EVIL 65

508 14 0
                                    

" Antoine... aku tak nak balik." 

Dia menggeleng laju sambil aku menarik lengannya untuk ke balai pelepasan. Aku hanya berjalan tanpa menghiraukan dia. Kalau dia tak nak balik, takkan dia nak duduk rumah aku?. Tak nak aku.

" Kau kahwin jelah dengan aku, nanti kita boleh duduk sama sama." 

Aku laju melepaskan lengannya dan menoleh ke arah dia dengan wajah menahan geram. 

" Kau jangan jadi bodoh boleh tak?. Kalau Patrick tanya aku, cakap je aku dah bahagia dekat sini. Sekarang ni, kau pergi cepat. Aku dah tempahkan kau tiket ni cukup baik tau." 

Aku tak nak dia semak lagi dekat sini, susah payah nak jaga aku. Aku bukan budak budak lagi.

" Kalau macam tu, janji dengan aku yang kau akan balik sana lagi. Kita kahwin dekat sana. Aku ready nak mengandungkan—" 

" In your dream." Aku menyeluk tangan ke dalam poket seluar dan berlalu pergi. Ingat aku nak jejakkan lagi ke kaki dekat sana?. Tak layak.Dan aku tak ada masa nak fikir pasal hidup bedua dengan dia. Dalam mimpi!.

" Kalau tak aku menangis dekat sini juga !." Dia menjerit di tengah tengah sana. Aku hanya membiarkan saja dia. Buat lah kalau berani. Macam budak tak matang.

" Sayang !!. HAAAAA sampai hati you buat I macam ni!!." 

Kaki aku terhenti sebelum tangan memegang dahi, tak percaya yang dia akan buat betul betul. Nafas ditarik sedalam dalamnya dan aku menoleh sedikit ke belakang. 

Dia duduk di lantai berlapik betis, seperti budak budak ditinggalkan mak bapak. Semua mata memerhatikan dia di situ. Aku berdegus kasar dan kembali ke arahnya.

" Eh, kau jangan memangis macam orang bodoh lah dekat sini. Orang pandang, kau tak malu ke?." 

Aku melutut sebelah kaki, mencengkam lengannya dan memaksa dia untuk bangun. Dia menggeleng laju. 

" Janji dengan aku dulu yang kau balik sana lagi. Kau janji yang kau akan kahwin dengan aku."

 Dia menunjuk jari kelengkingnya lagi. Semua orang di keliling sudah mula mengeluarkan telefon, ingin merakam. Ah sudah. Aku mengangguk dengan senyuman buat buat.

" Okay okay aku janji." 

Aku buat juga pinky promise yang macam orang bodoh buat. Dia tersenyum dan berdiri. Air matanya diseka laju. 

" Janji tau. Janji janji janji. Aku tunggu kau, Bye!."

 Dia mencium jarinya dan ditekap di pipi aku sebelum menarik beg bagasinya, meninggalkan aku yang masih merenungnya geram. Buku lima aku genggam sambil memejamkan mata, memaksa diri untuk bertenang.

" Gila." 

Aku berdegus kasar dan berlalu pergi. Fikirkan ramai orang je dekat sini, kalau tak memang dah lama aku bunuh dia. Memalukan. Nak berabang sayang pula dekat sini, ergh geli aku.

***

ALEX

" Jadi, awaklah Alex?." 

Ibu Fiona yang baru sampai tadi memandang aku dengan senyuman. Aku tak tahulah dia ingat aku atau tak tapi aku ada waktu Fiona jumpa ibu dia di hospital dulu.

" Ya saya." Aku mengangguk dengan senyuman. Fiona di dapur, buat minuman. Aku tak berapa segan untuk berbual tapi tu lah, tiba tiba je aura tu menguasai diri.

" Awak umur berapa?." Dia menyoal lagi. 

" 26."

" Awak kerja dekat mana?." 

Aku tersenyum apabila dia terlalu laju untuk memberi soalan. Kenapa pula ni?. Aku menggaru belakang kepala sebelum tergelak kecil.

" Saya kerja dekat syarikat kawan saya." 

Fiona kembali bersama dulang terisi cawan dan jag kecil. Dia menguntum senyuman ke arah aku sebelum duduk di sebelah aku. Tangannya aku genggam sebelah tanpa dilihat ibunya. Uh, gugup mat.

" Waktu Fiona call saya, dia selalu cerita pasal awak dekat saya. Jadi, saya sendiri ambil keputusan untuk datang sini, nak tengok diri awak macam mana." 

Fiona mengeratkan genggaman di tangan aku, cuba untuk memberi kekuatan. Haha.

" Mama, Alex yang tolong Fiona bebas. Kalau Alex tak datang waktu tu, Fiona takkan jumpa semua orang macam sekarang." Fiona memandang wajah ibunya. Aku hanya terdiam.

" Dia sanggup jaga Fiona, tak jijik dengan Fiona waktu selamatkan Fiona. Kita pastut berterima kasih dekat dia." 

Fiona menoleh memandang aku pula. Senyumannya tak pernah tak tergoda. 

" Kalau itu keputusan Fiona, mama pun patut berterima kasih dekat Alex sebab selamatkan Fiona. Mama nak minta maaf dekat Alex sebab menyusahkan dia selama ni." 

Ibu Fiona memandang aku dengan senyuman kecil. 

" Saya cuma jalankan tugas saya, selamatkan orang. Tapi saya tak sangka saya akan jumpa Fiona. Ini semua jadi tiba tiba." 

Aku tersenyum. Aku sendiri tak sangka aku akan jumpa dia.

" Itu bukan tiba tiba, tapi jodoh." Aku memandang dia yang tersenyum lebar. Fiona memandang lantai, malu dengan ayat ibunya sendiri. A— aku okay je.

" Puan. Saya... dah lama jaga niat ni. Saya rasa, memandangkan puan ada dekat sini, saya nak minta izin, nak jadikan Fiona sebagai sebahagian hidup saya." 

Aku tertunduk sebelum kembali memandang ibu Fiona. Yakin. Aku yakin dengan kata kata aku.

" Saya tak ada bantahan. Fiona layak hidup dengan orang yang dia sayang." 

Fiona tersenyum sebelum dia menghampiri ibunya.

" Terima kasih mama." Mereka berpelukan. Aku cuma mampu tersenyum. Itu yang aku nak sebenarnya. Tentang mak aku, tak ada masalah aku rasa. Aku terlalu sibuk untuk jumpa adik adik perempuan aku dekat kampung.

***

Aku duduk di birai katil sebelum mendail nombor rumah mak. Aku harap diorang sihat je. Dah lama sebenarnya aku tak call diorang tapi, aku tiba tiba rindu. Aku nak dengar suara mak.

" Hello. siapa ni?." Suara seorang perempuan muda. Aku mengerutkan kening. Siapa pula ni?. Mak dah tukar nombor ke?.

" A.. Alex. Ni siapa?." Aku memandang nombor telefon yang tertera di kertas. Aku harap sangat aku masih boleh berhubung dengan mereka di sana.

" Abang !. Ni Raihana lah!." Aku terdiam. Raihana?. Adik bongsu aku. Pertama kali aku tinggalkan kampung, dia 6 tahun. Dia masih lagi bayi bagi aku. Aku tergelak kecil.

" Rai. Abang rindu Rai." Aku berdiri dan menghampiri tingkap. Dia mula menangis. Aku terdiam lagi.

" Abang Alex. Rai, kakak, mak, semua rindu abang Alex. Bila abang nak balik sini?. Seiap hari mak tunggu abang. Kitaorang semua nak tolong mak pergi kerja, tapi mak tak bagi." Aku memejamkan mata.

Bila difikirkan balik, aku kejam. Tak pernah terfikirkan perasaan mak dan adik adik aku. Aku anak sulung tapi tak rasa tanggungjawab. 

" Rai. Jangan bagitahu mak tau yang abang telefon ni. Esok abang balik. Rai tunggu abang eh?." Aku tersenyum kecil. 

" Okay. Rai tunggu." Aku mengangguk dan segera mematikan panggilan. Mak, tunggu Alex. Alex minta maaf sebab susahkan mak dengan adik. Alex balik mak.

DEVILWhere stories live. Discover now