan bunga ros merah dipeluk erat sebelum melangkah memasuki bangunan hospital. Spek mata hitam yang dipakai dibetulkan sedikit kedudukannya. Semua yang memandang aku hiraukan. Tak ada yang menarik pun renung aku lama lama ni.
Pintu wadnya aku ketuk beberapa kali sebelum kaki melangkah masuk ke dalam. Aku tak tahu pula yang dah ramai dekat sini. Amanda, Harris, Alex, Ghibran dan Antoine sudah sampai terlebih dahulu.
" Haura."
Amanda yang sedang duduk pantas berdiri untuk mendapatkan aku. Dengan senyuman yang tawar, aku memeluk tubuhnya seketika. Dia yang tinggi daripada aku, memegang bahu aku.
" Aku nak ucap terima kasih dekat kau sebab kau berjaya gembirakan dia lebih daripada aku gembirakan Malique... "
Dia tersenyum lebar. Aku juga turut tersenyum sebelum memeluk tubuhnya perlahan. Aku faham perasaan mereka sangat sangat. Malique dah banyak berubah. Dia tak lagi macam dulu.
Rupanya, Amanda bawa Malique balik sini sebab dia nak Malique terima rawatan di sini. Dia nak aku yang jaga Malique. Walaupun mereka senang di sana, tapi Malique menderita. Dia nak Malique terima rawatan yang sebaiknya di sini.
Harris, Antoine, Ghibran dan Alex melangkah meninggalkan ruang wad bersama Amanda. Mereka sempat menghulurkan senyuman ke arah aku.
Dengan langkah yang perlahan, aku menuju ke katil Malique. Dia sedang duduk bersandar sambil memeluk sebelah lutut. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap.
" Woi."
Aku menegur dia dengan senyuman. Malique yang sedang memandang tingkap pantas menoleh ke arah aku. Walaupun bibirnya pucat lesi, tapi senyumannya masih manis di mata aku.
" Tengok apa aku bawa untuk kau ni. Aku bawa bunga!." Aku menghulurnya jambangan bunga ros merah tadi ke arahnya.
Dia tergelak kecil sebelum mencapainya. Aku menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.
" Kau macam mana?. Rasa okay.... atau tak?." Aku memandang dia dengan senyuman kecil. Dia cuma tersenyum sebelum menjongketkan bahunya.
" Bad. Aku tak rasa apa kecuali sakit. Aku tak boleh tidur sebab sakit sangat."
Dia memegang kepalanya yang tersarung topi bulu. Nampak comel sangat. Badannya semakin susut, keadaan dia semakin teruk dan dia selalu mengerang sakit kepala.
Aku hanya mampu bersimpati dengan nasibnya. Dia tanggung sakit tu sorang sorang. Aku menggenggam tangannya sebelum mencium lembut.
Baru beberapa hari selepas dia buat pembedahan buang tumor. Semuanya berjalan dengan lancar cuma dia selalu sakit kepala. Doktor kata tu semua kesan daripada pembedahan.
" Kau akan sihat. Percaya cakap aku Malique, kau akan sihat macam dulu dulu. Kau tahan sikit eh?."
Dia memerhatikan wajah aku lantas mengangguk. Aku tersenyum melihat dia gembira. Selagi dia masih di sisi aku, aku akan buat dia gembira sampai nafasnya di hujung.
" Aku teringin nak tengok matahari, tak tahu kenapa tiba tiba. Kau teman aku boleh?."
Malique memandang ke arah luar. Dia semestinya bosan sebab beberapa hari duduk terperap dekat dalam bilik ni. Aku mengangguk laju dan mendapatkan wheelchair untuknya.
YOU ARE READING
DEVIL
Action"Separuh daripada hasil niat baik itu jahat dan separuh hasil niat jahat itu baik." - DEVIL. Pertemuan aku dengan dia, lelaki yang sentiasa menyeksa jiwa dan raga aku. Kehadiran dia membawa 1001 bala dalam hidup aku. Membencinya adalah satu cara un...