" Haura!!."
Amanda mendepakan tangan, menjerit keriangan apabila melihat aku tiba di banglo mewahnya. Malique melepaskan genggaman tangan aku dan aku berlari mendapatkan Amanda.
" Kenapa kau lambat?."
Kami berpelukan. Aku tergelak kecil sebelum melepaskan pelukan. Dengan senyuman, aku memegang bahunya.
" Aku busy tadi, balik lambat. Aku dah sampai kan?. Jomlah."
Amanda sama sama tergelak dan menarik tangan aku masuk ke dalam rumahnya. Dia dengan Harris dah kahwin terlebih dahulu daripada aku. Jadi berita tu memang betul.
Semua orang ada. Keluarga Amanda, keluarga Harris pun ada dekat sini. Malique sudah ke ruang tamu untuk bertemu rakan rakannya yang lain. Aku bersalaman dengan mama Amanda dan Harris. Meriah je keluarga diorang berdua ni.
" Fiona..."
Aku menyapa Fiona dan dia memeluk aku seketika. Dia dah nampak lebih berisi daripada dulu. Dia lebih cantik dengan dress hitam yang tersarung di tubuhnya.
" Awak datang dengan Alex ke?."
Dia mengangguk kecil dengan senyuman di bibir. Wow, aku dah boleh bau aura diorang berdua ni. Aku tersengih sebelum memandang Alex di hujung sana.
" Macam ada apa apa je ni?."
Aku saja nak menyakat. Fiona tergelak kecil sebelum dia menggeleng laju.
" Saya dengan dia kawan je. Lagipun saya dah ada kerja, saya akan sewa rumah nanti. Saya nak tinggal dngan mama saya. Saya.... dah tak nak susahkan dia lagi."
Fiona menoleh ke belakang, memandang Alex. Aku faham apa yang dia kata. Kalau aku jadi dia, aku juga malu nak susahkan orang.
" It's okay. Saya tengok, dia memang betul betul nak tolong awak. Saya tahu dia baik."
Kami berdua tersenyum dan aku mengajak dia makan sekali. Memang riuhlah jawabnya bila dua dua keluarga ada dekat sini.
Amanda dan Harris semestinya mengutamakan keluarga diorang, jadi kitaorang makan tanpa hiraukan diorang berdua. Aku memandang Amanda duduk di sebelah mamanya sambil bergurau senda.
Kalau ada peluang untuk aku jumpa mama, aku teringin nak peluk dia. Aku nak bergurau dengan mama macam tu juga. Aku rindu nak tengok wajah cantik mama. Walaupun waktu tu aku kecil lagi, tapi wajah mama tak pernah terpadam daripada benak otak aku.
Sebak pula tiba tiba. Aku menarik nafas panjang dan kembali menguis makanan. Tak terasa lapar pula. Aku bangkit dan meminta diri untuk keluar sekejap. Aku memang macam ni. Tak nak orang tahu yang aku sedih, jadi aku suka bersendirian.
Aku memeluk tubuh sambil membawa diri ke bangku panjang di luar rumah. Aku duduk dan memandang langit yang serba hitam. Hanya cahaya bulan dan sinaran bintang yang menghiasi langit malam. Cantik ciptaanNya.
Cikgu tadika aku orang kristian. Dia kata, bila orang mati, dia jadi bintang di langit. Aku langsung tak percaya. Mana mungkin orang jadi bintang lepas mati?. Karut betul. Semestinya mereka di alam yang aku tak mungkin nampak dengan mata kasar aku.
" Mama.... Haura rindu mama."
Aku tahan selagi boleh air mata daripada mengalir supaya tak rosakkan mood aku malam ni. Aku taknak orang sedar kesedihan aku. Aku hanya mahu orang tahu yang aku gembira.
" Kau buat apa duduk luar ni?."
Aku segera mengesat air mata yang bertakung di kelopak mata apabila satu suara menegur aku. Aku memandang Malique yang menghampiri aku. Dia duduk di sebelah aku, memandang wajah aku.
YOU ARE READING
DEVIL
Action"Separuh daripada hasil niat baik itu jahat dan separuh hasil niat jahat itu baik." - DEVIL. Pertemuan aku dengan dia, lelaki yang sentiasa menyeksa jiwa dan raga aku. Kehadiran dia membawa 1001 bala dalam hidup aku. Membencinya adalah satu cara un...