EVIL 62

429 16 0
                                    


" Kalau kamu ada masa lapang, datanglah sini lagi. Mak tunggu Antoine." 

Mak memeluk tubuh aku erat, seakan tak mahu aku pergi. Aku membalas pelukannya. Patrick di sisinya hanya memandang aku dengan senyuman kecil.

" Maafkan ayah kalau selama ni ayah paksa kau ikut cara ayah. Ayah tak marah kalau kau benci ayah, tapi jangan lupakan adik beradik kau dekat sini. Balik bila kau ada masa." Aku cuma mengangguk. 

Wajah Alexandre dan Agatha di sana aku renung lama. Alexandre mengangkat kening sebelahnya sambil tersenyum jahat. Plan dia untuk halau aku berhasil. Hanya sengihan sinis aku berikan. 

" Antoine gerak dulu." 

Aku menyandang beg di bahu dan berlalu pergi. Telefon dikeluarkan dan aku menelefon seseorang yang bekerja di makmal aku. Mata aku merenung jalan.

" Upload gambar gambar tu sekarang." 

Aku tersenyum kecil dan memutuskan panggilan. Tunggu jelah nasib kau Alexandre. Kerja kotor kau ada dalam genggaman tangan aku. Aku masuk ke dalam perut kereta dan menuju ke tempat private jet.

***

Aku menunggu Ghibran untuk ambil aku tapi kelibat dia tak muncul muncul sampai sekarang. Mana mangkuk ni?.

" Kau tunggu aku ke?." 

Aku menoleh ke sisi aku apabila seorang perempuan berdiri di sebelah aku. Aku memandang dia tak percaya. Wait what?. Macam... macam mana dia?.

" Hai, aku Sienna. Kita boleh jadi kawan." 

Dia memandang aku dengan sengihannya. Aku merenung dia lama sebelum bibir mengukir senyuman. Kalau jabat tangan boleh buat dia berhenti kacau aku....

" Antoine Laurent Charles. Tapi kita tak boleh kawan." 

Aku akhirnya menyambut huluran tangannya. Dia baru nak tersenyum tapi terpadam selepas aku kata tak boleh berkawan. Aku melihat kereta Ghibran di sana. Aku menghampirnya.

" Tapi kenapa?. Kenapa kita tak boleh jadi kawan?." 

Dia merngejar langkah aku. Aku tersengih kecil.

" Sebab lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan, nanti kahwin." Hanya sekilas saja pandangan aku sebelum masuk ke dalam kereta.

Dia memandang aku tak percaya sebelum kereta Ghibran berlalu pergi. Aku tersengih apabila memikirkan riak wajahnya tadi. Ghibran menoleh ke arah aku.

" Woi, kau sihat tak?." 

Ghibran memandang aku pelik. Aku cuma menjungkit bahu. Aku sihat tapi aku teruja untuk tengok reaksi Alexandre lepas ni. Apalah nasib dia. Kesian...

" Macam mana kau boleh baik dengan perempuan tu?. Bukan ke dia dah tembak kau kelmarin?." 

Sambil memandu, Ghibran masih menyoal aku tak henti henti. Terpaksa aku jawab. Aku pun tak tahu apa dia buat dekat sini.

" Dia tolong aku dekat sana. Ah, malas aku nak cerita pasal tu. Sakitkan hati aku je." Aku memeluk tubuh sambil mata melihat ke luar. Ghibran tergelak kecil sebelum menggeleng.

" First time aku nampak kau bercakap baik baik dengan perempuan selain Amanda." 

Aku menjungkitkan tepi bibir ke atas, meluat dengan ayat dia. Siapa cakap aku cakap baik baik dengan perempuan tu?.

" Dah lah. Aku nak tidur." Aku memejamkan mata, berpura pura tidur. Kalau Ghib nampak aku celik mata, banyak je soalan dia tanya.

" Kita balik rumah Amanda tau. Dia suruh kita datang rumah dia."

DEVILWhere stories live. Discover now