EVIL 4

1.4K 55 1
                                    


HAURA MELISSA

"Kita nak pergi mana ni?." 

Aku memandang ke arah Malique yang masih mendiamkan diri. Tiada masa nak jawab soalan aku. Dengan tangan yang masih bergari dan tak mandi, dia paksa aku untuk ikut dia.

 Aku tak tahu dia nak bawa aku pergi mana tapi aku harap dia tak jual aku dekat pasar malam. Amin. Dah lah dia suruh aku pakai baju dress atas lutut. Gila apa mamat ni?.

"Kita dah sampai bos." 

Malique mengangguk sebelum membuka pintu kereta sebelah kanan. Dia berjalan ke arah belakang kereta sebelum membuka pintu kereta sebelah kiri. Dia masukkan sedikit tubuhnya ke dalam sebelum gari di tangan aku dia buka.

"Kau nak bawak aku pergi mana?."

 Aku menarik tangan aku daripada genggamannya. Dia menoleh ke arah aku sebelum dia berdecit. Muka aku dia pandang geram.

" Kau ikut jelah. Banyak mulut pulak !." 

Dia menjeling aku marah sebelum menarik kasar tangan aku masuk ke sebuah bangunan yang aku tak pernah nampak. Harap lah tak ada apa apa yang buruk berlaku. 

Dia tarik aku sehingga masuk ke dalam. Aku ternganga sebab ini kali pertama aku masuk dalam... kelab malam. Huish, jangan cakap dia nak jual aku sudah. Memang aku gembat kepala dia kejap lagi.

 Di belakang aku, terdapat lelaki yang ada di rumah Malique semalam bersama 3 orang lelaki yang aku tak kenal, Lelaki tu lagi hensem daripada mamat lempeng ni.

Langkahnya terhenti di hadapan sebuah pintu besar. Ada dua orang lelaki yang menjaga pintu tadi. Malique menanggalkan spek mata hitamnya. Lelaki tadi lantas membuka pintu. Dia kembali memasang spek mata hitamnya. Acah cool.

"Ouh my man..." 

Seorang lelaki yang separuh tua, sedang duduk di sofa bersama perempuan perempuan yang aku rasa simpanannya. Euw, dah tua pun masih bernafsu.

"Aku bawak anak Kamal." 

Dia menarik tangan aku supaya berdiri di sebelahnya. Aku memandang dia tak percaya sebelum aku memandang lelaki tadi semula. Dia tersengih suka sebelum berdiri. Dia cuba menyentuh dagu aku tapi Malique terlebih dahulu menarik aku.

"Macam yang aku cakap. Aku bagi kau perempuan ni, kau bagi apa yang aku nak. Mana Ren?."

 Spek matanya ditanggalkan dan diletakkan di dalam poket blazer biru tua yang tersarung di tubuhnya. 

Aku lega sikit sebab di tolong Malique sebentar tadi. Geli aku dengan mamat tua ni?. Tak ada taste aku.

"Okay okay, aku bagitahu. Tapi, bagi dulu perempuan tu dekat aku." 

Malique memandang aku sebelum tersengih kecil. Auww, aku tau dia takkan bagi aku dekat lelaki ni sebab dia masih perlukan...

"Nah." 

Dia menolak kasar aku ke arah lelaki tua tadi. Tersedak sekejap. Lelaki tadi memeluk pinggang aku. Pelukannya aku cuba longgarkan. Wajah Malique aku renung tak puas. Kau memang sial Malique!.

"Bagitahu aku, mana Ren?." 

Malique menyeluk tangannya ke dalam seluar sambil merenung lelaki di sebelah aku tanpa riak. Lelaki tua ini tergelak sinis. 

"Tak semudah tu aku nak bagitahu kau."

 Selepas dia menghabiskan ayatnya, dia terus menarik picu pistol yang dikeluarkan daripada belakang seluarnya dan menembak tepat ke arah kepala Malique.

DEVILWhere stories live. Discover now