EVIL 43

507 21 0
                                    

ALEX

" Saya nak terima kasih dekat awak sebab dah bagi saya tumpang dekat rumah awak. Saya harap saya dapat jumpa awak satu hari nanti." 

Perempuan tadi berdiri di hadapan aku dengan senyuman kecilnya.

Aku tak ada jawapan untuk tu. Mungkin satu hari nanti tapi aku tak pasti bila. Ghibran yang akan hantar dia. Aku penat, tak ada tenaga nak memandu. Jadi, aku minta bantuan Ghibran untuk tolong dia jumpa mak dia dekat hospital.

Aku memeluk tubuh sambil mengangguk. Dia masih perlukan masa untuk kejar apa yang dia nak. Masih belum terlambat lagi. Aku tak ada hak nak halang dia.

Dia memusingkan tubuh sebelum masuk ke dalam perut kereta. Saat kereta Ghibran keluar daripada kawasan perumahan, satu keluhan berat akhirnya aku lepaskan.

Dia tak tahu apa apa pasal dunia sekarang. Dia masih mentah dan naif untuk lindungi diri dia tapi aku tak boleh buat apa apa. Aku kena hantar dia juga balik jumpa mak dia.

Sebab aku ada banyak lagi tugas yang belum selesai. Musuh kitaorang ramai. Sama ada yang hidup atau yang dah mati. Aku tak nak dia ambil risiko untuk ada dengan aku. Bahaya.

"Aku harap kita takkan jumpa lagi." 

Aku memandang seketika ke arah  langit yang cerah sebelum masuk ke dalam rumah. Aku melangkah ke arah dapur apabila meja dipenuhi dengan pelbagai hidangan.

Ada sepucuk surat di tepi pinggan kosong. Ouh, ni yang dia sibuk dekat dapur tadi. Memasak ke?. Tanpa menunggu masa, aku terus membaca surat tadi. Melihat emoji senyuman di awal ayat, aku juga turut tersenyum.

'Memandangkan ini hari terakhir saya dekat sini, saya ada tengok video memasak. Saya harap masakan saya ni tak mengecewakan. Terima kasih juga sebab ajar saya main telefon, guna mesin basuh dan macam macam lagi. Terima kasih banyak banyak.' Fiona

Aku tersenyum kecil sebelum meletakkan surat tadi di atas meja semula. Dia ingat aku mampu ke nak habiskan ni semua?.

" Diaz !."

 Aku memanggil nama rakan aku yang juga bersama sama tolong aku cari penjenayah. Dia budak Malique tapi disebabkan dia ikut aku dengan Ghibran turun padang, aku memang selalu kerjasama dengan dia.

"Ye saya." 

Diaz menuju ke arah aku dengan senyuman. Aku menarik kerusi dan memaksa tubuhnya duduk. Aku merendahkan tubuh sambil memegang kedua belah bahunya.

"Kau habiskan semua ni. Ajaklah member member kau yang lain, aku nak naik atas. Kau anggap je aku belanja korang semua." Aku menepuk nepuk bahunya dan berlalu naik ke atas.

"Kau tak nak join sekali ke?." 

Dia menoleh ke belakang memandang aku. Aku menggeleng malas.

"Aku mengantuk. Makanlah alang alang tengah panas lagi tu." 

Aku tersenyum kecil dan terus ke atas. Seharian aku tak tidur semata mata nak uruskan senjata api yang baru sampai malam tadi. Tak ada sesiapa lagi selain aku yang boleh diharapkan.

Sesaat pintu bilik aku dikuak luas, aku berdiri kaku sambil memandang sekitar bilik aku yang nampak lebih kemas berbanding semalam.

Aku terpaku seketika. Tak perlu teka, aku tahu kerja siapa. Tak ada sesiapa yang rajin dalam rumah ni selain perempuan tu. Fiona kan nama dia?.

Macam biasa, aku akan hempas tubuh di atas tilam katil yang empuk. Aku mendepakan tangan sambil memejamkan mata.

Hati aku tak tenteram. Seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku tak tahu apa benda tapi aku tak sedap hati. Aku membuka mata semula dan mencapai telefon di atas meja lampu.

DEVILWhere stories live. Discover now